Pertama Kali Mencuba Mantai Rice, Sedap rupanya

Pertama Kali Mencuba Mantai Rice, Sedap rupanya | Musim PKP ni banyak nau perasaan nak mencuba.Pantang tengok orang share ko pun nak nak cuba jugak

Nak-nak yang melibatkan makanan.Entah bila nak dietnya tak taulah.Bukanlah nak diet, cuma nak kena jaga makan je.Tapi tulah, bila duduk rumah ni rasa nak mengunyah je.Bukan umi je, anak-anak ni pun sama.Diorang lah yang buat umi macam tong sampah.Tak habis makanan anak, umi jugak yang kena habiskan.Sebab tulah kan, kalau umi makan nasi memang tak letak banyak.Sesenduk tu  je yang umi letak.

Hari tu ada nampak sorang blogger ni dia share kat whatssap status tentang makanan Mantai  rice ni.Nampak macam menarik je.Umi kalau setakat makanan korea, gimbab, kimchi, tteokbokki,Kimchi jgae tu pernah la cuba.

Maintai rice ni lah baru pertama kali nak mencuba.Cuba tak salahkan, tak berdosa pun..Cuma tulah berat badan naik lu fikirlah sendiri..hahaha.

Tapi bila umi google Mantai rice ni makanan jepun.Tapi takpelah kan, janji sedap.

Zaman PKP ni kalau korang buat jualan makanan, umi sure mesti laku.Tapi nak laku tu mestilah kena sedap.Kadang orang tak kisah pasal harga makanan janji yang mahal tu, mestilah dengan kualiti makanan yang setimpal.

 

betul tak?

Tak mungkinlah korang beli yang asal murah.Asal murah tu pun kena tengok jenis makanannya jugak.Kena faham tu..hahahah

So, hari tu umi submit order untuk 2 box mantai rice chicken dan juga salmon

Mana satu yang umi suka? suka yang chicken sebab isinya banyak berbanding dengan salmon

Tapi yang bedal bukanlah budak-budak.Mak budak dengan bapak budak yang kerjakan 2 box tu.Bagi kat bebudak ni haram takmo sebab ada mayonis.Pada diorang nampak pelik pulak makan mayonis dengan nasi.Eh..Umi lagi suka..Jadi umi boleh makan banyak

Yang ni salmon.Nampak tu dua tangan besar yang makan.Tangan kecik mampu makan jajan je..hahaha

Nak buat tu memang tidak lah kan.Lagi pun kalau satu keluarga suka makan ni memang berbaloi nak buat.Tengok pada resepi mantai rice ni, takdelah susah mana.Nak cari bahannya tu jelah.

Kot korang mencari resepi mantai rice mudah boleh tengok di blog Suzie.Dia ada buat mantai rice hari tu.Puas makan kalau buat sendiri.Nak makan banyak kali pun takpe.

Tetiba rindu nak makan Nasi  Kandar .Nanti dah habis PKP nak ajak babah pergi makan Nasi kandar lah.Tak bestlah kalau order ke rumah.Babah kata dia rindu nak lepak makak dah..hahaha

 

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *