lazy monday tebing bandar dato onn

Perasmian Rasmi Lazy Monday Tebing Bandar Dato Onn

Perasmian Rasmi Lazy Monday Tebing Bandar Dato Onn | Semalam telah berlangsungnya perasmian bagi pembukaan rasmi Lazy Monday Tebing Bandar Dato Onn yang ketiga dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi Menteri Besar Johor.

Turut sama dalam majlis YB Tuan Hairi Md Sah, YBS Dato’ Hj Abdul Halim Sulaiman dan kepimpinan #UMNOTebrau serta agensi-agensi yang berkaitan dengan keusahawanan.Sangat meriah dengan diiringi oleh Motor berkuasa tinggi Harley Davidson.

lazy monday johor

Tahniah kepada founder kepada Lazy Monday iaitu Datuk Siti Aminah Bt Hj Ahmad untuk pembukaan cawangannya yang ketiga di Johor Bahru ni.

Selepas perasmian dari MB Johor, malamnya pula diadakan juga mini konsert yang disertai oleh Kugiran Masdo,Ronnie Hussin dan mamat exist.

Lepas ni korang boleh la terjah untuk walk in dan drive thru menu-menu dari Lazy Monday di Tebing Bandar Dato Onn ni.

lazy monday tebing bandar dato onn

Oh ya, kalau korang tak tau menu apa yang disediakan di sini ialah, menu-menu burger yang pastinya lain dari yang lain.Umi tengok menu mereka pun dah berselera.Cuma masa perasmian tu belum berkesempatan lagi nak mencuba.Takpelah, lepas ni umi akan cuba dan bagitahu dekat korang macam mana rasanya burger dari Lazy Monday ni.Berbaloi atau tidak kita tunggu ye nanti.

lazy monday tebing bandar dato onn.2

Tidak ketinggalan juga bagi peminat kopi, hah! lepas ni adalah port mengopi korang.Sebab umi rasa tempat ni memang sesuai untuk korang chill out dengan kawan-kawan sambil makan burger or fries.

lazy monday tebing bandar dato onn.5

Last but not least, jangan lupa untuk terjah dan rasai kenikmatan burger dan coffee mereka di Tebing Bandar Dato Onn tu ye.

Maklumat Lanjut Lazy Monday Bandar Dato Onn dibawah ni

Untuk maklumat lanjut:
Call: +607-5854253
Email: admin@lazymonday.com.my

Web | Facebook | Instagram
Dibuka setiap hari dari pukul 3 petang hingga 11 malam
Video pembukaan:
IG: https://www.instagram.com/reel/C1o4pCfPdeE
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSN7phbo6/

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *