Petua tidur Rasulullah s.a.w yang perlu kita ketahui

Petua tidur Rasulullah s.a.w yang perlu kita ketahui

Nak tidur ni bukan letak kepala kat bantal terus je tidur.Ada adab-adab supaya tidur kita tu bukan sekadar tidur.Nak tidur berkualiti kena ikut petua tidur Rasulullah s.a.w yang perlu kita ketahui.

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kruang 20 tahun untuk tidur.Sekrianya dia tidur mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, maka tidurnya akan jadi ibadah.Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.

Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar.Satu sunnah yang diamalkan secara berterusan akan diberikan ganjaran 100 pahala mati syahid sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Didalam tidur sendiri ada banyak sunah.Sebaliknya jika seseorang itu tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

 

[Baca juga : Pentingnya tidur awal ]

ANTARA SUNAH-SUNAH NABI SAW SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS TIDUR

  1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.Ramai orang memperlekehkan dia Masnun(doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  2. Jangan tidur menghadap arah qiblat.Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah,sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid.Apa itu Tasbih Fatimah? (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x)
  4. Baca 4 qul ( An-Nas,Al-Falaq,Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) Tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan utnuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.Baca Bismillahirrahmanirranim 21x.(Barang siapa yang membaca bismillahhirahmanirrahum sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut)
  5. Niat untuk bangun Tahajjud.Sekiranya tidak terjaga ALlah swt aka nmengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan solat sunat taubat 2 rakaat.
  7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu 🙂
  8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh kita amalkan.Semuanya mudah untuk dilakukan.Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

 

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.Tutup aurat ketika tidur.Kenapa? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya syaitan/jin betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/jin akan besama-sama menjamah isteri kita.Kemungkinan besar benih yangmasuk bercampur dengan benih-benih syaitan/jin.Jadi jangan marah sekiranya anak-anak ikut perangai ibubapa angkat mereka ketika bersetubuh dahulu.Nauzubillah himinzalik.

 

Imam bukhari dan muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang diantara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk, berkemungkinan dia beristighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Boleh baca cara mendapatkan tidur yang cukup disini

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang.Malah tidur dapat menentikan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang.Bukan itu sahaja, tidur bagi seseorang muslim juga dikira sebagai satu ibadah sekiranya ia memenuhi ada-adab dalam islam.

ADAB-ADAB TIDUR DALAM ISLAM

1.Berwuduk

Sebaik-baiknya gosok gigi anda sebelum masuk tidur.Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menajdi amalan yang sangat dirahmati.Insyallah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis.

2.Perut tidak terlalu kenyang.

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam.Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan, malah boleh menyebabkan perut cepat rasa sebu.Perut kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.

3.Mengingati kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba ingat semula perkara yang telah dilakukan sepanjang hari.Sekiranya ada melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik.Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristghfar memohon keampunan daripada Allah swt.

4. Membaca doa dan surah tertentu

Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu.Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan.Rasulullah saw sering mengamalkan membaca surah Al-ikhlas, Al-falaq dan Al-Nas.Kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tapak tanggannya lalu digosok ke seluruh badannya dimana tanganya dapat sampai.Bacaan dan perbuatan baginda ini dulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

5.Berazam untuk bangun awal

Anda juga digalakkan untuk mebaca surah al-kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal,Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

6.Bangun Pagi

Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa”Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami.KepadaNya kami akan dibangkitkan.Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

 

Semoga bermanfaat untuk kita semua

Loading

One thought on “Petua tidur Rasulullah s.a.w yang perlu kita ketahui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *