PERASMIAN SEKOLAH ANTARABANGSA IDRISSI OLEH MB JOHOR DI ISKANDAR PUTERI

PERASMIAN SEKOLAH ANTARABANGSA IDRISSI OLEH MB JOHOR DI ISKANDAR PUTERI telah pun diadakan pada 23 Julai 2022 yang lepas.

Pada hari sabtu 22 Julai 2022, umi berkesempatan untuk melihat YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merasmikan Sekolah Antarabangsa IDRISSI yang terletak di Iskandar Puteri.

idrissi educity school

Kalau korang nak tahu, ini adalah cawangan IDRISSI EDUCITY SSCHOOL yang berpengkalan di Setia Alam Selangor.Apabila melangkah masuk ke IDRISSI EDUCITY ni, barulah umi percaya tentang cakap-cakap parents yang anak dia tak mahu cuti langsung sekolah kat sini.Yelah, dengan aktiviti-aktiviti yang banyak, dengan suasana kelas dan para pengajar yang sangat mesra dengan anak-anak.

MATLAMAT UTAMA IDRSSI EDUCITY SCHOOL

Terlebih dahulu, untuk pengetahuan korang, IDRISSI SCHOOL ini merupakan first islamic International school yang menggunakan Cambridge International Curriculum dari Pre-school sehinggalah ke Secondary Cambridge.Ia adalah satu-satunya sekolah swasta yang dimiliki oleh Muslim yang menerima anugerah dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Antarabangsa IDRISSI ini mempunyai matlamat dalam  menyediakan pengalaman berkonsepkan eko-pendidikan bertaraf lima bintang dengan pembinaan sahsiah dikalangan kanak-kanak dan remaja, pelancaran yang ditunggu-tunggu ini menandakan kejayaan Sekolah Antarabangsa IDRISSI sebagai salah satu penyedia utama pendidikan swasta antarabangsa yang dibuka kepada negara-negara jiran berhampiran Johor seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

 

idrissi interational school

Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada hari sabtu, 23 Julai di Iskandar Puteri, adalah menjadi hasratnya untuk menjadikan bandaraya itu sebagai sebuah komuniti lestari.

YAB Menteri Besar Johor  merakamkan penghargaannya terhadap pihak Sekolah Antarabangsa IDRISSI kerana membawakan sekolah yang berkonsepkan eko-pendidikan dan keselerasian alam sekitar di Johor.

Bagi melaksanakan aspirasi ini, Sekolah Antarabangsa IDRISSI berhasrat untuk menyediakan kawasan aktiviti pendidikan kelestarian untuk pemeliharaan kambing, arnab, ikan, kucing dan kura-kura di mana para pelajar diberi tanggungjawab untuk menjaga dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan tersebut.Tanaman dan pokok-pokok di sekeliling kampus juga akan ditanam sendiri oleh para pelajar.

Sebagai sebuah sekolah berkonsepkan eko-islamik, saya yakin bahawa para pelajar akan dibimbing untuk mempunyai rasa penghargaan yang lebih besar terhadap alam sekitar dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan yang baik.Kesedaran pada usia muda mampu menjadikan mereka seorang insan dan khalifah yang sebenarnya, insyallah,”Kata Menteri Besar Johor

Beliau juga berkata, “Sekolah Antarabangsa IDRISSI berpotensi untuk melahirkan bakat-bakat yang mampu untuk mengetuai usaha-usaha dalam pembangunan mampan di Johor.Dalam pada kami merancang dan mengkonseptualisasikan kemajuan yang ideal di negeri ini, kami perlu mengambil kira tentang pihak-pihak yang bakal meneruskan visi dalam meneruskan visi dalam pembangunan yang seimbang, dimana kepentingan untuk memelihara alam persekitaran harus diletakkan di tempat yang sepatutnya.”

PERASMIAN SEKOLAH ANTARABANGSA IDRISSI OLEH MB JOHOR DI ISKANDAR PUTERI

Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, Kerajaan negeri Johor juga amat cakna tentang keperluan pendidikan di pelbagai peringkat masyarakat.Menurut beliau, baru-baru ini, telah diumumkan bantuan khas untuk menaiktaraf bilik guru di semua sekolah yang berdaftar di Johor.Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk melahirkan lebih ramai pemimpin generasi baharu untuk memacu Johor sebagai sebuah negeri maju dan berdaya saing pada masa akan datang.

Sebagai sokongan pada komuniti di sekitar Iskandar Puteri, sejak awal tahun ini, IDRISSI juga telah menawarkan program pengukuhan pembelajaran untuk pelajar berusia enam hingga lapan tahun untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.Ini terutamanya bagi membantu pelajar-pelajar yang agak ketinggalan kesan dari penutupan sekolah ketika pandemik yang lalu.

perasmian sekolah IDRISSI

Kata Ketua Akademik di Idrissi iaitu Encik Mustafa Shemmari, pelajar-pelajar teruja sangat nak memulakan kelas pada september tahun ini.Hari-hari mereka bercakap mengenai sekolah dan kebanyakkan mereka suka untuk hadir ke sekolah walaupun pada hujung minggu kerana mereka benar-benar berminat untuk belajar disini.

Katanya lagi, pihak sekolah bersyukur dan berbangga kerana mempunyai para pendidik yang berpengalaman dan berkelayakkan tinggi di semua peringkat iaitu prasekolah, rendah dan menengah.Beliau juga turut teruja dengan rancangan untuk menanam pelbagai jenis tanaman yang boleh didapati dengan mudah di dalam kawasan sekolah, di mana pelajar akan merasai sendiri pengalaman sebenar konsep ‘farm-to-table’(dari ladang ke meja makan) di sekolah.

idrissi international school
Antara aktiviti-aktiviti dalam konsep pembelajaran luar kelas

Ada juga haiwan-haiwan seperti kambing, arnab, ikan dan lain-lain lagi yang ada di sekolah ini khas untuk mengajar anak-anak cara bagaimana menjaga biantang-binatang tersebut.

Umi percaya dengan adanya cara pembelajaran begini, anak-anak akan lebih berminat dan lebih fokus untuk belajar.Kalau 100% hanya belajar di dalam kelas, anak-anak pun cepat bosan kan?Banyak tau kemudahan yang ada di dalam Sekolah ini antaranya perpustakaan, makmal komputer, dewan kuliah, makmal robotik dan pelbagai lagi dah macam kita belajar kat Universiti dah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gains Education Group, beliau percaya kampus ini juga akan dapat meneruskan budayanya yang bersifat kekeluargaan di samping memenuhi matlamat Pembangunan Mampan(Suistanable Development Goal).Pihak Sekolah ini juga sentiasa memberi sokongan penuh kepada golongan kanak-kanak dan remaja untuk menjadi pembawa perubahan dalam membina masa depan yang lebih baik dan mampan.

Terletak di dalam kawasan Educity Iskandar Puteri dengan kemudahan bertaraf dunia, pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa IDRISSI akan mempunyai akses kepada komuniti berbilang budaya dan pengalaman, serta mempunyain pilihan untuk tinggal di asrama lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang terletak berhadapan dengan sekolah.

SEKOLAH ANTARABANGSA IDRISSI EDUCITY ISKANDAR PUTERI

Sekolah ini  telah dianugerahkan lima bintang melalui penilaian Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta(SKIPS) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baru-baru ini, IDRISSI juga telah menyumbang kepada kemenangan syarikat induknya, GAINS Education Group di Asia Pacific Enterprise Award(APEA) dalam kategori kecemerlangan Korporat.

FAKTA PENTING TENTANG IDRISSI

  • kampus pertamanya bermula dengan hanya 50 orang pelajar pada tahun 2015.
  • Kampus pertamanya telah dianugerahkan penilaian 5 bintang oleh KPM Institusi Pendidikan Swasta(SKIPS)
  • Melancarkan cawangan baharu di Educity dengan kapasiti 875 orang pelajar,35 buah bilik darjah, 6 buah makmal 2 buah auditorium dan sebagainya.
  • Mempunyai lebih daripada 500 orang pelajar sepanjang 5 tahun beroperasi di kampus utama.
  • Menerima lebih daripada 5 anugerah dalam tempoh 5 tahun
  • Sekolah ini kekal di tangga 5 teratas di antara sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia dengan yuran tahunan berjumlah RM10,000-RM23,000

PANDANGAN UMI TENTANG SEKOLAH SWASTA

Umi pun teruja dengan pembukaan sekolah swasta seperti IDRISSI SCHOOL  ni.Kalau ditanya pendapat umi tentang sekolah swasta ni kan, of course kita sebagai ibubapa nakkan yang terbaik untuk anak-anak.Parents mana yang taknak anak-anak mereka berjaya kan?

Bagi umi Tadika atau sekolah mana pun semuanya bagus, tapi bila dikatakan ianya swasta, haruslah melihat silibus yang diajar disekolah.Kalau sekolah swasta, mereka menggunakan pendekatan yang lebih baik lagi sesuailah dengan bayaran yang dibayar oleh parents.

Bagi parents yang ada pendapatan yang lebih, memang sesuai untuk hantar anak-anak mereka ke Sekolah Swasta kerana ia sangat bagus.Banyak perkara yang diajar oleh pihak sekolah swasta berbanding dengan sekolah biasa.

Di sekolah swasta pula, mereka lebih menitikberatkan bahasa kedua iaitu bahasa inggeris, jadi anak-anak kan lebih terbiasa berbahasa inggeris dan mudah untuk mereka pergi lebih jauh satu hari nanti.

Kalau ibubapa risau dengan sekolah swasta yang tidak menitikberatkan tentang islamik, jangan risau kerana umi tau di Malaysia ni dah banyak Islamic International School dan salah satunya IDRISSI school ni.

Jadi ibubapa tak perlulah risau untuk menghantar anak-anak ke Sekolah swasta selepas ni.Umi pun kalau berpendapatan lebih, memang akan hantar ke sekolah swasta.Yelah, kita nak yang terbaikkan untuk anak kita.

Satu yang umi suka tentang Idrissi School ni, mereka bukan sahaja menitikberatkan pembelajaran di dalam kelas, malah juga banyak mendedahkan pelajar-pelajar ni dengan aktiviti pemeblajaran di luar kelas seperti yang korang tengok di gambar atas.

Selesai sahaja perasmian di sesi pagi, sebelah petang pula adalah sesi pendaftaran untuk pelajar.Ibubapa juga dapat melihat sendiri sekolah ini bagaimana kelas dan cara cikgu-cikgu mengajar disini.

Pendaftaran bagi Sekolah Antarabangsa IDRISSI telah dibuka untuk sesi persekolahan yang akan bermula pada September tahun ini.Sekolah Antarabangsa IDRISSI juga telah diiktiraf dengan penarafan lima bintang untuk Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta(SKIPS) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maklumat lanjut tentang Sekolah Antarabangsa IDRISSI

Website | Instagram | Facebook

 

Loading

12 Comments

  1. hebatnya sekolah ni

  2. Smart aje nama dia. Memang berbaloi la kalau dapat masukkan anak-anak ke sini.

  3. Bagus la inisiatif terbaik ni utk warga Johor!!

  4. Sejolah antarabamgsa yg lain dr sekolah.yg lain… terbaik

  5. terbaik! teruja juga yong membaca! kalau dah mampu dan ssuai untuk anak,apa salahnya !

  6. My niece pre school and primary kat sini di Setia Alam. Memang bagus sekolah ni.

  7. Boleh bayangkan betapa bestnya suasana sekolah ni. Bangga sebab sekolah ni makin berkembang. Pernah follow sekolah ni masa awal pembukaannya tahun 2015.

  8. Mesti best sekolah ni dari umur 6 tahun pulak tu.. bayaran mesti mahal kan

  9. Absolutely a very well equipped school for all parents to consider putting in their kids, impressive good. Cheers Siennylovesdrawing

  10. Dengan kemudahan yang disediakan di sekolah ni, for sure anak-anak enjoy belajar kat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *