Plan Aktiviti di Hari Minggu

Plan Aktiviti di Hari Minggu | Setiap minggu memang ada je aktiviti umi.Tapi kebanyakkannya memang aktiviti bersama keluarga.

Apa aktiviti yang umi lakukan setiap minggu?

Sebenarnya hari cuti umi dan babah memang berbeza.Babah mula bercuti pada hari jumaat dan sabtu manakala umi pulak  bercuti pada sabtu dan ahad .Cuma ada satu hari je waktu untuk kami sekeluarga.Bukanlah umi kata hari lain takde masa bersama.At least the whole day 24 jam dengan keluarga..Faham tak.And selalunya setiap Jumaat umi takkan hantar dak Naura ke Taska sebab babah boleh gantikan tempat umi jaga dia pada hari jumaat.Bukan tak boleh nak hantar dia ke Taska Jumaat tu, Cuma biarlah Jumaat bagi babah uruskan anak pulak.Orang lelaki pun kena pandai uruskan anak kan.Bab memasak selalunya nenek yang tolong masakkan.Ha ye..Kalau ada nenek je umi tinggalkan dak naura bersama babah dia.atas alasan apa? itu tak perlu umi bagitahu..hahahah…korang fikir sendiri

 

Dan selalunya jugak, sabtu umi akan wujudkan satu aktiviti samada kami keluar bersiar-siar atau balik kampung.Ataupun pergi ke rumah saudara mara untuk melawat mereka.Jarang rasanya umi luangkan masa di rumah.Kesian kat anak jugak sebab itu jelah masa terluang bersama umi dengan babah dia.Dah 5 hari kan duduk kat Taska..So hari sabtu kita bawaklah dia berjalan-jalan untuk tengok dunia luar.

Tapi untuk minggu ni, umi ada satu Event yang umi kena attend.Jadi seawal pagi lagi umi akan ke sana.Tapi bukanlah satu hari pun..Actually umi and the gang akan ke sana untuk sama-sama mencuba sukan FootGolf di Pulai Spring Resort.Disebabkan ada rakan yang nak pergi tu, umi nak ler sekali join.Kalau umi sorang, umi mungkin takkan pergi kan.

Nak jugaklah melibatkan diri dalam aktviti sukan macam ni.Termasuk azam tahun 2019 jugak aktiviti macam ni.Selalu umi jalan-jalan kat tasik je.Yelah..nak berlari tak boleh, kang anak kena tinggal di belakang.Jalan pun boleh keluar peluh jugak okeh…

Actually FootGolf di Pulai Spring Resort ni telah dirasmikan pada hujung tahun 2018.Salah seorang ahli JDT Blogger iaitu Hernee Nazir telah hadir ke Perasmian FootGolf ni.Korang boleh baca entry pasal Footgolf ni di Entry FootGolf Pertama di Johor Bahru di Pulai Spring.Banyak info tentang Footgolf di entry tu.

So, untuk kali ini, umi dijemput untuk mencuba suka FootGolf ni yang pertama di Johor yang diadakan di Pulai Spring Resort.Syabas untuk Pulai Spring kerana mengadakan aktiviti sebegini.Nanti umi cerita selanjutnya minggu depan ye.

Hah…korang-korang yang nak invite JDT Bloggers untuk apa-apa acara, boleh ler email ke kami di jdtbloggernetwork@gmail.com .

Boleh jugak lihat page kami di bawah ni ye

Loading

9 Comments

  1. terbayang2 kalau seorang sunah yang menyepak bola golf tu…aduii….hahahahha

  2. footgoflf? first time dengar. Okay, nanti nak baca sikit pasal footgolf

  3. Author

    sama ler kita…hahah…tapi memang seronok kak seri

  4. Author

    best..nanti join tau

  5. Author

    tak yah bayang lagi..pi join cepat

  6. Author

    ok..tunggu my next entry ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *