Pengalaman Menjadi Pesakit Covid-19(part 1)

Pengalaman Menjadi Pesakit Covid-19 | Tak pernah pun terlintas di fikiran untuk menjadi bekas pesakit covid ni.Kalau dulu hanya mendengar sahaja tentang pesakit covid ni.Tapi bila terjadi kepada diri sendiri baru tau rasanya.

Sebelum umi memulakan cerita tentang pengalaman menjadi pesakit covid ni, umi nak berterima kasih sangat kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang mendoakan kesihatan umi dan keluarga umi yang telah dijangkiti penyakit ni.

Kalau dulu umi ni hanya mendengar je tentang simptom yang dialami oleh pesakit ni.Siapa yang berisiko dan berapa jumlah yang kena hari ni.Pernah jugak diri ni cakap, macam manalah kalau terjadi pada diri umi ni.Yelah, umi ni dikria orang berisiko .Ada penyakit jantung.Rata-rata bila lihat kematian pesakit covid ni, mereka yang ada latarbelakang penyakit kronik.Tu yang paling risau.Orang kata ajal maut ditangan Allah swt.Bukannya umi takut mati.Kalau dah sampai masanya kita semua dijemput.Tapi bila fikirkan anak-anak tu, buat kita rasa macam kita ni belum bersedia.

Oklah, untuk taknak buang masa korang umi teruskan cerita ni ye.Umi mulakan dulu dari bagaimana umi boleh terkena penyakit covid ni.Untuk entry tentang bekas pesakit covid ni umi bagi 2 part ye.Sebab macam panjang sangat je kan nak cerita dalam satu entry.

Pengalaman Menjadi Pesakit Covid-19(part 1)

30 Mar 2021

Hari jadi umi masa ni.Sebelum tu babah demam 2,3 hari dah.Masa babah demam tu umi sempat balik kampung sebab bebudak ni teringin nak balik kampung.Tapi masa tu babah tak ikut pun.Balik dari kampung tu, anak-anak terus umi hantar ke rumah adik umi yang bongsu.Jadi diorang takde bermalam di rumah masa kejadian.

Actually tak taulah bila gaknya babah dijangkiti.Semasa demam atau selepas demam.Wallahualam.Jadi bila 2,3 hari babah demam tu, ingatkan dah baik.Tiba-tiba babah kata dia takde deria bau.Jadi umi suruh dia buat swab test memandangkan hilang deria bau merupakan salah satu simptom covid.Mulanya suruh babah pergi pada hari Isnin iaitu pada 29 Mac 2021.Tapi babah kata babah tak larat.Jadi babah pergi keesokkan harinya.

Masa tu umi tengah bekerja, dalam pukul 1 lebih la kot babah call bagi tau babah positif covid.Masa tu tak tau macam mana perasaan umi.Dengan tangan menggigil umi call bos bagitau terpaksa jugak balik sebab dapat berita tu.Dengan tak isi exit form umi mintak kebenaran untuk balik.

Babah pulak call bagitau dia tak larat nak bawah motor.Dia tersadai dekat tepi jalan.Mintak umi ambil dia.Masa tu dengan rasa bersalah umi cakap kat dia yang umi memang tak boleh nak ambil dia.Umi nak mintak call ambulance ambil dia terus tapi dia taknak.Last-last dia bawak jugak motor balik ke rumah.Rasa berdosanya umi pada babah sebab  tak tolong dia.Balik je rumah umi mintak dia masuk bilik dan kuarantin di dalam bilik.

And memang doc suruh babah untuk kuarantin di rumah selama 2 hari sementara menunggu keputusan doc samada babah boleh terus kuarantin di rumah atau dibawa ke hospital.Umi masa tu memang tak boleh nak fikir apa dah.Terus call mintak tolong dekat Mak Lin belikan PPE untuk persediaan umi jaga babah yang dikuarantin di rumah.

Nasiblah master bedroom kami tu siap dengan toilet.Jadi babah tak perlu keluar dari bilik.Inilah antara keperluan yang Lin belikan.Terima kasih sangat-sangat pada dia sebab tolong umi.

Bukan senang tau nak jaga orang yang kuarantin di rumah.Kesian sangat sampai rasa bersalah sebab kurung dia dalam bilik.Tapi itulah takdir yang terpaksa kami terima.Dua hari jugak umi bagi dia makan hanya di dalam bilik.

Nasib baik anak-anak takde dengan kami masa tu.Kalau tak umi tak tau nak buat macam mana.Mana nak handle anak lagi, nak handle babah dan jugak mak mertua umi yang sehari lepas tu pun dah takde deria bau.KKM pun tak call lagi kami untuk pergi swab test atau tidak.

Jadi umi hanya tunggu arahan dari KKM jelah.Masa tu rasa down sangat.Tak boleh keluar rumah, tak boleh nak bercakap depan mata dengan babah.Nak call pun guna ws video call.Anak-anak pulak dah tak sabar nak balik.Si adik tu tak boleh berenggang lama dengan umi dia.

1 April 2021

Pagi tu babah kena pergi ke Stadium untuk berjumpa dengan doktor.And babah bagitau petang tu ambulance akan ambil babah untuk ke Hospital Permai.Disebabkan babah ada penyakit lain tulah, babah tak boleh dikuarantinkan di stadium mahupun dirumah.Jadi umi siap-siapkan barang-barang babah untuk keperluan dia disana.

Selepas maghrib tu ambulan datang ke rumah.Masa tu ramai lah gaknya jiran-jiran yang pasang mata.Tapi apalah daya kami nak menutup mulut orang kan.Tak terkena batang hidung bolehlah cakap macam-macam.Kalau dah terkena barulah tau macam mana.Bernasib baik ada jiran-jiran umi yang baik hati tolong umi belikan itu ini sepanjang umi berkuarantin.

Sunyi tanpa babah dan anak-anak.Umi langsung takde selera makan.Macam tu jugak mak.Nasi lemak yang Suzie bagi pun umi tak jamah.Masa tu pun umi rasa ada simpton-simptom covid dalam badan umi ni.Umi kerap minum air suam, banyak minum air masak dan jugak air lemon.

Dalam hati umi ni, memang kuat mengatakan umi positif covid.Umi tak boleh tidur fikir anak-anak, fikir suami dan mak mertua.Mak pulak masa tu dah rasa macam tak sihat.Kesian dekat dia.

Allah tu sangat-sangat sayangkan hamba dia.Di dalam waktu ni, umi banyak buat solat hajat, tahajud,baca yaasin setiap masa.Mintak Allah swt berikan kesembuhan kepada kami.Sayu hati umi bila orang yang umi sayang takde depan mata.Sesekali timbul rasa sempit dada.Hanya doa supaya Allah kuatkan umi.Kuatkan hati umi dan berikan kekuatan untuk umi hadapi dugaan kecil yang dia nak bagi.Peneman umi dikala ni adalah Al-quran dan Yaasin.

Allah nak uji keluarga kecil umi.Allah maha baik.Allah maha baik.Merasa satu kenikmatan yang hanya dapat dari orang-orang yang dipilih.Umi tetap bersyukur,Umi tetap redha dengan apa yang Allah beri kat umi.

2 April 2021

Pagi tu Doktor dari Hospital Permai call umi untuk buat pengesahan tentang penyakit umi dan mak.Jadi doktor decide untuk bawa umi dan mak mertua ke hospital permai.Kami akan di swab test di sana nanti.Kalau negatif insyallah kami boleh balik.Dan sebaliknya kami terus lah menetap di Hospital.

Petang dalam pukul 6 lebih ambulan datang ambil kami.Tinggallah rumah kosong.Sementara menunggu ambulan sampai tu sempatlah umi kemas rumah.Basuh baju babah dan sebagainya.

 

Umi bawa apa yang patut.Sempat umi beli vitamin c untuk kelengkapan umi kat sana.Bantal tu macam biasalah, umi tak boleh kalau takat bantal satu je.Memang tak boleh tidur la jawabnya.

Bila ambulan sampai tu rasa sedih sangat-sangat.Tak sangka jadi macam ni.Sambil dok taip ni pun air mata dok berlinang je.Bila nampak jiran keluar bagi kata-kata semangat tu, hilang sikit rasa sedih.

Sampai di hospital umi dan mak dapat katil sebelah-sebelah.Syukur dapat jaga dia masa ni.Masuk je doc tanya dah macam-macam berkaitan dengan penyakit umi dan mak.Nak bercakap dengan doc memang jauh ye.Tak boleh melanggar garisan.Masa tu umi tak snap pulak gambar tu.

Yelah umi faham risiko doc dan nurse di sini.Diorang pun ada keluarga untuk diberi makan.Jadi diorang tak boleh sesuka hati nak masuk di wad ni.Kalau nak apa-apa boleh jerit je diorang.Nanti diorang akan muncul dan tolong apa yang patut.

Cuma umi nak cakap, hargailah frontliners kita.Bukan mudah tau nak jaga pesakit covid ni.Nak masuk kena pakai complete PPE.Bila diorang bukak je set PPE tu, memang nampak basah lencun baju mereka.Korang tau tak betapa panasnya PPE yang diorang pakai tu? Jadi bila kita disana, bersabarlah sedikit.

Umi ditempatkan di Wad Lavender.Bersyukur sebab wad yang bersih dan selesa.Dekat wad tu dibahagikan kepada mereka yang belum di swab test dan sebelahnya yang dah positif.Jadi umi tak boleh la nak pergi ketempat mereka.

Cuma malam masa umi dimasukkan ke wad, umi down sangat-sangat.Moga Allah terus berikan umi kekuatan untuk melawan penyakit ni.

3 April 2021

Seawal 6 pagi lagi umi dah kena swab test.Kemungkinan petang  dapatlah result.Nak tau result umi?

Nanti umi sambung ke entry part 2 ye.

 

 

2 Comments



Leave a Reply

Your email address will not be published.