Potluck JDT Blogger| Tukar-tukar Hadiah

Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺ Kan aku ada cerita kat korang tentang Program JDT Blogger baru-baru ni.Kami sepakat untuk adakan Potluck bagi membina semangat setiakawan diantara ahli kami.Walaupun tak ramai yang dapat join pada masa itu,tapi bersyukur sangat kerana mereka sangat support program ini.
Insyallah..next time bolehlah kan buat lagi program Potluck ni.Oklah…sebenarnya potluck ni bukan sahaja untuk makan-makan tau,tetapi juga dalam program ini ada sesi penukaran hadiah kepada ahli lain.Ahli kumpulan kena menyediakan hadiah yang bernilai rm30.Alhamdulillah,ada yang sediakan lebih dari rm30.Syukur sangat.
Oh ya,untuk cerita Potluck JDT blogger aku ada ceritakan di Entry Misi Potluck JDT Blogger berjaya .Dalam entry tu,aku ada ceritakan juga juadah kami dan siapa mereka yang terlibat dalam program ini
Ini adalah hadiah yang kami bawa mewakili family masing-masing
Actually saja je diorang ni tak nak sampul.so masing-masing rasa nak excited untuk dapatkan hadiah yang akan diorang dapat…masing-masing pun dah teruja tengok hadiah tu
Oklah,emcee pada hari itu adalah Nona.Nona dipaksa untuk menjadi emcee bidan terjun..Oklah kan,sesekali jadi emcee.
Oklah,untuk pusingan pertama,nona akan cabut nama siapa yang akan terpilih untuk mendapat hadiah.Bila Nona cabut,nama kak mialiana yang naik.So dia dapat hadiah dari Nona
Kak mia bagi ucapan sedikit…hehehe kak mia dapat tupperware bekalan nak pi kerja.Harap-harap lepas ni kena rajinlah bawa bekal…
Blog : http://www.mialiana.com/
Untuk hadiah yang kedua,Kak mia pulak cabut dan orang yang bertuah untuk dapat hadiah kak mia adalah
Hernee Nazir,bertuah sebab dapat power bank dari kak mia.Lepas ni dah tak risau lah handphone bateri kong
Blog : http://herneenazir.com/
Selepas hernee dapat hadiah,giliran hernee pulak cabut nama,dan siapakah pula yang mendapat hadiah dari hernee
Yeay,Juju dapat bekas bekal untuk pi kerja dan juga botol air,wah complete tu
Blog : http://www.kasihjuju.com/
Dan seterusnya,bila si juju ni cabut nama,orang yang bertuah adalah..eh nak bagitahu tau,ramai yang aim hadiah juju sebab dia kata hadiah dia wangi-wangi.So mestilah kami budget dia bagi perfume dexandra…hahaha.Ok baru kita tengok siapa yang bertuah
Inilah dia orang yang bertuah tu,Mama Maszull..oh..semua murung kejap sebab mama dapat hadiah juju,mama dapat wangian dan mandian apple tak silap aku..syoknya
blog : http://maszull.blogspot.my/
Hah..giliran mama pulak yang cabut nama,dan orang yang terpilih untuk dapat hadiah mama adalah 
Mar mansor dapat bekal jugak,cuma yang ni kedap,boleh tahan panas..yeay..harap lepas ni mar rajin bawak bekal..hahahaha
blog : http://jnjikita.blogspot.com/
Semua dah tersenyum dengan hadiah dan sekarng giliran Mar pulak cabut nama,So kita tengok siapa yang bertuah lagi ni dapat hadiah.
ha…inilah dia orang yang bertuah dapat hadiah mar,Mar bagi hadiah teko.So lepas ni uyul kena rajin buat air lah kan,kenalah praktis buat air sebelum kawen,single lagi tau.Yang nak usha dia kena rajin masuk blog uyulketam uyul cantik
blog : http://www.uyulrosli.com/
Hah..siapa dapat hadiah dari uyul memang istimewa,sebab uyul bagi frame logo JDT Blogger.Dan kita tengok siapa yang dang dapat hadiah ni
yes..Mak lin dapat hadiah uyul,disebabkan mak takde lagi baju JDT Blogger,so kira inilah hadiahnya…hahaha
blog: http://suzlinazreena.blogspot.com/
wah..berdebar tau tunggu hadiah sebab masa ni aku dengan nona je belum dapat hadiah..
So bila mak cabut nama,terkeluarlah nama 
Nona dapat hadiah dari mak,and aku dapat hadiah aku sendiri..wah…nak nanges tau..nama kita dah la lambat nak keluar,last-last nama tak dipanggil..sedih tau..sedih…
Blog : http://nonasani.blogspot.my/
Tapi kakak garang tetap cool,tak kisah…so untuk adil,hadiah aku nona dapat and hadiah suzlin akulah yang dapat.Alhamdulillah…dapat Propolis dari Mak lin.Hadiah paling mahal tau aku dapat.Dan merupakan supplement untuk aku yang sedang tak sihat tu.Nanti aku share dengan korang tentang supplement yang aku dapat ni.
Hah..macam tulah kisah kami tukar-tukar hadiah.gembira masing-masing dapat hadiah dari rakan blogger..Makan..bebel..makan sembang dan kemas-kemas…pukul 3 tak silap aku,kitorang bersurai.Ada jugak yang left awal sebab ada komitmen masing-masing…

Loading

6 Comments

  1. siapa sangka nama yg lambat panggil dpt grand prize, rezeki tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *