PENGINAPAN DI TAMBUN INN HOTEL IPOH PERAK

PENGINAPAN DI TAMBUN INN HOTEL IPOH PERAK | Ini antara hotel budget jugaklah yang ada kat Ipoh dan ia berdekatan dengan banyak tempat makan dan juga Lost World Of Tambun.

Sebab kami plan memang dari Penang, akan terus ke Ipoh dan menginap di sekitar Ipoh ni sebab malam tu kami akan masuk ke The Lost World of Tambun.

Oh ya, Sebelum ke Perak, kami sempat lagi ke Penang Hill.Mula-mula sampai ke sini, komuter yang nak bawak kami naik ke atas tu ada masalah, jadi kami plan nak terus ke Perak.Tup-tup bila kami baru nak balik, nampak orang dah berpusu-pusu beratur.

Nampaknya plan nak naik ke Penang Hill tu tercapai.Tapi tulah, banyak gambar yang umi tak ambil kat sana memandangkan bateri phone umi dah tinggal sikit.

Dapatlah naik sekejap ke atas tu.Nak naik atas lagi rasa macam malas pulak.Lagipun penat pun ye sebab kitorang takde rehat langsung.Banyak masa kami dekat dalam kereta je.

Sampai kat Perak pun dah petang sebab dalam perjalanan Penang ke Perak pun boleh tahan jem.Jadi sampai dah lewat petang.Itu pun dapat rehat sekejap je sebab petang tu kami dah nak masuk ke Lost World Of Tambun.Memang kami masuk sesi malam.

Baca Juga : Menginap di 147 Armenian Park Guesthouse Pulau Pinang

Saja nak rasa pengalaman mandi di waktu malam.Best dapat tengok aksi orang main api tu.Gambar? memang non hado sebab handphone umi bagi kat anak saudara umi.Ingatkan boleh la diorang ambil gambar.Non hado rupanya.

Cukuplah ni gambar depan LWOT.Yang lain ada kat dalam galeri pc.Simpan je kat situ buat kenangan.

Oh ya, masa ke Perak kami menginap di Tambun Inn Hotel.Actually hotel ni dulu meriah katanya, tapi sejak PKP ni, taklah semeriah dulu.Itupun diorang baru je nak naik balik.Banyaklah kemudahan yang masih takde kat sini.

Kami tempah untuk 2 family room dan standard.Cukuplah untuk kami 4 keluarga.Pepandailah nak mencukupkan diri tidur kat mana kan.

 TAMBUN INN HOTEL IPOH PERAK

Kalau dulu adalah tempat makan yang meriah kat sini.Tapi sekarang dah sunyi sikit.Cuma malam tu ada karaoke tau.Ingat nak join jugak ajak adik-adik memandangkan kami memang dah lama sangat tak berkaraoke sama-sama.Maklumlah sejak dah berumur ni kan..hahaha

Jom kita tengok bilik dan kemudahan-kemudahan yang ada kat sini.

TAMBUN INN HOTEL IPOH PERAK

Dari pintu masuk je bilik ni korang akan nampaklah kemudahan-kemudahan yang disediakan disini antaranya:-

  • tv
  • Peti ais mini
  • kerusi
  • meja
  • kerusi
  • mineral bottle
  • Nescafe dan tea
  • jug elektrik
  • hanger

Dan katil yang ada disini adalah dua katil queen yang cukup besar untuk kami.

TAMBUN INN HOTEL IPOH PERAK

Anak siapalah yang bergelimpangan kat situ.Haishhh!! hahahha..Dan di tepi tu pulak bilik air.Mestilah ada kan.Untuk seterika pulak korang boleh dapatkan di ruangan lobby dibahagian bawah.

 

Tiada lift ye sebab hotel ni dua tingkat je.Takkanlah nak lift pulak kan.Kat sini tiada cafe disediakan.Tapi kalau korang nak cari makan, banyak je tempat di sekitar kawasan sini.Sempatlah kami ke Gerbang Malam Ipoh untuk cuci mata dan cuci poket.

Kami menginap disini dua malam sebab keesokannya barulah kami ke Gua Terapung dan juga Kellie Castle.Nantilah umi cerita tentang tu ye.

Malam  tu ayah request nak cari mamak.Nasib baik dekat je dengan Gerbang malam tu.Lepas tu kami lepak-lepak je kat sini sampailah pukul 11 lebih kot.Masing-masing dah mengantuk nak berjalan dan kepenatan.

Esok paginya kami dah bertolak balik ke Johor Bahru.Tapi sebelum tu sempatlah singgah di Salmah Kopitiam.Disebabkan kami tak rushing, boleh la menunggu.Kalau tak macam biasa, akan beratur panjang nak tunggu dapat meja.

Alhamdulillah hotel budget yang selesa bagi kami.Kalau korang ada budget lebih boleh la kan pergi resort yang popular tu.Hah itulah dia pengalaman penginapan di Tambun Inn Hotel Ipoh Perak.Moga lepas ni dapatlah lagi ke Perak sebab banyak lagi tempat yang belum kami sampai.Tapi sebelum tu nak ke Penang dulu.hahaha

 

Korang boleh tengok facebook diorang dibawah ni.Sebab umi rasa diorang takde IG mahupun website kot.

Tambun INN Hotel Ipoh

 

 

1 Comment

  1. walaupun INN macam selesa je rupa bilik dia. Bila la nak ke Perak ni ayahnyaa.. Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.