PERCUTIAN DI RIVIERA BAY CONDOMINIUM MELAKA 4 HARI 3 MALAM

PERCUTIAN DI RIVIERA BAY CONDOMINIUM MELAKA 4 HARI 3 MALAM

PERCUTIAN DI RIVIERA BAY CONDOMINIUM MELAKA 4 HARI 3 MALAM | Dah alang-alang ada urusan di sana, kita bercutilah sekali bawa anak-anak.Yang penting wajib ada kolam renang

Babah booking melalui airbnb untuk 4 hari 3 malam dengan kos hanya rm600++ sahaja.Syukurlah dapat harga sebegitu, berkongsi pula dengan abang ipar.Dah jimat kan.

Percutian ni pun termasuk dalam urusan kerja untuk menguruskan tanah di Melaka.Kalau dulu balik Melaka boleh juga melepak rumah kakak ipar umi, tapi disebabkan keluarga masing-masing dah bertambah, maka nak selesa tu payahlah.Sebab tu kami terpaksa menyewa homestay kalau ke Melaka.

Nak stay lama-lama rumah saudara mara pun kita sendiri tak selesa kan.Sebab tulah, bila ada tanah, buatlah rumah di kampung.Jadi bila-bila masa kita boleh balik ke Melaka tanpa sebarang kos menyewa kan.Tapi tulah, siapalah kita nak masuk campur hal tanah orang ni.hahaha

Tutup cerita pasal hal tanah, umi dah bagitau kat babah siap-siap, kalau nak sewa homestay tu mestilah ada kolam renang.And of course kalau homestay landed ni jarang ada kolam renang.Kalau ada pun mestilah banglo dan rumah besar kan.Boleh je nak cari hotel murah melaka ni, tapi kami lebih prefer homestay sebab boleh memasak.Disebabkan kami nak jalan-jalan, jadi takdelah kami cari homestay di merlimau.Kalau dulu ye kami cari yang berdekatan dengan Merlimau sebab dekat dengan kampung kami.

PERCUTIAN DI RIVEIRA BAY CONDOMINIUM MELAKA 4 HARI 3 MALAM

Riviera Bay Condominium, Tanjung kling

Jadi babah pun bookinglah Riveira Bay Condominium yang terletak di Jalan Klebang.Best jugak tu kan? Ini antara homestay murah di Melaka yang kami dapat.

[ Baca Juga : Menginap di Nadim Homestay ]

Tapi bila kami sampai ke sini, masyallah sunyi sepi betul condo ni.Tak sangka pulak kami dapat homestay ni.Membebel jugaklah kat babah sebab dia tak survey betul-betul kawasan tu.Masa check in tu kami tengok macam condo yang dah lama ditinggalkan.

Tapi bila masuk ke dalam rumah owner homestay ni, gembiralah sikit sebab dapat pemandangan laut.Dan homestay yang kami sewa tu pun besar.Memang sesuailah kalau 2,3 keluarga yang besar.

Jom umi tunjukkan ruang tamu yang luas tu.

[Baca juga : Penginapan di Bayou Lagoon Melaka ]

Ruang tamu sangatlah luas dan cukup untuk kami dua keluarga.Begitu juga dengan dapur yang lengkap dengan segalanya.

Ada mesin basuh. ada pemanas air, boleh memasak dan sebagainya.Macam kat rumah sendiri pulak.

Homestay ni ada dua bilik dan salah satunya merupakan bilik utama yang luas.

RIVIERA BAY CONDOMINIUM

RIVIERA BAY CONDOMINIUM

Bestkan bilik utama ni  sebab mengadap laut tu.Tenang je bila tengok dari tingkap tu.Tapi kalau malam umi is seram tau.hahahha

RIVIERA BAY CONDOMINIUM MELAKA

Dan ini pulak bilik kedua.Sangat selesa dan bersih.

Cuma bath tub tak boleh digunakan.Ada jugaklah yang kami tak puas hati sebab tak boleh nak flush.Mungkin owner boleh baik pulih selepas ni.

[ Baca juga : menginap di Hallmark Inn Hotel ]

Tapi paling umi suka adalah kolam renang dia,sangat-sangat luas dan orang pun tak ramai masa kami ada.Ada juga yang datang kesini hanya untuk mandi-manda sahaja.Rupanya sebelum PKP, tempat ni sangat meriah dan terkenal ye.Tapi yelah, mungkin selepas PKP ni kan, banyak benda yang perlu diurus selia dengan lebih baik.

Cuma tempat ni kalau malam memang mengerikan sedikit ye.Kawasan sunyi dan tak ramai orang,.korang faham-faham jelah.Tapi disebabkan kami ni banyak juga masa diluar, jadi takdelah takut sangat.

Jom umi tunjukkan kolam renang disini.Memang puaslah kami berendam kat sini tau.Terdapat 2 kolam renang kanak-kanak dan satu kolam renang dewasa yang sangat luas.Puas hati betul bebudak ni main

RIVIERA BAY CONDOMINIUM

PERCUTIAN DI RIVIERA BAY CONDOMINIUM MELAKA 4 HARI 3 MALAM

PERCUTIAN DI RIVIERA BAY CONDOMINIUM MELAKA 4 HARI 3 MALAM

Kat sini kalau korang nak keluar cari sarapan pun mudah sangat-sangat.Umi tak ingatlah apa nama kampung tu.Kat tepi jalan besar tu ada satu gerai yang jual nasi lemak sahaja dan kuih muih.Memang sedap.Ramai jugaklah orang yang beratur samada untuk makan dan bawa balik.

Kalau malam-malam kitorang suka pi klebang tu, dapatlah cuci mata dan sebagainya.

Umi suka sebenarnya homestay ni cuma seperti yang umi katakan tadi, tempatnya sunyi.Dan umi harap lepas ni pihak kondominium ni boleh la servis apa yang patut dan promosikan tempat ni semula.Sayang sebab bagi umi bangunan ni cantik sangat.

Oklah korang, kalau korang nak stay di homestay yang umi menginap ni boleh la contact details dibawah.Owner chinese yang peramah.Dan harga pun murah tau.So, kalau korang nak menyewa homestay di Melaka, mungkin ini salah satu tempat yang umi recommend.Tapi pastikan baca entry ni betul-betul ye.

RIVEIRA BAY CONDOMINIUM MELAKA

https://www.facebook.com/mlkhappyhomestay

10km, Jalan Tanjung Kling, 76400, Malacca

 

Itulah sahaja cerita percutian di Riveira bay condominium melaka.Harap lepas ni rumah yang kami angan-angankan tu cepatlah siap.Jadi takdelah susah kalau kami nak balik ke Melaka.Dan daptlah rasa suasana kampung yang dikelilingi dengan sawah padi.Mesti best kan?

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *