Pengalaman Pertama kali di Swab Test | Tak pernah terfikir akan melalui saringan ni.Tapi demi kebaikkan apa salahnya kan.
Actually, umi bukanlah antara contact rapat atau mereka yang tergolong mendapat Covid ni, Nauzubillah mintak dijauhkan dari penyakit ni.Tapi di sebabkan company umi ni ada ramai juga foreign worker dan dikenakan untuk buat swab test, jadi management buat sekali dengan pekerja tempatan.
Lagipun, PERKESO kan ada buat Program Saringan Prihatin untuk pekerja import ni.Ujian saringan ini menggunakan kaedah RTK Antigen yang telah diluluskan oleh KKM.Kos untuk kit ujian ini dibiayai oleh PERKESO.Majikan hanya perlu membiayai kos perkhidmatan yang dikenakan oleh klinik atau hospital sahaja.
Pekerja asing yang bukan pencarum PERKESO, kos saringan kenalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan.
Jadi sebab tulah, company umi ni buat jugak saringan menggunakan kaedah RTK Antigen ni.
Mula-mula tu berdebar la jugakkan, dengar dari pengalaman-pengalaman orang yang pernah buat tu, ngeri jugak.
Jadi pagi isnin hari tu, swab test untuk semua pekerja di company umi ni menggunakan klinik panel kami.Jadi adalah diskaun sikit kan.
Untuk pekerja asing, mereka charge RM80 dan pekerja tempatan RM150.Semuanya ditanggung oleh majikan kami,
Alhamdullillah.
Baca juga : Setelah seminggu bercuti
Pagi tu memasing dah berdebar.Dan semua pekerja memang diwajibkan.Siapa yang tak datang tu, kena buat kat luar dan selagi tak dapat keputusan memang tak boleh datang kerja.
Masa pendaftaran pun umi dah seram sejuk.Dapat tengok rakan-rakan umi yang dah berjaya buat swab test sampai keluar air mata.Sibuk temuramah diorang tanya samada sakit ke tidak.
Baca juga : Lafaz niat Puasa Ayyamul Bidh
So, sampai giliran umi, staff klinik tanyalah beberapa soalan berkaitan dengan kontak rapat, keadaan kita samada demam, batuk atau selsema.
Selepas tu barulah dia mulakan swab test.Oh ya, kami menggunakan swab test jenis RTK-AG sahaja.Jadi cuma masukkan test tu dalam kedua-dua belah hidung.
[ Tak tahu nak makan makan mana hujung minggu ni? ]Â
Dan result yang kami terima pun tak lama.Selepas 2 jam tu dah dapat result.Alhamdulillah semuanya negatif.
Pengalaman Pertama kali di Swab Test
So far, bagi mereka yang tak pernah lagi buat swab test, perasaan takut tu mestilah adakan.Dia ada dua perasaan takut akan berlaku iaitu sebelum buat swab test dan juga debaran menunggu result.
Sakit ke kena swab test?
Pada umi takdelah sakit sebenarnya.Masa masuk hidung tu ok je, tapi bila dah dia pusing-pusing kan test tu dalam hidung, macam sedikit pedih la sampai keluar air mata korang tu.
Itu jelah.Lepas tu lama-lama tak meninggalkan rasa sakit apa pun.Semuanya elok belaka.
So pada korang yang akan kena swab test ke ape selepas ni, jangan risau.Tak sakit sampai meninggalkan luka atau sebagainya.
Insyallah semuanya akan baik-baik je.
Â
Â
Â
Tu lerr kann, tidaklah sakit mana punn.. masa aku buat kat KPJ tu kemian lembut budak tu buat hehehe.. tu yg rasa seram pun ilang..
kenapa pekerja tempatan kena bayar lagi mahal pulak?