Penginapan 2 hari 1 malam di Holiday Inn JBCC

Penginapan 2 hari 1 malam di Holiday Inn JBCC

Penginapan 2 hari 1 malam di Holiday Inn JBCC | Lama dah nak rasa menginap di hotel ni tau.Sejak pembukaannya pada 1 Oktober 2020 yang lalu lagi.Apa taknya hotel yang terletak di tengah bandar ni memang nampak gah kalau dilihat dari jauh.

Plan dengan babah nak bawa anak-anak menginap di Hotel tercapai jugak sebab masa nampak mereka buat promotion, terus cakap babah jom kita Check In di Holiday Inn hujung minggu ni.Babah pun ON jelah.Alang-alang tu kita ambil sekali buffet dinner.Jadi tak perlu keluar dari bilik hotel untuk cari makan malam tu.

holiday inn jbcc

Boleh baca entry lepas tentang Makan malam di Dine @ Eight Holiday Inn JBCC .Risau jugakkan dok berjalan sana sini.Jadi penyelamatnya kita dine in sekali lah.Nak tau details pasal harga buffet dinner holiday inn tu boleh la klik link yang umi dah letak kat atas tu.

PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI HOLIDAY INN JBCC

Berbalik pada penginapan  2 hari 1 malam di Holiday Inn ni, masa nak terjah masuk hotel ni, tercari-cari jugak tau mana agaknya pintu masuk ke Hotel ni.Sebab Holiday Inn ni satu bangunan dengan Komtar JBCC.Sudahnya umi boleh parking tingkat 3, terus menonong cari pintu.Padahal kalau nak Ke Hotel Holiday Inn JBCC kena naik tingkat 7!! 

Ingat tau, nak cari hotel holiday inn kena cari tingkat 7.Mencabar jugaklah umi nak naik ke tingkat 7 walaupun dengan kereta.Siapa ada pengalaman ke sana je tau..hahaha.

Sampai ke tingkat 7, korang akan nampak parking basement betul-betul depan hotel tu.Punyalah banyak weh parking dia.Parking betul-betul depan Hotel tau.

Masuk je ke dalam hotel tu, uishh!! umi dah terpegun dah.Punyalah cantik dan bersih.Hotel baru kan..Mestilah Baru-baru di Johor Bahru..EH!! macam tak kena pulak..hahaha..

Masuk je pintu masuk hotel, terus korang cari lift untuk ke tingkat 8.Dekat tingkat 8 tu korang akan nampak 2 bahagian lift berdepan.Hah!! Satu tu lift untuk ke bilik hotel dan sebelahnya pulak lift untuk terus ke Komtar JBCC.Kotlah korang nak merayap ke Komtar, boleh terus ke lift tu.

holiday inn jbcc

Masuk je tingkat 8 terus ke kaunter untuk pendaftaran.Umi ambil 2 bilik ye memandangkan kami datang 6 orang.Satu Premier room dan satu lagi deluxe room.Untuk anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah Eat & Stay Free sahaja.

Sebenarnya naklah pilih yang ada connecting room, memandangkan connecting room penuh, jadi terpaksalah kami berpisah.Umi, anak-anak dan adik umi satu bilik di tingkat 25, manakala babah dan mak satu bilik di tingkat 14.

Oklah tu kan, lagipun umi kena ada sorang yang boleh jaga bebudak ni.Sebab senang umi nak ambil gambar.EH!! kat mana-mana wajib ambil gambar okey!!Nak bagitau kat korang, Korang yang stay dekat tingkat 25 nak jumpa family yang ada di tingkat 14 tak boleh ya!! 

Sebab apa? Hanya guest yang ada access card untuk ke tingkat tu sahaja yang boleh.Nak ke bilik di tingkat-tingkat yang lain sangat tidak boleh.Sebab apa? itu semua kerana untuk safety para pelanggan mereka.Jadi korang yang nak berjumpa dengan ahli keluarga di tingkat lain, sila jumpa di level 8.Tak pun boleh jumpa di tingkat 31 iaitu di tempat gym dan swimming pool.

BILIK YANG LUAS DAN SELESA DI HOLIDAY IN JBCC

Moh ler kita check in.Bebudak ni tak sabar nak mandi kolam walaupun masa umi datang tu kolam tutup.Yelah sekarang ni kan tengah CMCO, jadi tak boleh la nak mandi.Hampa harapan diorang..hahaha..Umi suka.

holiday inn jbcc
Premier room Holiday Inn JBCC

Ikutkan bilik ni luas, tetapi memandangkan ada extra bed dekat hujung tu, jadi nampaklah sempit.Kalau korang masuk je bilik hotel ni, of course korang akan nampak bilik air dan juga almari dan peralatan lain seperti bath robe, peti simpanan, iron board dan peralatan lain.Lengkap semua.

Termasuklah minuman nescafe dan tea dan juga mineral water yang disediakan di sudut bilik ni.

holiday inn jbcc

Dan disebelah sudut berdekatan dengan tingkap ada sebuah meja dan kerusi tempat untuk korang buat kerja.Haishh!! umi memang tak sempat ler nak buat kerja dengan anak-anak ni.Jadi pasrah jelah.

holiday inn jbcc

Luas jugak kan.Selesa dan kemas je bilik hotel ni.Ni umi nak tunjukkan korang..hahah…Kalau orang tau tau macam mana nak tutup bahagian ni, maunya korang takut nak mandi..sebab orang luar boleh nampak bilik air.Eh.. umi suka tau.

holiday inn jbcc

Tapi sebenarnya ada suis yang boleh tutup dengan tirai tu kat dalam bilik air..Bila anak tak boleh mandi kolam, diorang nak mandi dalam bilik air ni, umi on je.Sebab umi boleh perhatikan diorang sambil umi baring-baring.

holiday inn jbcc

Dalam bilik air tu semua lengkap dari berus gigi, sabun, shampoo dan conditioner.

holiday inn jbcc

Satu yang umi suka dalam bilik ni, ada menyediakan rancangan tv untuk anak-anak.Jadi anak-anak umi tak bosan sebab channel kegemaran diorang ada iaitu disney dan cartoon network.Umi tak tengok tv pun takpelah nak oii..

Dah puas rehat dalam bilik, malam tu kitorang dinner di tempat makan hotel di tingkat 8.Disebabkan hari sabtu jadi umi ambil Saturday spices Buffet dinner.PROMO BUY 3 FREE 1. Jadi jimat untuk makan sorang.Lagi best kalau kita stay sini, diskaun lagi sebanyak 15%..Hah!! kiralah sendiri.

holiday inn jbcc

Suasana di Swimming pool.Bestnya dapat berehat kat sini.Tengok suasana kat sini damai je..Nak tengok jacuzzi tapi hujan pulak, ini jelah yang mampu umi snap.

Lepas makan malam, tak tau nak buat apa, umi bawa anak-anak ke GYM.Nasib baik gym kosong, jadi kami  konker 1 gym tu.Gym tu dibuka 24 jam ye.Seronokkan korang yang kaki gym.Kalau kaki tidur boleh tido dalam bilik..hahah

holiday inn jbcc

Gym pun luas dan yang penting banyak equipment gym yang disediakan di sini.Ada lagi satu sudut untuk bola besar tu.Ape ntah orang panggil..

Dah penat berpeluh-peluh, kita pi sauna pulak.Jangan tak tau! Dalam hotel ni ada bilik sauna tau.Betul-betul dalam bilik air lelaki dan perempuan di level yang sama.Ramai yang tak tau rupanya.Jadi hari tu umi dan adik dok bersauna dalam tu.Syok weh!!.

Puas duduk dalam bilik panas, tu terus naik bilik dan berehat.Sebelum merehatkan badan kita saji mata dengan pemandangan indah melihat bandar jb yang berdepan dengan Singapura..Kalau dulu memalam ni hidup bandar JB ni tau.Dengan kenderaan keluar masuk ke Singapura.Tetapi kini tiada lagi..Moga cepatlah Covid ni berakhir..Amin

Selamat malam dunia…

Keesokkan paginya umi bangkit bebudak ni awal untuk breakfast.Masih di level 8.Sementara menunggu yang lain siap, umi dok dekat sofa di level 8 tu.

holiday inn jbcc
Actually ni tempat untuk Hi tea

Bubuhlah muka umi seketul.Breakfast dia dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi ye.Macam biasa, untuk breakfast banyak menu disajikan.Untuk anak-anak pun jangan risau.Kotlah anak-anak korang dah besar macam Auni dengan fiyah ni, umi tak risau kalau dia ambil sendiri sebab pinggan untuk kanak-kanak ni memang disediakan pinggan Ikea.Jadi tak risau kalau jatuh.Tapi umi tetap tengok jugak diorang ni.Yelah, kotlah tertumpah ke ape, buat pasal bebudak ni.

Bukan main lagi menu  sarapan ek.Memasing menambah.

Tak puas bersauna malam, pagi lepas breakfast sambung lagi bersauna.Umi jelah tak dapat nak join pagi tu.Bebudak ni tak boleh masuk.Dok suruh duduk dengan babah dia memang takmonya diorang tu.Last-last umi mereput tengok cerita kartun dengan diorang.

Sementara nak check out pukul 12 tu sempatlah umi tidur sekejap.Tepat pukul 12 dah ready untuk check out.

PENGALAMAN MENGINAP DI HOLIDAY IN JBCC

Alhamdulillah, tertunai juga hasrat nak bawak bebudak ni tido hotel.Ni pun dok tanya lagi bila nak tido hotel..hahah.Begitulah cerita dan pengalaman penginapan 2 hari 1 malam di Holiday Inn JBCC.Semuanya umi puas hati dengan kelengkapan yang disediakan di sini.

So, untuk korang yang nak merasai dan menikmati menginap di hotel di bandaraya johor bahru ni, boleh la buat tempahan sekarang

Instagram | Facebook | Website

Loading

1 Comment

  1. Memang nampak luas dan selesa betul staycation di Holiday Inn JBCC ni. Suka bilik view luas macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *