PopCorn Caramel Sedap dari Restu Ummi

PopCorn Caramel Sedap dari Restu Ummi

PopCorn Caramel Sedap dari Restu Ummi | Kalau dah malas buat popcorn sendiri, beli lagi senang.Padahal ada je langkah mudah nak buat popcorn caramel ni di rumah.Cuma nak buat atau tidak itu jelah.Tapi kalau takde masa nak buat, why not belikan.At least boleh la support perniagaan orang kita sendiri.Tak gitu?

Lama dah bebudak ni request suruh beli popcorn.Tapi umi ni takde masa nak mencari popcorn yang sedap yang dijual di kedai tu.Satu lagi kang kalau beli takut tak sedap.

Selalunya kalau nak dapatkan popcorn sedap tu, beli sebelum masuk wayang je.Tapi sekarang ni boleh je dapatkan melalui seller yang menjual popcorn homemade ni.Lagi puas hati sebab dapat makan banyak dan harga berbaloi.

Nak dijadikan cerita hari tu si jiran bagi kat anak-anak ni popcorn tu.Kemahin suka bebudak ni makan.Bukan budak je makan, bapak budak, mak budak semua pakat makan popcorn tu.Siap request suruh beli lagi.

Umi pun dok whatssap seller Restu Ummi tu.Tapi masa tu dah fully booking.So, kena tunggu lagi.

Next, umi cuba lagi tanya, alhamdulillah rezeki budak-budak ni lah kan.Ada stock Popcorn tu.So, umi request suruh hantar rumah.

Belilah sekilo dengan harga RM20. Memang muailah dapat makan sekilo popcorn.Hah..kemahin tak berhentilah diorang ni.

PopCorn Caramel  Sedap dari Restu Ummi

Banyakkan nampak popcorn tu.Kang dibagi seplastik besau ni, mahu tak sempat esok diorang kerjakan.Jadi umi dah pack-pack ke dalam plastik yang kecil bagi memudahkan diorang ni makan.

PopCorn Caramel  Sedap dari Restu Ummi

Nasib baik ada plastik ikea ni.Jadi senang la sebab ada ziplock tu hah.Kalau letak dalam bekas tipuware nanti kang, tak ditutupnya rapat masuk angin dah tak sedap.Memang minat betul bebudak ni dengan  PopCorn Caramel Sedap dari Restu Ummi.

Popcorn yang hanya bertahan beberapa hari sahaja.Lepas tu hilang ghaib dengan plastik-plastiknya.

PopCorn Caramel  Sedap dari Restu Ummi

Hantu popcorn.Pantang umi hilang, memang cepat-cepat dia habiskan popcorn tu.Tu pun request suruh beli lagi.

Teringin jugak nak buat popcorn sendiri di rumah.Sebab bila umi google cara nak buat popcorn caramel ni mudah je bahan-bahannya.

Langkah mudah buat popcorn caramel  hanya guna periuk biasa je.Umi dah google dah cara membuat popcorn caramel ni.Umi share disini supaya bila baca blog sendiri ada mood untuk membuatnya.

Jom kita tengok cara mudah nak buat popcorn ni.Perkongsian di rasa.my ni umi share disini ye.

 

LANGKAH MUDAH BUAT POPCORN CARAMEL GUNA PERIUK BIASA

BAHAN-BAHAN POPCORN

  • 1/3 cawan jagung popcorn
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 1/2 sudu minyak masak

BAHAN-BAHAN UNTUK CARAMEL

  • 1/3 CAWAN GULA KASTOR/GULA PASIR
  • 1 SUDU BESAR MENTEGA

CARA MEMASAKNYA

  1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya.Jangan guna periuk bersaiz kecil sebab popcorn tukan akan mengembang.Jadi ia menggunakan ruang yang besar.
  2. Panaskan minyak dan mentega dengan api yang sederhana.
  3. Bila mentega dan minyak dah panas, masukkan satu biji jagung dan tunggu sampai ia bunyi pop.Bila dah dengar bunyi pop tu dan tengok dia dah kembang, boleh masukkan yang lain dalam periuk.Kacau rata supaya jagung tu kena dengan minyak dan mentega.
  4. Tutup periuk dengan tudung periuk dan pastikan api sederhana sahaja.Tunggu sahaja jagung tu meletup-letup dalam periuk.Jangan sesekali buka penutup.Tunggu sehingga bunyi pop tu habis.Sesekali tu goyang-goyangkan la periuk tu supaya semuanya jadi popcorn..hehehe
  5. Lepas tu bolehlah ditutupkan api dan baru buka tutup periuk tu.
  6. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir dengan api yang sederhana.Tunggu sehingga gula menjadi cair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn takut pahit pulak.
  7. Masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair.
  8. Tutup api dan masukkan popcorn tadi.Ratakan sehingga semuanya kena.
  9. Siap untuk disejukkan dahulu sebelum masuk ke dalam bekas.

Senang kan nak buat popcorn ni.Tapi tak taulah kenapa umi malas betul nak membuatnya.

Insyallah one day akan buat jugak.Cuma tak pasti bila..hahahah..

Eh korang yang di Johor ni nak dapatkan popcorn sedap ni boleh la whatssap no di bawah ni ye.

http://wasap.my/0177616349/restupopcorn

 

2 Comments

  1. Samalah dengan Sis, pantang nampak popcorn, sebotol boleh licin, sambil update blog, mulut kunyah-kunyah hahahaha

  2. Lama gila tak makan pop corn. Sekali dapat buat kudapan memang sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *