Playboy itu suami aku

Assalamualaikum
wallpaper drama playboy itu suami aku sinopsis playboy itu suami aku drama tv3
Siapa yang mengikuti cerita ni pasti lama kelamaan akan jatuh cinta dengannya.Walaupun kekadang lakonan mereka agak kaku,atau tidak menjiwai watak,tetapi jalan cerita mengikat hati penonton untuk menonton episode seterusnya.
Risteena mempunyai lakonan yang bagus,cuma bagi aku,dia patut menjiwai wataknya dengan begitu berkesan terutama bila adegan dia menangis…MIL pun cakap…”aiiii..nangis takde air mata ke..”
hehehe..
Fattah Amin pun aku rasa ok lah…cuma lepas nie dia boleh mantapkan lagi lakonan dia untuk jadi hero pilihan,…hehehe..

sedikit sinopsis tentang cerita nie.

Afina yang baru habis pengajiannya selalu membantu rakannya Syaf dikedai bunga. Disitulah titik pertemuan Afina dan Adrian A.K.A ‘King of crocodile. Afina yang mempunyai adik kembar Fisya , yang tidak pernah menganggapnya kakak. Fisya juga diantara nama yang tersenarai girlfriend kepada Adrian. Dari satu pertemuan ke satu pertemuan seolah Afina tidak boleh lari, hidupnya menjadi huru-hara. Pertemuan dengan Puan Sri mummy Adrian merubah kehidupan Afina bila Puan Sri melamar menjadi menantunya. Afina disahkan Amnesia ( hilang ingatan sementara ) kerana hentakan yang kuat semasa terlibat dalam kemalangan . Afina tidak boleh mengingati apa-apa , apatah lagi Adrian sebagai suaminya. Untuk memulihkan ingatan Afina , Mummy Adrian tidak pernah berputus asa , Mengubah Afina yang baru dan berkerja menjadi PA Adrian. Jawatan itu disandang sebelum Afina kemalangan lagi ini bertujuan untuk memantau aktiviti Adrian. Banyak perkara yang berlaku antara Afina dan Adrian. Bertengang urat adalah aktiviti hariannya. Suatu hari Adrian membawa Afina ke mesyuarat dan sesuatu yang tak diingini berlaku.

Adrian membawa Afina ke pantai . Kata Adrian , Afina sukakan pantai dan pantai juga adalah rumah keduanya, dipantai juga tempat Afina meluahkan perasaannya. Adrian cuba meluahkan perasaan hatinya pada Afina entah bagaimana, semasa berlari dipantai Afina terhantuk yang membuatkan ingatannya pulih . Mencari jawapan bagaimana Afina boleh berkahwin dengan lelaki buaya itu semuanya terjawab, Afina mula jatuh cinta pada Adrian kerana satu peristiwa dimana Afina melihat Adrian bermain dengan kanak-kanak dirumah asuhan anak-anak yatim dibawah naungannya. Afina yang menganggap Adrian King of crocodile. Hanya pandai melukakan perasaan perempuan sahaja, rupa-rupanya jiwa penyayang. Lantaran itu Afina menerima pinangan mummy Adrian ketika itu . Sebelum mereka meluahkan perasaan masing-masing, Adrian menceritakan segalanya tentang dirinya. Adrian pernah jatuh cinta dan patah hati bila hatinya dipermainkan oleh perempuan bernama Sarah . Selepas peristiwa itu Adrian tidak lagi percaya pada cinta . Hingga Afina hadir dalam hidupnya. Adrian merasa marah bila Afina nekad untuk berpisah sebelum kemalangan berlaku. Dengan berlakunya kemalangan itu Adrian merasa amat bersalah. Dalam mereka cuba melayari kebahagiaan hidup rumahtangga . Afina didatangi seorang peminat ditempat kerja . Keadaan itu tidak disenangi oleh Afina sendiri dan meminta izin untuk berhenti kerja . Afina lebih sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa.

Disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Fisya kembali ke tanah air. Fisya mengambil keputusan untuk keluar negara selepas perkahwinan Afina dan Adrian dahulu. DiSangkakan Fisya sudah berubah rupa-rupanya tidak. Fisya yang menduga Afina akan merana bila berkahwin dengan Adrian. Tetapi sangkaannya meleset belaka. Ternyata Afina dan Adrian sememangnya bahagia. Ini membuatkan Fisya tak puas hati dan marah. Fisya mengugut Afina agar meninggalkan Adrian jika tidak Adrian akan dibunuh. Kerana terlalu sayangkan Adrian , Afina membawa diri ke Korea . Tetapi Afina tewas dengan rindunya yang mendalam pada suaminya . Dengan bantuan Syaf Adrian datang memujuk kerana ajal itu bukan ditangan Fisya tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Cerita nie buat aku tak sabar nak tengok episode seterusnya..

Korang pulak macam mana…dah jatuh hati dengan cerita nie….

Loading

18 Comments

  1. lakonan hero n heroin agak kayu.. tp its a good kick start for both of them.. cerita ni pun cerita ringan je.. so its fun to watch…

  2. alamakk.. tak minat cite ni huhu

  3. layannn kak sebab anak2 zee yang terlebih excited nak tengok..siap hafal lirik lagu lagi..heheee

    pompuan ok skit dari yang laki..laki tu kayu arrr..

  4. dah try tengok beberapa kali tapi xberminat….

  5. kita serupa 🙂 hee.. eda pun suka

  6. X berapa nk tengok hehee.. Thanks sharing & salam khamis Aida..
    menabung inti sini.. 🙂

  7. hihi..cik akak jatuh cinta….
    tapi tak sehebat penangan cinta mr arrogant dulu…citer memang best..tapi watak perwatakan tu…macam tak menjadi gak..hahaha

  8. fiza atak tengok cerita ni..pelakon tak best kot.hehehe..selamat menonton. 🙂

  9. Hmm.. Tak tau nak cakap macam mana dengan cerita ni. Tengok pon kadang2 sebab saja nak tau perkembangan. Yang penting, tak suka la laki tu… -.-

  10. malas nk tengok.. takut nnti 'tersangkut'.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *