Perlu Atau Tidak Supplemen Untuk Anak-Anak

Perlu Atau Tidak Supplemen Untuk Anak-Anak

Perlu Atau Tidak Supplemen Untuk Anak-Anak | Umi pun tak pasti sebenarnya bagus atau tidak untuk berikan mereka ni makanan tambahan.Tapi apa yang umi baca ianya sangat perlu jika…

Jika apa? Jika mereka kekurangan vitamin yang diperlukan dalam badan.Bukan sahaja vitamin malahan sumber lain yang tidak mencukupi dalam badan mereka.

Sebenarnya ikutkan dari apa yang umi baca, jika anak-anak kita cukup pengambilan karbohidrat dan sumber vitamin dari makanan, tak perlu lagi supplemen tambahan.Lagi kalau mereka amalkan pengambilan sayuran, buah-buahan dan semuanya complete.

Tapi kalau mereka ni jenis macam anak-anak umi.Nampak sayur pun macam nampak hantu? memang patut pengambilan supplemen tu.

Kenapa umi perlukan supplemen untuk mereka? Of course sebab mereka tak makan sayur langsung.Ikan pun memang jarang sangat diorang makan.Bukan itu sahaja, nasi pun payah nak makan kalau si kakak tu.

Kalau bab belajar tu pulak, memang cepatlah dia hilang fokus.Jadi itu sebabnya umi mencari supplemen yang sesuai untuk mereka ni.Selain vitamin C yang umi bagi diorang, umi mencari jugak supplemen lain.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang kita perlu ambil tahu tentang pemberian makanan tambahan anak-anak ni.Setiap anak tu berbeza, ada yang memerlukan dan ada juga yang tidak memerlukan makanan tambahan.

Jadi hasil pembacaan umi di Sini, ada beberapa faktor yang kita perlu ambil tahu sebelum kita memberikan supplemen untuk anak-anak.Jom baca entry seterusnya.

PERKARA YANG PERLU DITIMBANGKAN SEBELUM MEMBERIKAN MAKANAN TAMBAHAN KEPADA ANAK-ANAK

Ketika membeli supplemen di pasaran ibubapa perlu mengambil kira beberapa kriteria penting sebelum membelinya.Antaranya adalah :

  1. KEPERLUAN ANAK

Bukan semua supplemen diperlukan oleh anak.Ibu perlu membeli suplemen yang diperlukan sahaja.Jika mengandungi suplemen yang tidak diperlukan ia hanya membazir kerana pengambilan zat yang berlebihan akan dikeluarkan oleh badan anak melalui najis dan tidak akan diserap dalam badan.

2. KANDUNGAN SUPLEMEN

Selepas mengmabil kira keperluan mereka, ibubapa digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi zat sahaja.Contohnya seperti Vitamin C sahaja atau zat besi sahaja.

3.KEBERKESANAN SUPLEMEN

Pelbagai jenis suplemen dijual di pasaran, namun apakah suplemen berkenaan betul-betul berkesan dalam membantu pertumbuhan anak?

Untuk menentukan keberkesanannya, di kotak atau pakej dinyataka jika syarikat yang sudah menjalankan kajian keberkesanannya.

Jika tiada, ibubapa perlu utamakn suplemen yang dijual oleh syarikat yang berdaftar, mempunyai pensijilan seperti sijil amalan pembuatan baik(GMP), Analisis Bahaya Titik Kawal Kritikal(HACCP) sijil piawaian antarabangsa ISO dan bagi umat islam sijil Halal.

4.KESESUAIAN SUPPLEMEN MENGIKUT USIA ANAK

Terdapat pelbagai jenis suplemen yang mengandungi dos zat yang berbeza.Pastikan waktu membeli dos itu sesuai dengan usia anak.Jangan beli yang lebih atau kurang dos sebab ia akan memberi kesan kepada keberkesanan suplemen itu.

5.TEMPAT MEMBELI SUPLEMEN

Ibubapa digalakkan untuk membeli suplemen dan farmasi yang berdaftar, bukan dari ejen jualan langsung atau penjual yang datang ke rumah.

Untuk suplemen berkenaan memasuki farmasi ia perlu melepasi  kriteria tertentu.Jika terdapat apa-apa kesan sampingan  boleh membuat laporan tetapi jika dari tempat yang tidak berdaftar, suka untuk mendapat maklum balas.

Suplemen tidak diperlukan jika anak mendapat zat menyeluruh daripada makanan yang sihat seimbang.Ibu bapa perlu berusaha untuk menyediakan dan menggalakkan anak mengambil makanan yang sihat dan seimbang.

Hah..itulah antara perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum mendapatkan suplemen ni untuk anak-anak.

Dan apa  yang perlu kita  buat apabila anak-anak tidak mendapatkan zat yang cukup.Umi kongsi pula tips bagaimana kita nak anak kita dapat zat yang mencukupi.

Nak juga umi apply tips ni untuk dak fiyah tu.Mana tau berkesan kan?

TIPS MENDAPATKAN ZAT YANG MENCUKUPI UNTUK ANAK-ANAK

DI bawah ni adalah antara tips yang boleh ibubapa amalkan bagi memastikan anak mendapat zat yang mencukupi

1. Pastikan dalam setiap hidangan makan berat (sarapan pagi , makan tengahari, makan malam)terdapat

• Sumber karbohidrat (contoh nasi, mi, mihun, kuetiau, roti, capati, tosei dan lain-lain)

• Sumber protein (ayam, ikan, daging, makanan laut atau telur)

• Sumber serat (gabungan sayur-sayuran dan buah-buahan)

Kebanyakan ibu bapa menganggap jika anak tidak makan nasi maka,mereka tidak cukup zat. Anggapan ini tidak tepat kerana sumber karbohidrat boleh dipelbagaikan seperti contoh di atas. Namun yang paling penting, ibu bapa perlu memastikan setiap kali makan ada gabungan tiga sumber zat makronutrien yang utama.

Contoh menu lain yang masih mempunyai gabungan tiga makronutrien seperti masakan makaroni dan keju (ada ayam dan brokoli), spageti Bolognese (campuran lobak merah, kacang pis dan daging), mi goreng dan pelbagai hidangan lain lagi. Ibu bapa boleh menjadi lebih kreatif ketika penyediaan makanan dan bagaimana mahu menggabungkan ketiga-tiga makronutrien.

2. Wajib mengambil tiga makan utama, jangan tinggalkan atau elak makanan waktu itu. Kajian yang dilaksanakan pada 2007 hingga 2008 menunjukkan seorang dalam tiga murid sekolah rendah tidak bersarapan sebelum ke sekolah.

Ini akan memberi kesan kepada proses pembelajaran pelajar dan meningkatkan kemungkinan untuk memakan makanan yang tidak sihat sewaktu rehat.

3. Selain itu, ibu bapa juga boleh mencipta dan mencuba resipi yang menarik untuk meningkatkan minat anak mengambil makanan yang sihat. Contohnnya naget dibuat sendiri, ais krim sihat (susu dan buah) dan sandwic berbentuk kartun.

So, Perlu Atau Tidak Supplemen Untuk Anak-Anak kita sendiri je yang tahu sebab kita tau apa yang kurangnya pada anak-anak kita kan.Kita Ikhtiar untuk mereka.Janji ia tidak memudaratkan buat mereka.

Kalau dulu umi bagi mereka tablet, sekarang ni umi beli untuk minum.Nampaknya diorang suka dengan rasanya tu.Baru je umi bertukar suplemen kepada Qaseh Gold Junior ni.Actually umi beli ni untuk si kakak sebab umi tau dia susah sangat nak makan.

qaseh-gold-junior

Abaikan sorang yang tertonggeng kat belakang tu.Sebelum tidur umi pastikan dia ambil 1 sudu kecil.

Lagi satu nampak dia ada sedikit hilang fokus bila dia belajar.Kalau bermain jangan cakaplah..Memang laju je.Umi tertarik bila tengok banyak kelebihan yang ada dalam 1 botol ni.

qaseh-gold-junior

Jus harian kanak-kanak yang membantu menguatkan sistem imun, penghadaman dan meningkatkan kecergasan.

Kelebihan Qaseh Gold Junior

  • Menguatkan sistem imun untuk melawat penyakit.
  • Melancarkan pembuangan air besar.
  • Meningkatkan kecerdasan minda.
  • Menyokong tumbesaran yang sihat.
  • Membekalkan tenaga.

qaseh-gold-junior

Geram je umi tengok budak berdua ni kalau amik gambar tau.

 

Kandungan

Madu, Kurma, Delima, Tiin, Kismis, Bayam, Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Gam Arab, Garam Bukit, Pegaga, Badam, Gingko Biloba, Za’faran, Kalsium Marin, Air, Xanthan Gum, Jus Oren dan Potassium Sorbate.

Harga sebotol RM59 sahaja.Oklah tu tahan untuk sebulan.Baru 2 hari guna tak tahu keberkesanannya macam mana.Kita tunggu lepas sebulan ye.

Kalau ok umi nak teruskan je guna ni.

Korang yang nak dapatkan Qaseh gold Junior ni boleh dapatkan di ejen-ejen terpilih di seluruh Negeri ye.

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *