happy deepavali 2019

Perayaan Deepavali Untuk Masyarakat India

Perayaan Deepavali Untuk Masyarakat India

Happy Deepavali (Diwali) kepada rakan-rakan India umi.Ye, hari ini mereka menyambut perayaan macam masyarakat yang lain juga.

Tapi bagi umi, perayaan mereka sangat unik tau.Umi memang suka tengok bila mereka buat KOLAM di hadapan rumah tu.Sangat cantik dengan dihiasi warna-warni yang mampu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya.Bukan senang tau nak buat Kolam tu.Itu mungkin bagi umi.Tapi bagi masyarakat India, mungkin diorang dah terbiasa dengan membuat KOLAM tu.

credit pic : google

Cantikkan Kolam ni.Korang yang tak pernah buat tu, rasanya senang atau susah nak buat.

Hari Deepavali ni merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakn pada bulan gelap bernama “Aippasi iaitu pada setiap bulan Oktober dan November.

Deepavali ni bermaksud”sebarisan pelita dan dengan memasang pelita, penganut Hindu percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.

Sebab tu bila perayaan Deepavali kita akan lihat betapa banyaknya pelita-pelita dipasang kan.Sangat meriah.

Penganut Hindu akan menyucikan tubuh badan mereka dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebelum melakukan upacara sembahyang di rumah atau di kuil-kuil semasa sambutan Deepavali.

Sama juga dengan masyarakat yang lain, aktiviti kunjung mengunjung juga sudah menjadi kemestian bagi masyarakat India.Kebiasaannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi gula dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara mara mereka.Di kebanyakkan rumah masyarakat hindu, akan dhiasi  “Rangoli” iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna warni bagi menyambut tetamu.

ihsan dari : http://www.jkkn.gov.my

Ada lagi tau yang menariknya tentang Hari Deepavali ni..Nak tau apa dia..meh umi kongsikan dengan korang hasil pembacaan umi di blog ini

haapy deepava;li 2019

PERKARA MENARIK TENTANG HARI DEEPAVALI

DEEPAVALI LAMBANG KEJAYAAN KEBAIKAN MELAWAN KEJAHATAN

Menurut Lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan.Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yabg baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Sebab itu pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan  kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.Pelita yang dipasang sedikit sebanyak turut memeriahkan lagi perayaan terbabit

KOLAM SEBAGAI PENYERI RUMAH

Kebanyakkan penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan KOLAM atau RANGOLI atau MUGGU iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnaka nsebelum terbit matahari.Biasanya KOLAM ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tnada selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Hiasan Kolam ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewa kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan Kolam di pintu masuk rumah mereka.

 

MAKANAN PADA PERAYAAN DEEPAVALI

Mesti kita nak taukan apakah Makanan yang special setiap kali menjelangnya perayaan Deepavali ni kan?

Manisan merupakan identiti masyarakat India.Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India, tetapi juga oleh masyarakat lain di Negara kita.Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi pembuka selera sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan.Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokkan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Mereka juga dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan Laddu.Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali.Antaranya adalah Alogobi, iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga,Paneer campuran masala bersama yougurt dan kari dal.Tidak ketinggalan juga kuih muih tradisional lain seperti marku dan adivasam serta payasam.

TEMPOH SAMBUTAN BERBEZA MENGIKUT TEMPAT

Perayaan Hari Deepavali ini di sambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam Kalender India.Masyarakat di selatan india meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu.Di Malaysia, perayaan Deepavali di sambut sehari sahaja namun terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari yang mereka mahukan.Namu begitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan Deepavali ini lebih lama dalam suasana kampung.

MANDI MINYAK BIJAN UNTUK MENYUCIKAN DIRI

Pada pagi perayaan Deepavali, seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.Seawal 3 pagi lagi penganut agama Hindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah.Seluruh keluarga juga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibubapa dan ahli keluarga yang lain.

PANTANG LARANG TERSENDIRI MASYARAKAT INDIA

Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana akan timbul keburukkan sebaliknya.Ia selalunya di amalkan oleh orang-orang tua dikalangan Masyarakat Melayu, Cina dan India.Kebanyakkan pantang larang ini diturunkan secara lisan turun temurun.Antara pantang larang masyarakat kaum India adalah

  • Amalan berkabung bagi saudara yang telah meninggal dunia
  • Tidak boleh memakan manisan jika tidak mendapat restu
  • Pemilihan warna pakaian yang bersesuaian

 

KUNJUNG MENGUNJUNG PADA HARI PERAYAAN

Amalan kunjung mengunjung bukan sahaja dikalangan masyarakat lain, malah masyarakat India pun masih lagi mengekalkan kunjung mengunjung semasa hari perayaan mereka.

Begitu juga dengan memberikan wang atau angpau oleh masyarakat india dari orang dewasa kepada kanak-kanak

 

Hah..Sungguh Harmonis kan perayaan di Malaysia ni.Sekarang pun boleh dilihat Rumah terbuka yang diadakan oleh setiap kaum, boleh didatangi oleh kaum yang lain di Malaysia ni.

Ini menunjukkan bahawa Negara kita saling menerima dan memahami setiap perayaan yang dirayakan.

 

Last but Not least, umi nak ucapkan Happy Diwali kepada rakan-rakan umi dan juga selamat bercuti kepada mereka yang lain.

 

Loading

4 Comments

  1. uwhh namanya KOLAM ye. ena suka tengok beras warna tu. cantik sangat dan susah nak buat.memang salute la yang pandai buat kan

  2. Suka tengok dekorasi kolam. Kena sabar dan gigih nak buat kolam ni.

  3. Ramai tengah mood cuti lagi ni, malam tadi pun berdentum lagi bunyi bunga api kat sini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *