PERKEMBANGAN GIGI KANAK-KANAK YANG PARENTS KENA TAHU

PERKEMBANGAN GIGI KANAK-KANAK YANG PARENTS KENA TAHU | Sedikit sebanyak kita kena tahu tentang perkembangan gigi anak-anak kita supaya takdelah nanti ianya menjadi masalah pada dia atau kita sendiri

Yang kesiannya mestilah dia yang menangung kan? Macam yang umi cerita pasal gigi adik yang dah mula rongak, itulah proses untuk dia dapatkan gigi kekal dia.

Nak kata kurang minum susu dan menyebabkan gigi cepat rapuh pun tak juga.Macam si kakak, masa dia berumur 6 tahun, doktor dah tanggalkan gigi dia dekat 3 batang tau.Dan sekarang ni dia mempunyai 3 gigi geraham besi dibahagian kiri.

Umi ada ceritakan tentang gigi kakak di Sini.Kata doktor kakak mempunyai gigi yang cepat rapuh dan sebab tu doktor buang gigi kakak yang doktor rasa memang tak boleh diselamatkan.Tak taulah kalau mewarisi dari ibubapa dia.

Cuma adik ni alhamdulillah la, dia berjaya jaga gigi dia sehingga umur 7 tahun.Dah umur 7 tahun nilah baru nak hilang gigi.Pernah juga sebenarnya gigi adik bertampal sebelum ni, tapi takdelah besar sangat.Itu jelah masalah gigi dia sepanjang 7 tahun ni.

Tapi orang kata takpe kan ,sebab gigi susu ni bukan gigi kekal.Korang boleh tengok carta gigi yang dibawah ni untuk kanak-kanak.Teruskan membaca perkembangan gigi kanak-kanak yang parents kena tahu.

CARTA GIGI SUSU KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN GIGI KANAK-KANAK YANG PARENTS KENA TAHU

FAKTA TENTANG PERKEMBANGAN  GIGI SIMANJA

  • Secara umumnya, setiap enam bulan gigi bayi akan mula tumbuh.
  • Gigi anak perempuan lebih cepat tumbuh berbanding gigi anak lelaki.
  • Gigi bawah keluar dahulu berbanding gigi atas.
  • Gigi di kedua rahang biasanya tumbuh berpasangan, satu disebelah kanak dan satu sebelah kiri.
  • Ukuran gigi susu lebih kecil dan warna lebih putih berbanding gigi dewasa.
  • Di usia dua ke tiga tahu, seharusnya gigi susu sudah keluar sepenuhnya.

Pada usia 4 tahun pula, rahang dan tulang wajah mula tumbuh dan menciptakan ruang diantara gigi susu.Ia bertujuan untuk menyediakan ruang yang mencukupi supaya gigi kekal yang lebih besar tumbuh.

Baca juga : Tabiat menggesel gigi

Ada beberapa peranana gigi susu yang perlu kita tahu antaranya ialah:-

  • pertahankan ruang bagi gigi kekal
  • Membentuk wajah yang normal
  • Membantu perkembangan bertutur yang lebih jelas.
  • Membantu anak mendapatkan nutrien yang sempurna
  • Gigi susu yang tanggal terlalu awal atau cepat rosak membuatkan anak sukar mengunyah sekaligus membuatnya kurang makan,
  • Memberi pemakanan yang sihat untuk gigi kekal.
  • Jangkitan gigi bayi boleh menyebabkan bintik gelap berkembang di bawahnya ketika gigi kekal tumbuh.

BILAKAH GIGI DEWASA AKAN TUMBUH

Korang boleh lihat carta gigi kekal diatas ni ye.

PERKEMBANGAN GIGI KANAK-KANAK YANG PARENTS KENA TAHU

 

GIGI BAWAHUMUR GIGI KELUAR
Gigi kacip(Central Incisor)6 sampai 7 tahun
Gigi seri kedua (Lateral incisor)7 sampai 8 tahun
Gigi Taring
Canine/cuspid)
6 sampai 7 tahun
Gigi Premolar pertama
(First premolar)
9 sampai 10 tahun
Gigi Premolar Kedua
(second premolar)
10 sampai 12 tahun
Gigi geraham pertama
(Fisrt molar)
11 sampai 12 tahun
Gigi geraham belakang
(Second molar)
11 sampai 13 tahun
Gigi bongus
(Third molar/wisdom teeth)
17 sampai 21 tahun

Bila kita lihat jadual di atas ni, gigi dewasa mula muncul ketika usia anak enam tahun dan ia keluar berbeza-beza bagi setiap anak.Pada usia 13 tahu, sebahagian besar 28 gigi kekal sudah berada pada tempat masing-masing.

Manakala satu hingga empat gigi bongsu akan tumbuh pada usia 17 hingga 21 tahun sehinggalah jumlah gigi kekal lengkap 32 batang gigi.

Macam tulah perkembangan gigi kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa.Bagi umi anak-anak kecil yang giginya patah tu, dah biasa kan.Kita pun dulu dah melaluinya.Cuma janganlah sampai anak-anak tu giginya terserpih dan macam-macam lagilah.

At least buat pemeriksaan berkala untuk gigi anak-anak kita ni.Paksa diorang untuk jaga gigi contohnya gosok gigi bila tiba masanya.Ataupun selepas makan, bersihkan gigi supaya takde p[ak yang akan muncul nanti.Tapi tulah, kadang-kadang kalau terlebih rajin, ubat gigi tak sampai sebulan dah habis.haduiii..Parah ui.

Selamat membaca entry perkembangan gigi kanak-kanak yang parent kena tahu.

 

1 Comment

  1. Budak-budak kalau rongak tetap cute! Tapi kalau gigi terjaga elok, lagi 10x cute!

Leave a Reply

Your email address will not be published.