PERIA GORENG RANGUP SEDAP DIRATAH

PERIA GORENG RANGUP yang sedap dimakan begitu sahaja tanpa lauk lain.Selalu peria goreng mamak je kan kita makan bila kat kedai.Tapi ni kita buat sendiri jelah.

Hari tu tengok status Blogger Sis Lin dia buat peria goreng, eh macam sedap pulak kan peria goreng rangup ni.Memang jarang la umi buat benda ni, selalu kalau pi mamak tu rajin gak ambil.

PERIA GORENG RANGUP

Korang pun tau kan peria ni banyak khasiatnya khususnya untuk mereka yang ada kencing manis.Kalau korang tak tau korang boleh baca entry umi lepas tentang kelebihan peria yang korang perlu tahu. 

Dah alang-alang kat rumah ni ada peria, umi ingat nak buat  jelah peria katak goreng rangup ni.Cuma kita buat versi sendiri jelah kan.Selalunya peria ni umi makan gitu jelah buatkan ulam jadi kali ni kita buatlah peria katak goreng rangup.Jom kita lihat macam mana nak buatnya..Ala rasa kacang je nak buat ni, tapi disebabkan kita buat cara kita, jadi ikut resepi ni jelah.

RESEPI PERIA  GORENG RANGUP.

Bahan-bahannya

  • Beberapa batang  peria  (ikutlah korang nak banyak mana)
  • 2 sudu tepung jagung
  • 5 sudu tepung biasa
  • sedikit garam
  • 1 sudu kari
  • daun kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit kunyit

Cara membuatnya

  1. hiris nipis peria mengikut size yang korang suka.macam umi takdelah begitu nipis.
  2. Kemudian masukkan ke dalam air yang berisi sedikit garam untuk menghilangkan pahitnya.Ini untuk korang yang tak suka pahit ye.Untuk umi, basuh gitu je.Memang makan pahit-pahit buat ubat
  3. Tapis dan masukkan kedalam bekas lain.Masukkan garam,telur, kunyit dan kari.Kemudian gaul sebati.
  4. Dalam bekas lain, korang masukkan pula tepung jagung dan tepung biasa dan kaut rata.
  5. Panaskan api di dalam kuali.Kemudian celup peria tadi ke dalam tepung dan masukkan ke dalam kuali dengan minyak yang panas.
  6. Biarkan dia garing kemudian angkat.Hah..begitulah berikutnya.
  7. Dah siapppp

 

PERIA GORENG RANGUP

Kena pulak dengan kari kepala ikan dan juga sedikit ikan masin.Sambal belacan ada cuma takde dalam gambar ni.Sebab masa tu memang tak buat lagi sambal belacan.barulah sedap kan semua tu.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *