Potluck Raya JDT Blogger Untuk Tahun 2022

Potluck Raya JDT Blogger Untuk Tahun 2022 | Entry yang lama dah diperam akhirnya menonjolkan diri.Itupun sebab nak ambil mood bercerita di lain entry.

Potluck raya yang last JDT Blogger buat adalah di Teratak Sis Lin.Itu pun tahun 2018.Masa tu meriah sebab ramai blogger Johor yang datang rumah sis.

Selepas tu takde dah buat.Dan kali ni bila dah boleh beraya, kami pun decide nak buat potluck raya lagi.Tahun ni di rumah Hernee.Itu pun mulanya umi  tak masukkan nama sebab risau date tu takde kelapangan nak ke sana.

Tapi alhamdulillah, last minit letak nama umi dan makanan yang umi nak bawa.Itu pun sempat umi beli dadih je..hahahah..

Alhamdulillah, tahun ni walau tak ramai dan semeriah macam dulu, eh..tapi meriah jugak.Kalau jumpa tak meriah, memang bukan blogger la namanya.

Potluck Raya JDT Blogger Untuk Tahun 2022

Alhamdulillah, meriah sungguh menu yang disajikan.Ini antara menu-menu yang rakan blogger bawak.Semua sedap-sedap belaka tau.Siap tapau bawak balik lagi.Jadi malam tu takdelah umi susah-susah dah nak memasak..

Potluck Raya JDT Blogger Untuk Tahun 2022

Inilah dia antara blogger Johor yang hadir masa tu. Antaranya ialah Aleya, Suzie, Ain, Sunah, Huda, Ajan, Aieneka Nur dan Azian. Kalau nak tengok Blog diorang korang boleh tengok di blog jdtblogger ye.Ada jugak yang datang lambat tapi umi macam biasa, dah bawak tiga heroin, memang payah nak pegang phone.Ini semua hasil dari kamera tuan rumah.Tetiba umi nampak tinggi pulak ek.

Sempatlah ambil gambar kat port OOTD rumah si Hernee ni.

Potluck Raya JDT Blogger Untuk Tahun 2022

Banyak kami makan dan kami bualkan.Bual tu sudah semestinya la kan.Banyak nau topik-topik mak jemah nak cerita bila berjumpa.Tu yang tak sedar makan dah berpinggan-pinggan tu.

Bila nak balik, babah pulak bersangkut berbual dengan si Nazir.Kenalah tunggu sekejap kan.Di kesempatan tu sambung lagi bergosip dengan diorang yang datang dan balik lambat tu..hahah

Nasib baik umi cepat berpijak di bumi yang nyata, kalau tak lambet lagi ler nak balik ke Pasir Gudang.Kalau berbual memang tak ingat semua tu..hahaha

Gambar semua On point uii..ahhahha..

Leave a Reply

Your email address will not be published.