Program Dana Didik Harapan Johor Untuk Warga Johor 2019

dana didik harapan johor

Program Dana Didik Harapan Johor Untuk Warga Johor 2019| Program ini bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan anak-anak di Negeri Johor bagi tujuan pendidikan.

Umi dapat info ni pun dari group whatssap dan seharusnya umi share bagi mereka yang ingin membudayakan tabiat menabung ini bagi tujuan pendidikan anak-anak di masa akan datang.Apakah yang dimaksudkan dengan Program ni?

 

Program Dana Didik Harapan Johor Untuk Warga Johor

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama PTPTN dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Harapan. Program ini telah dinyatakan dalam Ucapan Bajet Negeri Johor 2019. Program ini bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan anak-anak di Negeri Johor bagi tujuan pendidikan.

Bagi umi ia sangat penting bagi memudahkan ibubapa supaya kelak, bila anak-anak dapat tawaran melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, dapatlah digunakan wang simpanan tu dengan sebaik mungkin.Tapi kenalah pulak

Setiap Kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun SSPN-i bermula Januari 2019.Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 ini boleh di buat secara online melalui Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor(YPJ) atau di semua wad-wad bersalin di Hospital utama di Negeri Johor.Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tinggi Nasional di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor

 

Cara Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 Online

1. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web http://portal.ypj.gov.my/dana-didik-harapan-johor/ dan di semua wad-wad bersalin di hospital utama di Negeri Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor mulai 1hb Januari 2019.

2. Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke mana-mana salah satu daripada lokasi yang di senaraikan di bawah, dalam tempoh 15 hari dari tarikh lahir bayi.

Syarat Kelayakan Dana Didik Harapan Johor 2019

Antara syarat kelayakan permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 adalah seperti berikut:

1. Bayi yang lahir di Negeri Johor mulai 1 Januari 2019;

2. Ibu dan Bapa adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);

3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan;

4. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun

dana didik harapan johor

Tempoh Permohonan : Dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh lahir bayi.

Hantar Permohonan : Dihantar ke salah satu daripada 20 lokasi di Negeri Johor.

Tempoh Penerimaan : Dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima, PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh) kepada pemohon yang berjaya melalui pos.

Permohonan boleh dihantar ke 


– Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu Pahat
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pontian
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Muar
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota Tinggi
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tangkak
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulai
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kluang
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mersing
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang Rengam
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Rengit
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong Peng
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Labis
– Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang
– Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Penawar
– Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pagoh
– Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Johor
– Jabatan Pendaftaran Negara RTC Kulai
– Pejabat Yayasan Pelajaran Johor di Larkin, Johor Bahru

 

3 Langkah permohonan bagi Dana Didik Harapan

-Dapatkan borang di lokasi-lokasi yang telah dinyatakan di atas.

-Daftar sijil kelahiran bayi di JPN, hantar borang berserta dokumen sokongan ke salah satu dari 20 lokasi terpilih

-Penyata akaun pembukaan SSPN-i akan diposkan dalam masa 30 hari bekerja bagi permohonan yang berjaya.

 

So korang,selamat mencuba.Untuk info lanjut korang boleh layari website 

Dana Didik Harapan Johor

1 Comment

  1. sayang lambat tau pasal info ni. takpelah dah buka akaun sspn untuk anak-anak dan menabung untuk diorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.