Peniaga Cekik Darah!!

Assalamualaikum
google
Kemarahan aku nie bukan lah untuk semua peniaga makanan Nasi campur..Tertumpu kepada peniaga-peniaga yang tertentu sahaja.
Lunch tadi terpaksa pergi  ketempat lain kerana,kedai makan yang selalu kami pergi tu dah 2 hari tutup.
Sebab kenapa kami selalu pergi ke kedai makanan tu setiap hari kerana kat situ murah..dan kami anggap macam kantin kami dah.
Warung Kaktie memang tempat yang selalu kami makan masa lunch.Di samping menu makanan yang murah,disediakan juga,pemanis mulut seperti Bubur kacang,pengat pisang dan jagung serta air minuman free..(air orange @ tea sahaja)Murah rezeki kak Tie.Makan kat situ paling mahal pun RM7..Itupun dengan pelbagai jenis lauk yang kami ambil..lebih dari 3 atau 4 jenis lauk termasuk minuman.
google
Bila dah 2 hari tutup,terpaksalah pergi ketempat lain pula..Risau jugak la,kalau kat tempat lain,mau nya kena ketuk sampai rm10..Nak taknak,takde pilihan lain terpaksa jugak makan kat area-area situ jugak.
Hari ni terkena lagi kami..Aku ambil sotong,telur dan sayur dlam kuantiti yang sedikit serta minuman teh o limau.TB pulak ambil ayam,terung dan seketul kentang serta ais kosong..Aku pun masih tak faham pengiraan makanan campur nie..Adakah sama harga pengambilan banyak atau  sikit…???
Makanan aku Rm8 dan TB RM7…masyallah…memang makanan mahal tahap melampau aku rasa..Baik lah aku makan Mcdonalds atau KFC atau Marrybrown..Puas hati la jugak..
Lainlah kami ambil pelbagai jenis lauk dan dalam kuantiti yang banyak…Boleh la kalau nak kira mahal..Entahlah.Bukan masalah kedekut nak keluar duit untuk makan..Tapi kalau dah hari-hari macam nie boleh bankrup lah..
Ke aku je yang rasa mahal..Korang rasa????

Loading

23 Comments

  1. rasa nya dia kira ikut satu jenis lauk tak kira mahal atau murah. tu menyampah kdg2 makan kedai

  2. dia kira bukan ikut qty tu kak. tp ikut apa kite ambil. cth.. sayur rm2. ciput pun rm2 gak. hoho

  3. dia kira bukan ikut qty tu kak. tp ikut apa kite ambil. cth.. sayur rm2. ciput pun rm2 gak. hoho

  4. erkk memang mahal tu.. sepatutnya rm5 je

  5. org meniaga. macam gitulah ragamnya. mungkin dia fikir – kalau uols rasa mahal, makanlah kat tempat lain. ataupun, kalau uols rasa tempat ni mahal, tengok, ramai je orang lain makan kat sini.

  6. tadi alise tapau ayam goreng 2 ketol dengan ulam timun + sambal belacan.. without nasi rm3.50.. murah kan..

    kat area sini kire berape jenis lauk.. banyak ke sikit memang rm1.. ayam rm2.50

  7. Assalamualaikum kak ida, kalau sheila la. sekali tu je masuk. baik makan fast food. hehee. sabar ye kak. perut kena isi tu. hihi. sheila klik tabung nuff akak tau ~~~

  8. dikategorikan mahal lah jg tu..
    kadang diorang ni meniaga letak harga yang tak masuk akal.. bukan kira kita kedekut, tp tk berbaloi lah kalau mknan yg diambik tak setaraf dgn harga.
    Tadi ada nampak sorang ppuan kt cafe opis.. ambik nasi + ikan kerisi goreng je.. makcik tu charge sampai RM4.. Gggrrr

  9. ikut tempat selalunya. klu kedai makan dalam town mahal sket kot. tapi aku kat sini still mahal gak makan kat cafe bawah ni. baik pi makan kat mines lagi murah..

  10. Memang mahal tempat kita ni..
    Kakak makan kat Johor Jaya – nasi putih, terung sepanjang jari tengah sebelah (masak sambal), ikan selar goreng, sambal belacan+ulam timun dua hiris dan sirap limau, tahu berapa kena? RM12/- Org S'pore pun terkujat dengar. Nak kata apa. Sebab itu kakak hari-hari bawa bekal. Ini makan luar pun sebab ada appointment dgn authority kenalah makan juga kat luar. Nasib pakai duit company..

  11. memang mahal tu..tapi biasa dah harga macam tu kot..saya tapau kat miel jek, rm5-rm6 (puas ati)

  12. salam perkenalan.. kalau ikut harga kat tempat fai, makan mcm tu tak sampai pun rm7-8… paling x pun rm5 je.. memang mahal tu..

  13. salam singgah. paling meluat, kalau yang kira harga tu ikut orang yang mengira. si A kira harga lain, si B kira harga lain. yang tu lagi geram tau. saya dah pernah kena -_-

  14. Kdg2 peniaga makanan ni bila dia perasan org baru yg dtg, di main hentam je kira… wallahualam..

  15. pernah jugak dulu camni kak..dia kira ikut kiraan dia nak letak harga berapa..lama² tak makan kat situ dah..berkira sangat dorang ni kan..fikir nak untung lebih je..patutnya jaga pelanggan kan sebab datang hari²

  16. Bab makan kat restoran/warung memang susah nak kata… sebab kita tak boleh nak tahu kaedah mengira.. so macam kalau kita ambil lauk,sayur,kuah apa semua tu kita agak susah nak buat andaian… Selalunya bab macam ni kalau masuk kedai makan memang saya akan anggap redha saja… pernah dengar orang tua kata tak boleh mengeluh bab beli makanan macam ni… tapi tu lah… ada time kena yang tak logik tu… yang rasa macam "aaaperrrrrrr?!" bila dengar harga tu.. dalam hati rasa sedih jugak lah… yg pasti, tempat tu tak akan aku jejak kali ke-dua!!!!

  17. Agak mhal.. Agaknya dia perasan planggan bru tu yg dia cekik tu..

  18. Agak mhal.. Agaknya dia perasan planggan bru tu yg dia cekik tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *