PENGALAMAN PERTAMA KALI MEMBELI BUKU DI IMAN SHOPPE

PENGALAMAN PERTAMA KALI MEMBELI BUKU DI IMAN SHOPPE | Umi memang sejenis suka membeli buku dari dulu.Kadang tu bacanya belum tentu habis lagi tapi dah membeli buku lain.

Lagi sejak ada anak ni, sejak kecil lagi umi dah biasakan diorang dengan buku.Sampaikan kekadang umi ke kedai Eco tu pun buku jugak umi belikan untuk diorang.Anak suka tak suka belakang kira.Tapi bila kita membeli buku untuk anak-anak tu kan, kenalah rajinkan diri untuk membaca dengan diorang.Jangan guna alasan anak tak pandai membaca lagi, sebab kita boleh je bacakan untuk diorang.Tak perlu lama pun membaca dengan diorang ni, cukup 5 minit pun dah ok.Kena berhenti sebelum diorang bosan.Hah! gitu konsepnya.Barulah mereka lebih teruja nak membaca lagi.

Sebenarnya banyak kebaikkan kita membacakan buku untuk anak-anak yang masih kecil lagi.Korang boleh baca di entry INI ye.

Bukan itu je, korang percaya tak menurut kajian dengan membaca  boleh memperlahankan dan berkemungkinan juga boleh mengelakkan penyakit-penyakit seperti Alzheimer dan Dementia. Ini adalah kerana, membaca boleh mengekalkan minda kita untuk sentiasa aktif dan sibuk, dan ini boleh mengelakkannya daripada kehilangan tenaga. 

Dan ada 10 sebab mengapa kita harus membaca.Nak tau apa dia? Jom teruskan pembacaan korang

10 SEBAB MENGAPA KITA PERLU MEMBACA SETIAP HARI

  1. mengurangkan tekanan
  2. Menambah pengetahuan
  3. Meningkatkan perbendaharaan kata
  4. Meningkatkan memori
  5. Daya analisis dan pemikiran yang lebih kuat
  6. Meningkatkan fokus dan daya tumpuan
  7. Kemahiran menulis yang lebih baik
  8. Menambah pengetahuan
  9. Memberi ketenangan
  10. Hiburan percuma

Jadi bagus atau tidak kita membaca setiap hari? Tepuk dada tanya selera.Kalau dulu minat umi adalah membaca Novel.Hampir setiap bulan mesti umi akan beli novel.Tapi dah makin berusia ni, umi lebih suka membaca buku-buku motivasi.

Selalunya umi akan beli buku-buku ni di kedai buku dan juga kedai buku online.Tapi baru-baru ni umi ada beli buku secara online di Iman shopee.Korang pernah dengar tak website ni?Walaupun ada banyak kedai buku kat luar sana, tahu tak korang  Iman Shopee ni adalah sebuah jenama kedai buku tempatan yang korang boleh dapatkan buku-buku islamik dan motivasi.

IMAN Shopee ni merupakan kedai rasmi bagi rumah penerbitan Iman Publication.Bukan sahaja buku-buku islamik untuk dewasa, malah untuk kanak-kanak pun ada.Sebab sekarang ni pun umi sedang mengajar anak-anak tentang kisah Nabi Muhammad SAW serta rakan-rakan beliau dan juga sejarah kehidupan masa tamadun-tamadun lama.Dan mereka adalah salah satu Online bookstore Malaysia yang popular tau.

Jadi umi banyaklah belikan buku-buku islamik ni untuk diorang.Yelah, kalau nak umi yang cerita tentang sejarah islam lampau tanpa rujukan yang betul, memanglah umi tak berapa nak ingat kan?Jadi buku-buku macam nilah dapat membantu kita sebagau ibubapa untuk cerita balik kepada mereka.

Banyak betul buku bacaan kanak-kanak yang ada kat website ni mengikut umur anak-anak tau.

Korang tengok jelah pelbagai kategori buku ada dalam IMAN Shopee ni.Macam-macam ada dari buku iqra, Kamus BM BI, buku parenting,perkahwinan, apa jelah yang korang cari semuanya ada.Jadi korang tak perlu pun keluar rumah untuk cari buku bacaan.Kenapa umi cakap macam tu? Korang kena tau, banyak kelebihan tau bila korang beli buku di IMAN Shopee ni.

5 Kelebihan Membeli Buku di IMAN Shoppe

  • Koleksi buku Islamik & motivasi dari penerbit tempatan dan antarabangsa.
  • Buku yang dijamin berbaloi dimiliki – sesuai dengan tagline ‘Great content matters’
  • Pelbagai promosi & diskaun serta penghantaran percuma
  • Kumpul dan tebus mata ganjaran dengan IMAN Rewards. Boleh redeem gift card Shopee, Lazada dan lain-lain.
  • Ada sistem affiliate untuk dapat passive income dengan komisen.

Itulah sebabnya umi suka sangat beli buku dekat IMAN Shopee ni.Dan lagi satu sambil kita membeli buku, sambil tu kita kumpul reward.

Macam-macam rewards yang diorang bagi.Nak buat pembelian pun mudah.Just sign In guna acc gmail korang pun dah boleh terus sign in.

Lepas tu boleh terus buat pembelian dan isi segala maklumat yang diperlukan.Oh ya, hari tu umi beli satu buku motivasi dan satu lagi buku anak-anak memandangkan diorang dah bosan dengan buku-buku yang ada.

Kisah teladan Nabi dan Rasul tu umi suka.Sebab dalam buku tu tulisan berwarna warni untuk memudahkan anak-anak membaca.Nanti umi nak beli lagi buku 2 memandangkan bebudak ni suka cerita tentang Nabi dan Rasul ni.Senanglah lepas ni umi buat kuiz dengan diorang kan.

 

So, kalau korang ingin mencari pelbagai jenis buku islamik, boleh la cari buku-buku tu di IMAN Shopee.Maklumat lanjut tentang promosi dan buku-buku terkini korang boleh lihat di website dan social media mereka.

Website | Facebook | Instagram

 

 

Loading

2 Comments

  1. Lama rasa tak beli buku, baik walk-in atau online, sebab duk fikir macam dah takde masa nak baca huhuhu

  2. bestnya bnayak beli buku ilmiah. Fisah beli novel aje banyak ni dari shopee. Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *