Penginapan 3H 2M Di Bayou Lagoon Waterpark Melaka merupakan unplanned vacation umi bersama keluarga.Actually kami ke Melaka tu just nak hantar nenek je.
Tapi dah kebetulan masa tu cuti Deepavali, jadi bercutilah kami di sana selama 3 hari.Memang kelam kabut jugaklah nak cari hotel dalam masa yang singkat, tapi dengan bantuan kawan umi, dapatlah kami stay di apartment studio Bayou Lagoon Waterpark.
Nak stay hotel lain kebanyakkan dah penuh.Yang ada pun masih lagi diatas dari budget kami untuk bermalam di sana selama 2 malam.Kami menginap di sana dari 4 November sehingga 6 November.Memang time tu jammed jugaklah Melaka.
Ingatkan masa kami datang tu, nak lah ajak anak-anak ke Zoo Melaka, tetapi memandangkan punyalah ramai umat yang sedang beratur untuk masuk ke Zoo Melaka, jadinya tak dapatlah nak penuhi impian anak-anak.Umi masih takut-takut lagi nak bawa budak-budak ni ke tempat yang terlalu ramai orang.
Kami sampai ke Melaka dalam pukul 11 lebih la kot.Nak tunggu masa untuk Check In pukul 2 tu, ronda-rondalah kawasan Melaka dan sambi tu nak cari makan.Kami cari tempat makan yang berhampiran dengan Bayou Lagoon sahaja.
Dari jauh dah nampak Restoran Asam Pedas Pak Man, tapi kemain beratur panjang.Jadi kami jalan lagi sekitar kawasan tu dan ternampak Restoran Berkat Salam yang pernah kami pergi dulu.
Restoran berkat Salam antara restoran yang terkenal juga dengan asam pedasnya.Umi pernah ke sana tahun 2019.Korang boleh baca cerita tentang tempat makan asam pedas sedap di Melaka ni.Yang tak bestnya kali ni kami datang takdelah meriah sangat lauknya macam dulu.Kalau dulu kemain meriah lauk-lauknya.Yelah, mungkin masa PKP ni atau hari yang umi pergi tu diorang tak sediakan banyak kot.
Ngam-ngam pukul 1.45 baru kami gerak ke sana.Sampai je sana kami terus naik ke tingkat 10 dan tak perlu lagi nak ke kaunter hotel.Disebabkan kami booking melalui tuan rumah, jadi kami terus ke bilik.Nak masuk bilik tu kena ambil kunci yang diletakkan di kotak kunci ber password.Jadi mudahlah kan.
Penginapan 3H 2M Di Bayou Lagoon Waterpark Melaka
Bila masuk tu, tengok keadaan sekeliling, alhamdulillah nampak selesa kerana ruangannya boleh la untuk kami 6 orang.Umi ada spare toto untuk kami disana.Jadi tak risau.Cuma tulah, bantal memang tak cukup.Tapi takpe.Anak-anak ni tak kisah sangat pasal bantal.Jadi bolehlah beralaskan lengan umi..hahaha.
Babah pulak tidur kat bawah memandangkan ada juga tuan rumah tu sediakan toto dan juga sebiji bantal spare.
Penginapan 3H 2M Di Bayou Lagoon Waterpark Melaka
Meh umi share sedikitlah kelengkapan yang ada di dalam Studio Room ni
KELENGKAPAN DI DALAM STUDIO ROOM AMARI VILLA
- Toto
- Sebiji Bantal
- TV
- Sofa
- Sejadah
- Iron/iron board
- Pinggan mangkuk
- Peti ais kecil
- Sabun mandi
- Minuman 3 in 1
- Gula( cuma umi tak guna sebab macam dah guna, lagipun dia letak dalam bekas biasa)
- Mineral water
- Tuala mandi 2 helai
- Tuala kecil 2 helai
Hah, itu jelah kelengkapan yang ada di dalam bilik studio room di Amari Villa ni.
Meh umi tunjukkan pulak ruang tamu di dalam studio room ni.
Bagi umi selesalah walaupun kami ramai.Pandai-pandai korang lah kan nak adjust macam mana kalau dah bawa ahli keluarga yang ramai.Kalau ada budget besar lagi boleh la dapatkan bilik yang lagi besar kan.Terpulang kepada budget masing-masing.Masa umi ambil ni memang takde sarapan tau.Sebab umi tau nak cari sarapan kat sini senang je.Jadi tak perlulah bersarapan di sini.
Bilik kami tak menghadap pool pun.Tapi oklah nampak jugakl pool tu dari tepi.Masa tu pun anak-anak dah excited nak mandi-manda.Cuma umi je tak kasi lagi diorang mandi manda.Tunggulah esok baru mandi.
Petang tu kami plan nak jalan-jalan sekitar bandar Melaka.Serius kepadatan orang di bandar Melaka malam tu.Bebudak nak naik beca tapi malas pulak umi nak layan..hahahah..Sebab sebelum ni pun dah pernah naik beca.lepas tu si adik pulak nak naik Taming Sari.Padahal sebelum ni pun dah naik.Cuma masa naik tu siang la.Kali ni lain sebab malam.Mestilah cantik kan kalau naik waktu malam.Nampaklah lampu-lampu cantik sekitar bandar melaka.
Takpelah kita layankan lagipun nak naik Taming sari ada potongan harga.Umi ON je.
Lepas pada tu umi bawa diorang jalan-jalan disekitar tu sebelum kami makan malam di McDonalds.Ingatkan nak makan ringan-ringan je sebab babah nak bawa kami makan Ikan Bakar di Crystal Bay.Lepas makan tu rasa kenyang sangat.Last-last kami tapau je nasi goreng dekat area situ.Risau kang balik villa dah lapar balik kan.
Keesokkan harinya barulah bawa anak-anak untuk mandi kolam.Oh ya, pagi tu kami pergi cari sarapan dekat je dengan Bayou Lagoon.Bestnya bila dapat makan yang murah-murah macam ni.Takdelah cekik darah kan.Kami makan berenam tak sampai RM30.
Mee Hoon goreng kuali namanya tu.Warung tepi jalan ni kira dalam taman jugak depan Bayou Lagoon.Kot korang nak cari tempat makan sekitar Bayou Lagoon boleh je waze.Memang banyak giler ui kedai makan.
Ni gambar di waktu petang masa umi dah nak balik bilik dah.Dari pagi masuk sampailah petang pukul 3.Kalau tak memang nak kasi diorang berendam sampai petang.Memandangkan petang tu umi nak hantar nenek ke Merlimau jadi terpaksalah panggil bebudak tu naik bilik.
Nasib baik adik umi ni ada, jadi boleh la layankan si budak berdua tu naik gelongsor.Kalau suruh umi memang takkan naik la.Mau berderau darah umi nko sampai darah naik kang.
Umi senaraikan Tiket masuk Bayou Lagoon ni ye.Tapi yang ni umi beli sekali dengan bilik.Jadi dapat murah la
Tiket masuk dewasa – RM16
Tiket Masuk kanak-kanak – RM11
Warga Emas – RM15
Tapi sayangnya warga emas kena bayar.Bukanlah dia main air pun kan.Tapi takpelah kan, nak buat macam mana.Dah kena bayar kita bayar la.
Lepas hantar nenek ke Merlimau kami ke Bandar Hilir lagi dan kali ni nak pekena Cendol Kampung Hulu.Nasib baik lah tak berapa nak ramai sangat orang beratur.Cuma tempat duduk yang berhadapan dengan sungai Melaka memang penuh la.
Jadilah kan untuk malam tu.Sebab kami pun dah kenyang masa makan rumah kakak ipar.Jadinya makan cemel-cemelan jelah malam tu.
Keesokkan harinya kami check out awal memandangkan kami nak terus balik JB.Dapatlah singgat di Asam Pedas Pak Man dan makan kuih keria gula melaka yang dijual di situ.
Alhamdulillah makan 3 jenis ikan asam pedas, nasi ayam dan sayur serta 4 minuman baru je RM67.Patutlah orang beratur panjang kan.Asam pedas pun sedap.
So, habislah cerita tentang Penginapan 3H 2M Di Bayou Lagoon Waterpark Melaka
Oh ya, untuk harga bilik Studio Room tu meh la umi bagi total hangus semua sekali ek.
3 hari 2 malam di Bayou Lagoon Waterpark Melaka
Rm100 – Security Deposit
RM310-sewa untuk 2 malam. ( RM130+RM180)
RM16-Tiket untuk dewasa
RM11-tiket untuk kanak-kanak.
Actually kalau tempah 1 malam akan dapat 2 tiket dewasa masuk ke waterpark.Cuma ada additional tiket jelah untuk bebudak ni.
Total hangus semua sekali RM448.Hah!! lepas ni kita pergi yang lagi dekat dengan rumah pulak ek.
Maklumat lanjut boleh refer sini ek
Baca Juga :
- Penginapan di Swan Garden Hotel Melaka
- Penginapan di HallMark Inn
- Nadim Homestay Melaka
- Homestay Hentian Qaseh
wahhh bestnyaaaaa boleh bercuti dengan family . ida masih ada kekangan kerja lagi . harap nanti cuti boleh sampai sanaa huu
Dr dulu sekal promo nak pergi ehhh tak sampai-sampai hahahaha.. nanti laaa one day nak ajak Mia semua gi, mesti suka sbb ada pool besar ni..
tu pun budak tak puas uiii