PENGINAPAN 2D1N DI BALI RESIDENCE MELAKA

PENGINAPAN 2D1N DI BALI RESIDENCE MELAKA | Macam biasa bila balik Melaka dan bermalam di sana, umi akan pastikan booking satu apartment berbanding dengan hotel bila melibatkan ramai penghuninya.

Disebabkan malas nak balik hari, sajalah kan nak merasa menginap di Bali Residence Melaka ni.Sebelum ni memang banyak tempat dah umi menginap di sekitar Melaka ni, korang boleh la terjah entry-entry penginapan umi di Melaka.

Memandangkan umi dah ada anak perempuan yang dah meningkat besar, jadi menginap selain dari tempat saudara mara itu lebih terjaga aurat mereka.Jadi kenalah keluar duit sikit kalau nak bermalam di Melaka ni.

Kali ni umi masih memilih apartment residence untuk penginapan umi walaupun tak lama, memandangkan bawa juga adik umi, kami memerlukan tempat yang besar sikitlah dari biasa.Kalau umi, babah dan juga dua ketul ni, boleh la umi stay hotel untuk semalam.Tapi memandangkan kami berenam, jadi apartment memang menjadi pilihan kami.Dan satu lagi yang perlu umi titik beratkan bila bermalam di Melaka memandangkan kami tak keluar kemana-mana berjalan disekitar Melaka, jadi mestilah ada swimming pool untuk anak-anak bermain.

Bali Residence ni terletak di Jalan KSB 11A, 75200 Melaka dan menjadi salah satu tempat penginapan yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Melaka.Jadi tak perlu drive jauh-jauh untuk ke tempat yang korang nak pergi tu.

Cumanya bila residence ni, takdelah sarapan pagi disediakan.Semua tu korang kena cari sendiri la kan.Tapi umi tak kisah sebab sekitar tu banyak je tempat makan yang boleh korang jumpa.Jadi tak risau sangatlah kalau bab sarapan, makan tengahari ataupun makan malam.Semua tu memang mudah untuk korang nak dapatkan.

Umi booking under agoda dan terdapat 2 katil queen yang disediakan.Memang luas dan sesuailah untuk kami ni.

PENGINAPAN 2D1N DI BALI RESIDENCE MELAKA

Masuk je dalam apartment ni, korang terus nampak bahagian tepi yang menempatkan 2 katil besar dan ruang tamu kecil.Umi lupa pulak nak ambil bahagian kitchen tu.Sebab masuk je apartment ni, korang akan jumpa dulu peti ais, dan kitchen di belah kanan, dan bilik air di sebelah kiri.Bilik air tu juga berhubung dengan sebelah tilam tu kalau korang perasan.

PENGINAPAN 2D1N DI BALI RESIDENCE MELAKA

Tandas bersih dan tiadalah kelengkapan seperti berus gigi dan sebagainya.Cuma disediakan sabun je.Jadi bila korang menginap di residence, pastikan bawa kelengkapan peribadi secukupnya.

Cuma yang tak bestnya, walaupun ada bath tub, masih lagi tak boleh nak feeling berendam sebab terlalu open dan takde langsung tirai untuk menutup bath tub tu.

PENGINAPAN 2D1N DI BALI RESIDENCE MELAKA

Memang dah menarik ada bath tub kat situ kan, cuma tulah, risau anak-anak berendam nanti, habis kang basah kat area situ.Jadi untuk keselamatan umi memang tak kasi diorang mandi kat bath tub tu.Jadi umi suruh diorang nak mandi kat kolam je yang disediakan di apartment di tingkat berapa tu, umi tak ingat.

PENGINAPAN 2D1N DI BALI RESIDENCE MELAKA

View yang umi ambil dari tingkat atas. YAng bestnya kat sini kalau bawak anak-anak, bukan sahaja kolam ada 2 kolam renang, malah kolam renang untuk kanak-kanak pun besar dan ada juga permainannnya.Di situ jugak terdapat playground dan juga attraction yang lain.Cuma umi tak sempat nak explore sepenuhnya disebabkan penat bawa kereta.hahah.Jadi kita bagilah si mama tu jaga bebudak ni masa mandi.

Dan ini ialah kolam renang untuk dewasa, diorang lebih suka kat sini sebab tak ramai yang gunakan tempat ni.Lagi pun diorang dah sampai la kakinya bila masuk sini.Tak terlalu crowded dengan budak-budak.

Selain tu banyaklah facilities yang disediakan disini, seperti bilik bacaan, gym dan sebagainya.Lagi satu jarang ada tempat yang ada kolam renang ni diorang sediakan port mengopi, tapi kat sini, ada disediakan cafe kecil untuk korang makan-makan sambil layan anak mandi manda.Jadi tak perlulah kan nak bawa makanan dari luar.Beli je semuanya di sini.Harga pun takdelah mahal sangat.

Walaupun jarak antara homestay tu dengan Merlimau jauh sikit, takde masalah bagi kami.Kalau ada residence yang best-best mesti dah lama umi booking.Tapi kan, ok jugak, boleh la berjalan-jalan di Melaka ni.

Bagi umi menginap kat sini memang puas hati sebab mudah sangat nak dapatkan makanan dan jalan-jalan disekitarnya.Kalau bawa bebudak ni umi suka je lepak-lepak di Klebang tu sebab kat situ memang banyak aktiviti bila malam.Lepas ni nak stay kat Atlantis pulak, berdepan je dengan Bali Residence ni.Harga untuk semalam pun takdelah mahal sangat.Masih lagi di dalam kemampuan kami.

 

 

 

 

 

 

Loading

1 Comment

  1. Wah bestnya ada kolam! Dua pula tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *