Posisi Terbaik Tidur Untuk Bayi yang digalakkan

Posisi Terbaik Tidur Untuk Bayi yang digalakkan| Cerita pasal posisi tidur ni memang umi suka tau tengok baby tidur.Pelbagai ragam dan pelbagai gaya.Teringat si bambam umi masa kecik-kecik dulu,Dari dalam hari lagi dia memang suka sangat tidur meniarap.Kadang umi pulak yang risau.Kalau pakai bedung memang sekejapan jelah lekat kat badan dia tu.

Sama jugaklah macam adiknya Nur Naura Auni tu.Tidur mesti nak meniarap.Barulah dia rasa lena tidur.Kalau tak memang gelisah memanjang la dia nak tidur.Tapi orang kata bayi ni kalau tidur meniarap lagi bagus dari tidur menelentang.
 
Tapi kalau ikutkan posisi tidur bayi yang betul bukanlah cara meniarap.Posisi tidur secara mengiring atau meniarap boleh menganggu pernafasan bayi.Ia boleh menyebabkan Sudden Infant Death Syndrome ataupun “Kematian Kot”. Satu punca kematian utama yang tidak dapat dijelaskan antara bayi berumur 1 tahun ke bawah.

 

 
Dengar pun ngeri kan.Kita anggap bila anak tidur dengan posisi mengereng dengan meniarap ni boleh buat dia tidur dengan lena.Tetapi sebaliknya sangat-sangat menakutkan.
 

POSISI TIDUR BAYI YANG BETUL

 
Amercian Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur terlentang dan bukan meniarap atau mengiring.Kejadian  kematian bayi secara mengejut(SIDS) telah berkurangan sebanyak 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992.Posisi ini dikecualikan bagi bayi yang mengalami kecacatan pada bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat pernafasan.
 

6 Tips Keselamatan Bayi Di Tempat Tidur

  1. Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  2. Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut. permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
  3. Jika menggunakan selimut, pastikan kaki bayi berada di penghujung palang katil.
  4. Selimutkan bayi sengan selimut yang nipis ke paras  dadanya sahaja.
  5. Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  6. Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam lembut, bantal atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan dia tenggelam

PASTIKAN BAYI TIDUR DALAM KEADAAN TERLENTANG

Selain dari itu, pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.Bayi sepatutnya tidur terlentang dan tidak boleh ditiarapkan  ketika dalam keadaan jaga untuk mengelakkan perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan kepala bayi menjadi leper.

Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-

  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain dari ibu bapa dan anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

Kita sebagai ibu perlu membantu anak-anak untuk tidur denga lena dengan 5 tips ini.

5 Tips bantu bayi tidur

  1. Tidurkan bayi bila tiba masa yang sesuai untuk tidur dan sediakan tempat tidur yang selesa dan selamat untuknya.
  2. Elakkan memberikan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin apabila bayi dalam waktu tidur.
  3. Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  4. Pangku bayi sebelum tidur dan letakkan bayi ke atas katilnya sebelum bayi tertidur.
  5. Mainkan muzik/zikir yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur.Ini boleh membetnuk rutin tidurnya

Sumber : pama

Besar risiko kalau anak tidur meniarap sebenarnya.Umi suka kalau dia selsema tidurkan secara meniarap supaya senang dia nak bernafas.

Sekarang ni jangan cakaplah tidur macam mana.Memang buas budak berdua ti tidur.Sampaikan umi nak tidur pun rasa gelisah je bila kena himpit dengan budak berdua tu.Dah besar masih nak tidur dengan umi lagi..haishhh

 
 
 

Loading

23 thoughts on “Posisi Terbaik Tidur Untuk Bayi yang digalakkan

  1. mama biarkan je asalkan dia selesa.. di hospital sekalipun, mereka galakkan baby tuk ditiarapkan..

  2. Yup..alhamdulillah…anak2 saya semuanya memang tidor meniarap. X taulah kenapa tapi saya memang biasakan dia orang tidor meniarap since dari lahir lagi,.. ada gak terbaca yang tidor meniarap ni xbagus untuk baby islam…for me as ikut niat hati kot…
    Yang saya perasan, baby saya kurang terkejut2 kalau ada barang jatuh berhampiran dengan dia…
    Then lebih lena tidurnya.
    Bantal selimut memang saya x pakai…bantal pakai bila dia tidur telentang or mengereng…tapi anak saya selesa meniarap maybe faktor perut kembung so meniarap buat dia orang rasa lebih selesa =)
    Sekadar berkongsi pengalaman sendiri =)
    Bila ada baby…kene banyak try and error..kadang2 anak kite selesanya x sama macam orang lain cuma saya nasihatkan…tolonglah dalam pantang tu asyik berdokong or ajar tidor dibuai or riba, sebab nanti kesian pada pengasuh anak…kadang2 baby ni kalau kita dah ajar macam tu dia memang selesa macam tu je tapi pengasuh x boleh nak buat macam kite buat…so kenelah lasak2kan sikit anak2 =) #ni melihat dari pengalaman adik ipar yang biasakan baby berdokong so bila send pada pengasuh asyik nak berdokong gak so dekat 6x tukar pengasuh…pengasuh serendder sebab baby nangis bila letak so pengasuh x boleh nak buat kerja lain…

  3. Bayi mmg suka tidur meniarap, sebab dia rasa lebih selesa & selamat. Kalau nak tidur terlentang elok letak kain ke atas dada dia bg tak terkejut. Wpun belum pengalaman ade anak, tp ni pengalaman jage adik mase tu 3 4 bulan. Pasal adik ana sorg lagi mase tuu masuk hospital, mak jage. Jadi adik yg baby ana yg jage.

  4. Anak sulung suka tidur berbedong masa kecik… Dh besar sikit tidur meniarap..tapi tido lasak jadi…xdw lah smpai ke pagi tido tertiarap… Anak kedua bebas sikit…tpi dia suka tidur mengiring… Boleh tidur niarap tapi kita jgn nyenyak sgt.. Takut dia telengkup muka..

  5. bby saya masa dalam pantang dulu pun saya suka tiarapkan,supaya tak terkejut dan tido lena,bila dah besar sikit ni,ikut suka dia tido lagu mana..heheh..asal dia selesa bahagia..:)

  6. hehe..anak kita lak malam awal tdo..tapi bangun tengah2 malam nak ajak borak..mamanya kena melayan..masa dia tdo semula jam 3 pagi pai lah ke pagi..masa mula2 bby pandai meniarap mmg dia akan tdo meniarap tp skrg tdo mengiring jer..kalau dia tdo meniarap mmg x lena r tdo sebab tkt dia lemas ke apa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *