Perjalanan Pertama Naura menaiki bas ke Pahang

Assalamualaikum

Hai korang☺Entry santai je ni..No produk review..hahaha..stop kejap lah pasal review..so kita cerita pasal perjalanan pertama Naura menaiki bus ke Pahang.

Actually,perjalanan ni tak dirancang pun,kalau ikutkan memang tak ke Pahang,tetapi memandangkan last minute dapat jemputan kahwin,dan ada family matters kat Pahang.So terpaksa jugak ambil cuti untuk ke sana.

So,plan nak naik bus pukul 6.30pm hari Jumaat tu,tetapi disebabkan bus penuh,terpaksalah kan ambil tiket pukul 3.30pm.Terpaksalah pulak halfday hari tu.Sayangnya kakak Awfiyah tak dapat ikut sebab sekolah hari ahad tu.Yang ke Pahang pada hari tu cuma umi,Naura dan juga Nenek.

Tiket dah ada dalam tangan Khamis tu jugak.Tak beli online pun,just beli dekat kaunter.Tapi dia bagi kertas macam ni je hah…Tiket untuk dewasa adalah Rm32.00 dan kanak-kanak Rm24.20 kalau tak silap aku.Tapi yang tak bestnya lupa pulak nenek warga emas..dah rugi beli satu tiket dewasa pada harga biasa…Takpelah..dah terbeli kan..nak buat macam mana.
Bas yang akan membawa kami ke Kuatan.Transnasional

Sebelum bas bergerak,sempatlah umi dan Naura berwefie.Masa ni nenek duduk kat depan.Bukan main excited lagi dia naik bus.Tapi tulah,dalam bus bila nak baring,dah macam kat rumah dia buat.Boleh pulak berputar badan tu..haishh..Alhamdulillah,sepanjang perjalanan,dia tak muntah.
Padahal,umi dah salah beli tiket.Sebenarnya ada je tiket dari Pusat Bandar Pasir gudang ke Kuantan melalui Mersing.Jadi takdelah ambil masa yang lama ke sana.So terpaksalah kami redah,dari pusat bandar–> Larkin –> Segamat –> Kuantan.Perjalanan kami tu lambat sebab banyak singgah.Kami sampai ke Kuantan dalam pukul 11.00 jugaklah.Nasib baiklah ada abang ipar yang pick up kami kat bustand.So,takdelah risau sangat.
Sesampai di Kuantan,terus ke rumah kakak ipar yang buat kenduri kahwin anak dia.Tapi belah lelaki lah..Malam tu cuma rewang biasa je.
Keesokkannya kami hantar pengantin lelaki di Bandar Indera Mahkota Kuantan.Aku tak sure pulak nama tempat tu.Cuma dia buat di dewan lah..
Nilah anak buah yang tak pernah jumpa..Tapi selalu dengar nama je…emmm..bab tu no komen..hehehe

Selamat pengantin baru Haznor dan Nisa.
Sempatlah snap hantaran yang cantik ni
Budak ni kan,masa pengantin dok sibuk potong kek,terus mintak kek tu.Dah uminya segan sebab dia dok meronta nak kan kek tu.
Sudahnya umi tebalkan muka mintak cupcake yang disusun kat tepi kek tu..Selamat…
Dan hari berikutnya terus buat kat rumah lelaki pulak iaitu di rumah kakak ipar aku.Actually takdelah merewang sangat sebab dia pakai catering.So,disebabkan ada handbag ni,aku stay kat rumah je mase rewang dan datang pada waktu makan dan sambut pengantin je..Aci tak..Selebihnya aku lepak kat rumah abang ipar aku sorang lagi tu dekat-dekat situ jugaklah rumah dia.
Pengantin dan umi Naura
Dapat jugaklah bergambar kenangan dengan pengantin.Moga lepas ni,dapatlah lagi jumpa diorang ni kan.Ni jelah gambar yang ok..Gambar lain,Naura tak beri kerjasama yang baik..payah benau nak ambil gambar dia.
Untuk Haznor dan Nisa,moga perkahwinan suci yang dibina akan kekal hingga ke Akhir hayat insyallah..
Actually plan aku nak balik hari Ahad tu jugak,tapi memandangkan semua dok tahan tak kasi aku balik,so terpaksalah jugak bercuti lagi sehari..
Keesokkannya,tiket bas pukul 12.30 tengahari.So pengantin dengan rela hati nak hantar nenek dia yang dah 10 tahun tak jumpa.
Kali ni pun kami pilih Transnasional jugak

So kali ni aku beli tiket dari Kuantan melalui mersing dan terus ke Pasir Gudang.Walaupun aku ingat,dia akan hantar pasir gudang,tetap pasrah bila dia kata masuk ke Larkin sentral dulu..Tapi takdelah lama benau masanya.Sampai Pasir Gudang pun dalam pukul 7.00 malam.
Actually ada je tiket yang mudah didapati melalui online.Cuma aku tak berapa nak sure cara nak gunakannya.Bila di bustand Pahang tu,nampak la BUS ONLINE TIKET. Rupanya nak dapatkan online tiket senang je.Cuma kita je tak tau.Bila kita beli tiket melalui online,ia amat-amatlah memudahkan kita tau.So,lepas ni,aku akan make sure aku beli tiket bas secara onlien.
Korang boleh check it out di sini  – BUS ONLINE TIKET
Wajib wefie berdua dalam bus.Sebelum naik bus dah pau banyak jajan dia.Tu belum bawa kakak lagi..Masa balik tu pulak,Naura muntah.Mungkin sebab jalan mersing yang banyak bengkang bengkok tu buat dia mabuk.Nasib baiklah kan umi dia dah standby plastik kat tepi,kalau tak confirm kena banjir muntah Naura
Itulah pengalaman pertama Naura menaiki bas.Plan nanti nak bawak berdua tu naik keretapi pulak.Mesti diorang suka..

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

18 Comments

  1. Lama betul tak naik nbas Ekspress ni. Bila last dah tak ingat. hehhe

  2. Wah seronok Naura naik bas. Aunty pun dah lama xnaik bas. Rinduuuu

  3. dulu ms study balik ulang balik ke kampong naik Transnasional le.. sejak dr tu lama dah x naik bus.. hahaha

  4. Kak Sue lama dah tak naik bas, seronok juga kan sesekali naik bas berjalan jauh macam nie..

  5. tak ingat bila kali terakhir pergi pahang tapi for sure naik kereta. kalau naik bus confirm senang ni

  6. best ye dia naik bas.. busyra lama dh x naik bas. kalau naik confirm pening lalat. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *