Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Siapalah yang menolak apabila berpeluang untuk menunaikan umrah kan.Tapi itulah yang berlaku kepada 7 pelanggan Power Root apabila mereka terpilih dalam peraduan Power Tunaikan Hasrat Umrah .
Power Root berhad,yang terkenal dengan jenama Kopinya Alicafe,membantu 36 orng rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan umrah,dalam sebuah inisiatif uniknya untuk menyumbang kepada komuniti.
” Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu
tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan
sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun,
semata-mata untuk tujuan ini,” kata Pengerusinya, Dato Afifuddin Bin Abdul Kadir.
“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat
Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan
“Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh
kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang
pelanggan ke Mekah,” tambah beliau.
Bercakap di majlis penyampaian hadiah kepada tujuh pemenang pertama, Dato’
Afifudin berkata: Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka
sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, kami telah bekerjasama dengan
Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji, untuk memberikan salah satu
pakej terbaik mereka kepada para pemenang.”
Peraduan tersebut telah bermula pada 1 Mei bersempena dengan bulan Ramadhan dan
bakal berakhir pada 15 September 2017.
Setakat 15 Julai 2017, tujuh pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma
untuk memilih nombor siri yang bertuah.
Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root,
dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk
dikepilkan bersama borang peraduan. Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan
peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my
Mereka yang bertuah untuk mengerjakan Umrah adalah
- Ruhaizat bin Hj Mohamed Amin
- Aziana bt Adnan
- Abd Mustakim bin Ali
- Puan Shuhadah.
- Puan Pauziyah bt Jantan
- Mohd Hanafi bin Nasarudin
- Nawi Bin Awang
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Assalamualaikum. Wah progrem yang hebat…
alhamdulilah
ya allah bagusnya founder power root nih. semoga mambrur semuanya.
http://www.kisahsidairy.com/2017/07/jawatan-kosong-majlis-bandaraya-johor.html