Plan Aktiviti Umi di hari Minggu #2

Plan Aktiviti Umi di hari Minggu #2 |  Petang-petang ni saje je umi nak membebel di blog kesayangan umi ni.

Dah pun masuk bulan kedua di tahun 2019 ni kan.Bulan ni adalah bulan anniversary umi dan babah yang ke 8 tahun.Tapi tak decide lagi nak celebrate kat mana.Ingat nak Shortvacation dengan babah nanti.Haruslah bawak budak berdua tu.

Tak boleh tinggal…

sebabnya..umi tak sampai hati nak tinggal dia sedang umi berseronok dengan babah..Kah²

Kalau cerita pada plan minggu ni , umi sebenarnya akan bercuti panjang mulai hari sabtu sehinggalah Ahad depan..

Seminggu tau umi bercuti..

Umi ke mana?

Actually, company umi shutdown selama seminggu.Lepas tu hari sabtu ni kami memang plan nak balik ke Melaka.

Say hi sikit lah kat orang Melaka tu nanti.

Kami ke Melaka kerana menghadiri majlis cukur jambul cucu kami yang pertama tau..Umi pulak yang excited nak jumpa Rayyan.

Umi berada di Melaka cuma 3 Hari je.Isnin petang tu akan bertolak balik ke Kota Tinggi untuk menghabiskan masa kami di belah umi pulak.Tapi tengok keadaan macam mana kan.Mana tau nak lepak lama sikit kat Melaka…

Oklah kan.

Bila company cuti seminggu ni memang best..Cuma yang tak bestnya bila cuti kena potong.Kalau ada AL lebih boleh jugak…

Korang pulak, cuti Raya Chinese New Year Kemana?

Loading

3 Comments

  1. Singgah juga Melaka semalam..
    Bercuti di Avani semalam, then semalam balik, singgah Melaka MBO
    Then harini dah sampai Paka dah hehehehe..
    Esok balik JB..
    5/6 stay di HRC Desaru pulak heheheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *