Persediaan Ke Sekolah Dengan Kasut Pallas USP | Walaupun dunia sedang diuji dengan Pendemik Covid-19 persediaan anak-anak untuk ke Sekolah tetap umi buat dari uniform sampailah ke kasut sekolah mereka.
Kalau ikutkan kasut sekolah lama Auni tu masih boleh digunakan lagi.Cuma umi beli yang baru untuk buat spare dan sajalah nak suruh mood sekolah mereka tu datang balik.Yelah, dah lama bercuti kan?
Duduk rumah lama sangat, badan pun makin naik.Saiz kasut pun dah bertukar, jadi kenalah ada satu lagi kasut tambahan.
Seperti biasa kasut pilihan umi untuk anak-anak tentulah kasut Pallas.Korang sendiri dah sedia maklum tentang kualiti kasut Pallas ni dari dahulu hingga sekarang kan.Dan ianya masih lagi menjadi pilihan pertama umi untuk anak-anak.
Haishh!! memang tak bertukar sampailah habis sekolah.Anak sekolah pun umi masih lagi menggunakan jenama Kasut Pallas ni.Korang tau kenapa umi suka sangat dengan jenama kasut pallas ni? Hah..Kena baca sampai habis.
3 SEBAB KENAPA UMI BELI KASUT PALLAS USP 205-0186BK
Kasut ni memang banyak jenis kalau kita tengok di pasaran.Begitu juga dengan kasut pallas ni.Umi suka beli kasut pallas USP 205-0186BK ni kerana kasut jenama palllas ni ada 3 kebaikkan yang perlu korang tahu.
- Lebih ringan – Sesuailah untuk anak-anak sekolah rendah yang sedang aktif ni.Kasut jenis ni membantu pergerakkan anak-anak dengan lebih selesa.Biasalah usia diorang ni banyak sangat lah nak explore sesuatu benda.Mana reti duduk diam.
- Pengudaraan yang baik – Sebab kenapa kena ada spare kasut adalah sebab kadang-kadang ada kasut yang jenis lambat nak kering.Tapi kalau kasut pallas ni, mudah sangat nak kering dan semestinya umi suka.Jadi takdelah risau anak pergi ke sekolah dengan kasut lembab kan?Yang kuat berpelut tak payah risau kaki bau busuk ye.
- Lebih selesa – Itu yang paling penting demi keselesaan dan kesihatan kaki anak-anak.Sebabnya kasut ini mempunyai fungsi ARCH SUPPORT, boleh melegakan ketegangan pada otot kaki dan ianya lebih selesa. Terutamanya kepada anak yang FLAT FOOT atau HIGH ARCH.

Kalau tengok dari design kasut ni, memang umi puas hati untuk anak-anak pakai.Foam di sekeliling kasut ni umi pasti ia sangat memberikan keselesaan pada anak-anak.Takdelah adegan kaki melecet pada awal persekolahan.
Baca juga : Senarai semak keperluan sekolah murid awal persekolahan
Umi pernah tau alami adegan kasut melecet pada hari pertama persekolahan.Memang trauma.Yelah dulu masa kecik-kecik mana pandai nak pilih kasut.Apa yang mak belikan, tu yang kita pakai.
Jadi untuk anak-anak umi ni, kita dah ada pengalaman macam mana nak cari kasut yang selesa untuk dipakai diwaktu persekolahan.Sebab tu umi percaya dengan kasut pallas ni.
Harga untuk kasut pallas di pasaran pun mampu milik.Kalau nak pakai untuk setahun pun berbaloi sangat-sangat.
Untuk korang yang nak dapatkan kasut Pallas USP 205-0186K ni, bolehlah dapatkannya di Aeon, Tesco, Mydin Supermarket dan lain-lain yang tempat yang mengadakan kempen Back to School.
Nak mudah lagi, dah tau saiz kasut anak korang, just beli terus online untuk memudahkan dan menjimatkan masa korang
Sis dulu sekolah pakai pallas jazz juga tapi jenis bertali.. kalau pakai setahun tahan.. adik-adik aje pakai bata hehehehe
anak-anak kak pip masih blur2 bila bagitau x lama lagi nak sekolah.
kes covid naik lagi, risau wei nak hantar anak ke sekolah.
tapi kasut dah ada, kita pun guna pallas juga.
pallas ni memang best pakai, selesa sangat-sangat.
Best kasut nie..
Adik sy pun baru ja beli kasut nie
Ramai sangat pilih jenama pallas jazz ni kan.. TB pun suka.. Cantik design nya
bata pun not bad jugak
kan kak pip..risau tu tetap ada
memang terbaik
kan tb..semua best dan selesa
Pengudaraan yang penting tu bagus sebab berjam lamanya pakai kasut bila kat sekolah kan
Cantik design nya..tapi syg..anak² xdpt g sekolah pakai kasut nie..HuHu
Kasut pallas memang best.. Anak pun nad belikan kasut ni
Anak suka kasut pallas. Memang selesa
mmg selesa kasut pallas ni