extender mask comel

Puas Hati Buat Extender Mask Sendiri

Puas Hati Buat Extender Mask Sendiri | Mula naik sekolah dulu kemain rajin umi membeli.Yelah nak sangkut tali mask ke telinga kang terkeluar pulak rambutnya.

Umi belilah sorang 3supaya senang nak pakai mask. Baru seminggu pakai, dah hilang entah kemana.Bila balik, selalulah umi tanya mana extender mask.Jawapan, lupa letak mana.Pepagi buta umi jugak yang kalut nak mencari.

Baca juga : Hari pertama persekolahan kakak

Asyik nak beli je memang parah ler umi ko.Itu belum cerita bab baju lagi.Kalau dekat lengan baju tu kemain hitam umi tengok.Lepas tu kat belakang.Umi jugaklah kena menyental dengan tangan.Masuk mesin basuh memang takkan bersih la.Nampaknya umi kena tambah lagi baju sekolah si kakak ni.

Balik semula cerita pasal extender mask tu, dari umi asyik membeli, baiklah umi buat sendiri.Nak buat pun bukan payah sangat.Sebab yang senang tu selalunya malas nak buat..hahaha.

Tapi bila asyik hilang je, timbullah kerajinan umi nak buat.So, umi pun dok godek Shopee cari butang yang cantik-cantik.Bebudak ni request hello kitty.Umi ingat nak beli yang dari China sebab murah sikit.Tapi tulah, nanti kang lambat pulak sampainya.Jadi umi order dari seller local je.

Total RM12.96 sen sahaja.Banyaklah dapat butang tu.Tapi kalau dari China lagi banyak dan murah umi boleh dapat.Tapi takpelah..Lain kali boleh beli lagi.

So, belum lagi beli getahnya pulak.Cari hari tu 1 meter getah pinggan tu dalam RM2.30 tak silap umi.Beli 2 meter untuk projek Extender mask ni.

So, umi dah siap-siap potong  5 inch.Sesuai untuk anak-anak .Umi potong pulak untuk size dewasa sekali.Umi nak jugak kan.

Baru dapat 6, ada banyak lagi yang umi tak sempat nak jahit.Tunggu umi ada masa baru umi jahit nanti.Kadang masa tu ada, kerajinan tu pulak entah lari kemana.Macam-macam hal leah umi ko ni kan?

So, puas hati buat sendiri extender mask ni kalau asyik nak beli je, memang ler umi naik angin.Ni pun kalau tak diingat selalu letak dalam poket bag, memang buat seratus pun boleh hilang.

Umi keluarkan 2 je untuk budak berdua.Tak boleh letak kat situ.Nak ajar diorang supaya pandai simpan barang.Pandai jaga barang, dan yang paling penting pandai berjimat.

 

 

 

 

 

Loading

4 Comments

  1. Jimatttt kan kalau buat sendiri. Boleh buat design kita suka and boleh buat banyak banyak hahaha. At least, kalau hilang tak adalah nak kena beli lain pulak.

  2. Terbaik… Memang jimat kan.. kalau rosak atau hilang boleh ganti dgn yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *