Percutian 3 hari 2 malam di Pulai Spring Resort juga merupakan tempat menarik di Johor Bahru untuk bawa family bercuti.Plan asal umi bawa budak-budak ni adalah pada hujung bulan 3 hari tu.
Ada perkara yang umi nak ingat sebelum tu.Semasa kita keluar melancong, ramai dari kita terlupa membawa barangan penjagaan kulit bersama sama. Sebab itu, balik saja dari bercuti, banyak jerawat akan tumbuh di muka. Semuanya gara gara kerana kulit berminyak. Penting sangat untuk kita pilih pencuci muka yang sesuai. Bukan boleh main beli je skincare di watson & guardian. Sebab apa ya? Tersalah pilih bukan saja tidak akan menyelesaikan masalah yang ada, malah menyebabkan masalah menjadi semakin teruk. Jadi, pastikan kita bukan saja rajin menjaga kecantikan muka di rumah, malah di mana mana saja.
Bestnya dapat pergi jalan jalan tempat menarik selepas lama terkurung di rumah kan. Dapat lihat tempat baru dan makan makanan yang sedap bersama keluarga. Memang syok betul dapat jalan jalan ni walaupun di dalam Malaysia saja.
Berbalik pada cerita percutian umi tadi terpaksa jugaklah tangguhkan dek kerana Covid-19 ni.Tunda punya tunda sampailah umi pilih pada tarikh 4-6 September 2020.So, kemanakah percutian kami?
Actually umi memang dah jatuh cinta dengan suasana Pulai Spring Resort ni masa pertama kali datang untuk join Food review masa bulan ramadhan tahun-tahun sudah.
Umi pilih Pulai spring resort ni sebab ada swimming pool, jauh dari hiruk pikuk bandar dan yang penting bukan tempat tinggi.Kenapa bukan tempat tinggi? biarlah rahsia…
Lagi satu umi memang suka bercuti dekat resort macam ni.Dulu pun umi pernah bercuti dengan anak-anak di satu resort ni juga.Masih lagi di dalam Johor.Jom teruskan baca cerita tentang percutian 3 hari 2 malam di Pulai Spring Resort.
Boleh baca : Menginap di Le Grandeur Palm Resort Senai
So, Jumaat minggu lepas kami ke sana untuk shortvacation selama 3 hari 2 malam.Ikut perancangan sebelum PKP tu semalam je, tapi babah upgrade jadi 2 hari.
Sampai je Resort, umi settlekan pendaftaran sementara bebudak tunggu dalam kereta dengan nenek.Dah dapat bilik, barulah park kereta dan terus ke bilik kami di tingkat 2.Yang bestnya bilik kami tu dekat dengan swimming pool dan juga tempat breakfast kami tu.
Jangan lupa untuk patuhi SOP ye.Beringat sebelum terkena.Pastikan nak bercuti tu, tahu tahap kesihatan diri sendiri.Jadi takdelah menyusahkan orang lain nanti.
Ok bila dah check in, kami ke bilik kami iaitu di tingkat 2 dan alhamdulillah umi dapat bilik 1 bedroom suite sebab kami tak mintak refund masa PKP hari tu.Jadi mereka upgrade dari deluxe suite ke 1 Bedroom Suite.By the way Thanks Pulai Spring.Dapatlah kami tidur dengan lebih selesa lagi.Yang penting anak-anak happy.
Masa ni anak-anak memang dah tak keruan nak mandi swimming pool.Yelah, masa ke bilik kami, memang melintas di area swimming pool.
Disebabbkan masa tu pun dah pukul 4 petang, plan pulak malam tu nak keluar makan-makan diluar jadi umi tak kasi budak-budak tu mandi.Actually di Pulai Spring ni ada 4 swimming pool tau.Tapi umi hanya pergi swimming pool di level 2 ni jelah.Sebab dekat dengan bilik.
5 JENIS SWIMMING POOL DI PULAI SPRING RESORT
- Kids Pool
- Lap Pool
- Horizon Pool
- Pool on level 2
- Baby Pool
So cukuplah umi ke Pool di level 2 ni je hah.Tak payah nak pergi jauh-jauh.Dah cerita pasal swimmping pool maka Jomlah kita cerita pasal bilik tu pulak.Bilik sangat luas dan selesa.Keadaan sekeliling pun bersih.Walau tak dapat nak tengok view cantik bila bukak tingkap tapi takpelah.Bukan duduk tepi pantai pun kan.
Cukuplah umi dan anak-anak tidur atas katil.Babah dan nenek tidur atas toto di bawah.Bila ada anak ni kena bawak lebihan toto ni, bukan apa buatnya mereka ni berperangai, memang kena tidur bawah ler jawabnya… :))
Didalam bilik ni ada lah kemudahan-kemudahan lain lagi yang umi akan ceritakan dibawah ni.
Ni view yang nampak bilik air dan wardrobe room tu.
Di dalam resort ni ada juga kedai kecil yang menjual cenderahati, peralatan berenang, minuman dan makanan ringan yang lain.Di buka sehingga pukul 10.00 malam.Jadi tak risau kalau anak-anak kelaparan.Ada je kedai yang bukak tu.
Kalau nak cari makanan kat luar pun tak jauh.Keluar je dari Pulai Spring, korang akan nampak satu deretan kedai dan taman-taman perumahan disekitar situ.Nak ke pusat bandar pun tak berapa nak jauh dari tempat penginapan.
KEMUDAHAN DI SUITE 1 BILIK TIDUR PULAI SPRING RESORT
- 2 Katil Single
- Bilik air
- meja makan
- Dapur
- Meja makan
- Tv
- Sofa
- Iron
- Peti keselamatan
- pengering rambut
- dan lain-lain lagi
Untuk malam tu kami dinner di luar memandangkan tempat yang umi nak pergi tu berdekatan je dengan Pulai Spring, so umi memandu ke Restoran Ateh Corner ni.Boleh jumpa dengan kak Lin kita tu hah.Lagipun dah lama umi tak merasa kuih koci leleh dia tu.Last umi order dengan dia tahun lepas tak silap umi.Nasib baik dia turun pasir gudang jadi bolehlah order sekali.
Boleh baca di sini :
Lepas dah borak-borak dengan dia, kitorang pun balik semula dan berehat sebab keesokkan paginya budak-budak ni ajak swimming.
Pagi sebelum swimming wajib breakfast.Jadi takdelah umi hang ni kebulur sementara nak menunggu korang berendam.
Disebabkan booking hari tu dapat percuma breakfast untuk 2 orang je, umi kena tambahlah untuk budak berdua dan juga nenek untuk dua hari tu.Boleh dapatkan breakfast di Level 2 di Cinta Terrace.
Adult : RM30
Child : RM15
Lepas dah siap breakfast, apa lagi bebudak ni.Ajak umi berendam jelah.Nasib baik pool tu dekat.
Kalau dapat bilik yang betul-betul menghadap pool tu best jugak kan? Tapi takpelah, itu dah memadai.
Berendam lah nak oii puas-puas.Tapi tulah, tak puas jugak sebab sebelah petang dah hujan je dua hari kami ke sini.
Umi ingatkan nak ajak diorang ke playground yang ada di bangunan sebelah, tapi malangnya dia hanya dibuka pada pagi dan petang selepas pukul 4.Umi tak sure kenapa tapi really disappointed la jugak la bila tak dapat bawak budak-budak ni untuk ke sana.Sudahnya tak pun pergi merasai permainan yang disediakan di Pulai Spring tu.
So, balik bilik semula dengan keadaan yang boring je budak berdua tu.Takpelah, dah plan nak bawak budak-budak ni keluar lagi malam kedua tu.
Malam tu pulak, kami ke B5 Street Market.Boleh jugak anak-anak berhibur tengok aktiviti di sana.Sempatlah pau babah belon led tu.
Plan nak tengok wayang pacak dengan anak-anak di sini pun tergendala sebab hujan dah mula renyai.Jadilah kan bawa anak-anak keluar.Next time pulak kita beli jiwa anak-anak.
Esoknya sebelum check out, bagilah budak-budak ni berendam dulu kasi puas sebelum balik ke sarang.Alhamdulillah, settle shortvacation kami ke sini.
Next time kita pergi lagi di tempat yang lain pulak ye.Plan masih nak bercuti di dalam Negeri jugak.Tengah musim macam ni, umi lebih prefer berjalan di dalam Johor je dulu.Tunggulah dah clear baru plan pergi jauh sikit.
Untuk korang yang nak menginap di sini boleh lah survey harga setiap bilik di Agoda dan sebagainya.Sekarang ni diorang tengah buat promosi lagi kot.Pay now s
Ataupun korang yang nak cuba makan di Pulai Spring sekarang ni diorang tengah promo ‘EAT ALL YOU CAN ‘ di Qing palace dengan 60 menu yang mereka sediakan untuk korang pilih.
Umi pernah try menu-menu di Qing Palace ni.Boleh baca entry : Eat All You Can di Qing Palace Pulai Spring Resort
Korang jangan risau tentang halal ke tidak.Ia halal tau.
Boleh layari website mereka di bawah ni ye
Web :https://www.pulaisprings.com/
Bestnyaaa oii kalau pool depan mata gitu… tak sabar plak aku nak stay sini…
Apa jua percutian, di mana pun percutiannya, kita yang mencorakkannya agar percutian tu bermakna dan penuh kegembiraan.