PROBIOTIK DAN IBU MENGANDUNG SERTA TIPS YANG PERLU AMBIL TAHU | Mungkin sebelum ini kita tak pernah ambil tahu tentang kesan pengambilan probiotics bagi ibu mengandung kan?
Untuk entry ni umi saja nak bercerita pasal probiotics ni dan apa yang ibu mengandung perlu tahu tentang ni, seperti yang kita ketahui probiotik ni diketahui sangat baik membantu fungsi sistem penghadaman dan sistem imunisasi manusia. Setiap individu termasuk juga kanak-kanak disarankan untuk mengambil probiotik.
Tapi bagaimana pulak dengan ibu mengandung? Adakah ianya selamat?
Menurut National Library of Medicine (NLM) dan National Institute of Health (NIH), probiotik adalah dianggap selamat kerana data terkini menunjukkan suplemen probiotik adalah jarang sekali menyerap dan bermanfaat bagi ibu mengandung dan bagi ibu yang tengah menyusu jika diambil dengan dos disarankan oleh pakar, sama seperti suplemen-suplemen yang lain.
Sebelum tu kita ambil tahu dulu apakah itu probiotik.
APA ITU PROBIOTIK
Probiotik penting dalam membantu menyokong kesihatan penghadaman korang.Sesetengah makanan secara semula jadinya mengandungi probiotik, sementara sesetengahnya pula ditambah probiotik semasa proses penyediaan
Persoalannya apakah ibu hamil boleh mengambil probiotik?
Secara umumnya ibu-ibu yang mengandung selalu sangat mengalami masalah kesihatan seperti sembeli, pedih ulu hati dan sebagainya.
Jadi pengambilan probiotik sangat membantu dan ianya dapat mengurangkan masalah kesihatan ini.Bahkan pengambilan probiotik ni dapat membantu menambah bilangan bakteria bak di dalam usus ibu.
Selain itu, ia juga dapat membantu memperkuatkan lagi sistem imun badan ibu, yang diketahui mempunyai daya tahan yang lemah semasa mengandung.Jadi probiotics good for pregnancy, so ibu-ibu yang mengandung boleh amalkan pengambilan probiotics untuk membantu mereka untuk lebih sihat dan cergas.
Teringat masa mengandung dulu, memang ada masalah-masalah macam ni.Kena ambil minuman yang ada probiotics juga untuk melancarkan lagi pencernaaan.
PRODUK YANG MENGANDUNGI PROBIOTICS DAN SELAMAT UNTUK IBU MENGANDUNG
Antara produk Probiotics yang pertama di Malaysia adalah jenama Yourgutt. YourGutt adalah yang pertama di Malaysia dan Asia yang lengkap dengan biotics-prebiotics, probiotic dan juga postbiotics. YourGutt dihasilkan dari serbuk dedak beras yang diperam yang bermanfaat untuk usus.
YourGutt Lebih kuat daripada suplemen lain di pasaran, serbuk biotik mereka dipenuhi dengan antioksidan, serat, beta-glukan dan banyak nutrien lain yang menjadikan anda kuat dan kuat.
Jadi ia sangat membantu ibu mengandung meningkatkan kesihatan dan imuniti usus.
Probiotic yang digunakan dalam YourGutt adalah B. longum Rosell-175. Probiotic ini mempunyai banyak penyelidikan dalam klinikal. Ia selamat dimakan oleh ibu mengandung dan ibu menyusu.
KEBAIKKAN YOURGUTT UNTUK IBU MENGANDUNG
#1 Meningkatkan Imuniti Badan
Ia membantu mencegah bakteria berbahaya memasuki usus kita
#2 Meningkatkan kesihatan usus
Kesihatan usus boleh dipengaruhi oleh Mikrobioma usus. Usus yang sihat boleh meningkatkan immuniti badan, meningkatkan penghadaman, dan pergerakan usus. Makan probiotic yang mempunyai prebiotik, probiotik dan postbiotik lebih baik kerana ia mempunyai biotic yang lengkap.
#3 Membantu Pencernaan
Serat dari prebiotk dan probiotik meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien
#4 Lengkap Biotik
Mengandungi Prebiotik, probiotik dan postbiotik untuk kesihatan usus yang optimum
Untuk ibu-ibu mengandung di luar sana, korang perlu dapatkan produk yang mengandungi probiotics ni supaya korang lebih sihat dan yang penting takde masalah-masalah susah nak buang air besar macam yang pernah umi alami dulu.
Ia bukan sahaja membantu kita dalam masalah pencernaan malah YourGutt ni membantu untuk kawal gula dalam darah, mengurangkan kadar kolestrol, of course kurangkan sembelit.Ianya bebas laktosa dan tenusu.Sangat sesuai untuk mereka yang vegetarian
DARI MANA NAK DAPATKAN PRODUK YOURGUTT NI
Korang boleh lihat detais social media mereka di bawah ni
Website : YourGutt
Instagram : yourguttmy
Facebook : YourGutt