PERTAMA KALI BERHARI RAYA DI KELANTAN.Alhamdulillah dah selamat sampai semula ke Johor setelah beberapa hari bercuti di Pahang dan Kelantan.
Plan memang dah lama nak berhari raya di Kelantan, untuk tahun ni memandangkan abang umi ada buat korban untuk mak, jadi kami mengambil keputusan untuk berhari raya di sana.
Cuma tak ramai la adik beradik umi yang ikut serta bercuti di Kelantan.Takpelah kan, insyallah tahun depan kita jumpa balik.
Sememangnya kalau hari raya Aidil Adha ni Kelantan adalah Negeri yang meriah bila tibanya perayaan ni.Jadi umi nak la sesekali merasai pengalaman berhari raya di Kelantan.
Lepas je sembahyang raya, kami ke rumah kakak kepada kakak ipar umi yang tinggal berdekatan dengan rumah.Sebenarnya setiap tahun, untuk keluarga kakak ipar, memang akan ada korban.Jadi tahun ni abang memang berniat nak buat korban untuk mak.
Alhamdulillah umi pun tumpang gembira.Pertama kali dalam hidup tengok lembu kena sembelih.Haishh..Tak tau nak cakap.Masa rekod video pun umi tak pandang pun lembu tu.Rezeki lembu tu kan terpilih untuk dikorbankan.
Lembu tu jugak nanti menjadi tunggangan kita di sana nanti.Jadi sebab tu korban sangat-sangat perlu untuk kita buat.
Settle sembelih lembu, kami pun sediakan pelbagai juadah untuk tetamu.Takdelah ramai tetamunya, cuma adik beradik kakak ipar, anak-anak saudara dan saudara mara terdekat je.Tak ramai mana pun.
Tapi meriah bila dapat sesekali merewang beramai-ramai kan?
Ni antara adik beradik dan anak-anak saudara yang ada.Ada lagi yang tak masuk gambar.Maklumlah memasing sibuk dengan tugas memasing kan.
Seronok rasanya duduk kat kampung macam ni.Patutlah abang umi sanggup jual rumah di johor semata-mata nak beli tanah dan buat rumah kat sana.
Alhamdulillah, pengorbanan terbesar abang umi tu terbalas dengan apa yang dia ada sekarang.Penghijrahan untuk perkara yang lebih baik.Syukur sangat kan.
Nak berkemas apa yang patut dulu, nanti kita sambung balik cerita jalan-jalan kat sana.
Alhamdulillah, syukur terlaksana hajatnya.
Masuk rumah baru lain pulakk hehehehe..
Lamanya tak ke Kelantan.. Trengganu pun lama tak pi ni…