Assalamualaikum
Mungkin korang akan cakap,terlalu awal untuk melakukan Persiapan menjelang syawal yang akan tiba ni kan.Tapi bagi aku,persiapan tu penting supaya tidak kelam kabut dan berasakkan di kedai-kedai atau pasaraya untuk mencari baju raya.
sumber :google
Tahun ni,Persiapan raya lebih kepada baju Nur awfyah dan Babahnya sahaja.Bagi aku tahun ni,takde baju raya pun takpe asalkan baju untuk dua orang tu da settle.Walau pun tak 100% persiapan dilakukan,tetapi cukup berpuas hati apa yang ada ni.
Untuk baby yang ada dalam perut ni,insya allah dah sepenuhnya siap.Tapi bagi Nur awfiyah,sebenarnya sebelum berpuasa lagi aku dah beli sikit demi sedikit.Yelah..Kalau nak beli sekali arung ,mana nak cekau pulusnya..hehehe..
Sebelum Ramadhan,tak silap aku start dari bulan 4 lagi aku dah beli baju Nur awfiyah.Aku peruntukkan sebulan satu baju,jadi dapatlah beli banyak sikit baju untuk dia.Yelah..baju budak sekarang bukannya dapat yang murah-murah kan.Semuanya mahal..Setahun sekali je dapat pakai baju mahal-mahal ni.Sekarang ni adalah dalam 5-6 pasang..Baju budak ni,mana nak cukup beli takat 2-3 helai..Macam kita  masa kecil² dulu la,…Kalau tak 5-6 pasang tak sah kan..
Ni pun aku tinggal belikan dia baju kurung je.Tak sempat nak terjah bazar.Ingat sebelum pertengahan ramadhan ni nak settlekan semuanya.Ni pun rasa dah tak larat nak kemana-mana bawa dia.Kalau pergi pun,mesti dia ditinggalkan.
Baju kurung pun atas permintaan babah dia,nak warna yang sama ngan babah.Dapat sehelai baju kurung cukuplah kan.
Untuk babah dia,alhamdulillah..semua dah settle.Baju melayu memang setiap tahun aku akan tempah awal.Tak pernah beli yang ready made..Takut tak berpuashati dengan ukuran my husband tu.
Dan setiap tahun menggunakan tailor yang sama.Dah 3 tahun ni,memang tak pernah tukar tailor lah.Puas hati dengan jahitan yang kemas dan kena pada badan.Cuma kekadang servis dia kurang sikit.Sebab tu nak kena hantar awal-awal kat tailor tu supaya dia tak kelam kabut nak siapkan baju,
Untuk baju casual pulak,dapatlah 2 helai T-shirt dan 2 helai seluar.Alhamdulillah..settle..Selalunya aku cari baju-baju tu dah nak dekat raya nanti,Tapi disebabkan kandungan ni dah sarat sangat ,terpaksa buat persediaan awal.
Untuk diri aku pulak,aku dah sediakan kesabaran dari segi mental dan fizikal untuk menerima orang baru.tu je..Takde baju raya kot..Tapi alhamdulillah,bila dah dapat settlekan semua,lega rasanya.
Emm…hari last bekerja sebelum cuti panjang,sempat lagi nak update blog walaupun terpaksa settlekan segala kerja yang akan ditinggalkan..

Loading

13 Comments

  1. Mesti sekarang ni menyambut orang baru lagi meriah dari raya kan kak..tak sabar 🙂 yang penting semuanya selamat. Fiyah pakai kurung mesti comel dia kan.

  2. samalah kita sis.. saya pun focus baju husband je tahun ni. sebabnya sy pun pregnant 34week.. tahu jelah perut dah besar ni beli bj pun payah. beli sepasang je untuk raya 1st.. sbb nnt time raya tu 36w.. kene get ready la time tu bile2 masa baby boleh lahir

  3. best kan time carik baju anak anak tambah pulak anak girlz..hihihiii…yuyu tak sabar nak lalui saat itu

  4. aida pun setuju. prepare awal2 utk raya.
    wah… seronok nyer nak sambut baby baru.
    best!

  5. sonok wat persiapan nak raya.. ingat nk terjah lagi beberapa butik utk baju raya .. hihi

  6. saya belum prepare apa-apa pun
    memang suka sangat dok shopping last minute…hehe

  7. Baju raya pertama dah beli awal.. Yang biasa2 tu tak cari lagi…

  8. selesaikan awal2 lebih senang..10 malam terakhir kita tak terlepas apa2..:)

  9. preare awal senang….x perlu nk berasak2 dgn org di hujung ramadhan tu

  10. dah buat persiapan raya ye..bagus-bagus..kalau baju tempah memang kena tempah awal lah kan..

  11. Buat persiapan raya awal mmg bagus.. klu dah dekat2 nanti sendat waktu.. kelam kabut jadinya huhu

  12. bestnya dah prepare untuk raya, kita still tak de masa lagi ni. stuck kat site ni bekerja je huhuhuhuhu.. arghhh nak rayaaaa

  13. Persiapan paling penting time nak raya.. Hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *