PKPB Di Seluruh Semenanjung Kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan | Berita yang menyedihkan juga apabila kita kembali ke PKPB sekali lagi disebabkan kes semakin lama semakin meningkat.
Umi pasti ramai yang mengeluh apabila terpaksa PKPB sekali lagi, tetapi bila melihat angka setiap hari semakin naik. mungkin itulah jalan penyelesaiannya.
Akur dengan saranan kerajaan demi untuk keselamatan kita juga.Sana sini bercerita pasal ni kan.Umi pulak semakin takut nak keluar ke sana sini.
Jadi marilah kita ikuti SOP yang diwajibkan kita patuhi .Kita kena tahu SOP yang dijalankan sepanjang tempoh PKPB.PKPB Di Seluruh Semenanjung Kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bermula 9 November 2020
SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN BERSYARAT (PKPB)
- Hanya dua (2) orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah dalam satu (1)kenderaan yang sama pada satu-satu masa bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan rumah atau aktiviti-aktiviti lain. Individu yang berisiko tinggi tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
- Hanya perniagaan, aktiviti ekonomi dan rantaiannya adalah dibenarkan beroperasi.
- Restoran 24 jam, kedai / gerai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam termasuk kedai serbaneka di stesen minyak dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja.
- Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away.Dine in dibenarkan terhad maksimum 4 orang satu meja dengan penjarakan fizikal 1 meter dan mematuhi SOP Sektor Makanan.
- Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam)
- Operasi pusat membeli-belah, pasar raya dan supermarket adalah antara 8.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja
- Operasi pasar harian dan pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
- Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
- Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam dengan pematuhan SOP yang ketat dan pengawasan anggota RELA.
- Operasi perniagaan lain yang tidak disenaraikan seperti di atas adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
AKTIVITI YANG DIBENARKAN SEPANJANG PKPB
• Rantaian aktiviti ekonomi dan industri
• Melaksanakan Tugas Rasmi Kerajaan
• Mendapatkan rawatan kesihatan, urusan kecemasan dan kematian.
AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG TEMPOH PKPB
• Senarai aktiviti yang dilarang tidak dibenarkan
• Pergerakan keluar penduduk dari kawasan PKPB selain urusan/aktiviti dibenarkan
• Pergerakan masuk penduduk dari luar Kawasan PKPB selain urusan/aktiviti dibenarkan.
Kalau korang nak tau tentang perkembangan Covid-19 ni boleh la join Tele MKN supaya korang dapat berita yang lebih sahih
Selamat berPKPB 🙂