Percutian Pendek Umi ke Melaka

Percutian Pendek Umi ke Melaka | Sebenarnya plan asal ke Melaka sebab nak hantar nenek aka Mak mentua umi ke sana.Dah alang-alang tu ajak ler bebudak ni jalan-jalan Melaka

Dan alang-alang tu babah ajak tidur di area Bandar Hilir, senang sikit nak berjalan.Meh ler umi buat itenary sikit percutian kami ke Melaka tu.

Umi bercuti dari hari Jumaat sehinggalah hari Ahad.Percutian tu pun takde rancang nak pergi mana-mana pun.Memandangkan Hotel Budget kami tu betul-betul di tengah bandar, jadi senang ler nak ke mana-mana.

Jumaat 22 Nov 19

Bertolak ke Melaka dari pukul 10 pagi dan sampai ke Merlimau dalam pukul 2 tak silap umi.Makan-makan di rumah kakak ipar umi dan dalam pukul 4 tu kami gerak ke penginapan kami di Hallmark Inn Hotel.Umi book Hotel ni melalui Agoda untuk 3 hari 2 malam hanya RM170 sahaja.Oklah kan.Just untuk kami tidur anak beranak.Without breakfast sebab umi fikir banyak tempat-tempat makan pagi yang ada di sekeliling kami tu.

Siap check in, masuk bilik terbongkang semua anak-anak.Memang umi suruh diorang rehat sebab malam tu ingat nak pusing-pusing Melaka.

Sebelah malam tu pulak, perut dah lapar, umi plan nak makan berdekatan dengan Rivercruise.Jadi boleh la naik sekali, tapi boleh pulak tersalah tempat.Nak taknak babah redho je ler pilihan umi.Kami makan di The Streets Kitchen Melaka.Nanti umi cerita tentang makan-makan kat situ ye.

the street kitchen Melaka

Kami ke sana melalui grab je.Percutian umi kali ni dengan babah, pergi ke mana-mana kami naik grab je memandangkan hari cuti kan, risau pulak takde parking.Lagipun babah bukan pemandu yang expert tentang jalan-jalan ni..hahhaha..So total Grab ke sini adalah RM5 sahaja.Plan nak ke rivercruise malam tu tak jadi sebab dah malam sangat.Lepak punya lepak, tak sedar dah dekat pukul 11 malam.Rivercruise pun dah tutup gaknya.So, terus balik hotel.

Sabtu 23 Nov 19

Plan pagi tu umi nak makan dekat kedai belakang hotel tu je.Sebab masa ondway nak ke Hotel ni, memang nampak kedai tepi jalan, tapi babah taknak.Last-last dok kejut budak-budak suruh diorang siap pukul 9 pagi kitorang dah terpacak dekat Dataran Pahlawan.Pagi tu pun kami naik grab jugak.Total naik grab adalah RM6 sahaja kalau tak silap umi.Sebelum tu isi perut dulu dekat Mcdonalds Dataran Pahlawan.Lepas breakfast, umi ajak diorang jalan-jalan tengok sekitar situ.Sempatlah pergi ke area kapal terbang dan juga keretapi lama kat situ.Lepas tu kami sewa beca untuk jalan-jalan area situ gak.Ada je pakej jalan-jalan sekitar bandar hilir, tapi umi request dekat-dekat jelah..Bagi pengalaman diorang naik beca.

Lepas tu kami naik ke Menara Taming sari pulak.Umi rasa masa diorang kecik pun pernah naik Tamingsari ni, tapi umi tak ingatlah pulak bila tahunnya…hahaha..So, buatlah memori dan sesi photography supaya memori tu ada nanti..ahahahha..Lepas naik Tamingsari, kami jalan-jalan dan makan-makan ringan dekat-dekat situ jugak.

Lepas pada tu umi dah memang berjanji dengan budak-budak nak tengok Frozen 2.Adik paling excited la nak tengok cerita kegemaran dia tu.So, kami book tiket untuk 4 orang.Kami tengok di Mahkota Parade, berdekatan je dengan Dataran Pahlawan.Nasib baik dapat early bird, jadi tiket seorang hanya RM8 sahaja.

Kemudian masa untuk mengisi perut yang lapar ni.Lapar nasi sebenarnya..hahaha.Kalau balik Melaka tak pekena asam pedas memang tak sah kan.So, umi pilih Asam Pedas Jr di Pahlawan Walk.Kemain ramai yang makan kat area situ.Nak cuci mata beli souvinear ke, belacan, cencalok dan sebagainya, boleh la beli kat situ.

Lepas makan-makan, anak- anak pun dah buat perangai, umi ajak babah balik hotel.Umi pun dah penat nak melayan budak-budak.Dah tua ni kan, asyik penat je..Kesian kat budak-budak..Tapi apakan daya umi.Kami jalan-jalan sekitar pahlawan walk tu sebelum balik.Balik naik Grab pun sama, RM5 sahaja.

Balik hotel ingatkan dapat ler lelapkan mata, rupanya non hado..Bebudak ni dok sibuk bergasak dalam hotel..Ah..lantakkan jelah nak oii..

Malam ingatkan adalah lagi daya tenaga nak keluar.Rupanya non hado..Umi sakit kepala malam tu..Lepas tu fikir nak siap² packing baju nak balik esoknya.So malam tu kami order makanan menggunakan food panda je.Uih..senangnya lahai…hahahha

Ahad 24 Nov 2019

Roti dan air ada lagi, boleh buat sarapan.So, sementara nak tunggu umi berkemas itu jelah makanan bebudak tu..hahahaha…Memang umi dah standby.Pukul 10.00 kami check out.Takde nak tunggu sampai pukul 12 pun.Cari tempat sarapan betul-betul dekat hotel The Shore tu.Kami makan di Cafe Sambal n Style kepunyaan Suhaimi Sulaiman.Iaitu pembaca berita TV3 tu..Nanti umi cerita lagi pasal Cafe ni tau.

Memang best gila tempat makan ni.Nampak macam high class je kan..Tapi harga mampu milik..nanti umi cerita ye.

Selepas tu, sempatlah umi bawak mereka jalan-jalan tengok orang nak rivercruise…Nak naik takut lambat pulak balik kan.Balik ke Johor nak kena pi singgah Kota tinggi.Tu yang tak boleh lama kat Melaka tu.

Lepas tu terus bergerak balik Ke Johor.Sampai ke Kota Tinggi dalam pukul 3 lebih jugak la.Sebab Hujan sepanjang perjalanan bila sampai di Machap.

Alhamdulillah..Tertunailah hasrat babah nak bawak bebudak ni jalan.Moga diperluaskan rezeki babah untuk bawak kami jalan jauh sikit…hehehehe…

Amin…..

Loading

3 Comments

  1. Dah lama teringin nak datang Kg. Morten ni. Cantik rumah kampung tu. Ambil gambar memang cantik. Tapi sampai melaka tak sempa nak singgah.

  2. dah lama sangat singgah melaka, tu pun 11 tahun lepas. sekarang melaka dah berubah sangat2 tapi belum sempat nak pi, hehe

  3. Hehehee… sambil bercuti sempat jugak tengok frozen tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *