PENGALAMAN MENGINAP DI THE FACE SUITES KUALA LUMPUR

PENGALAMAN MENGINAP DI THE FACE SUITES KUALA LUMPUR walaupun sekejap tapi betul-betul buat umi rasa nak tambah lagi satu malam disini.

Kalau korang perasan entry umi yang lepas tentang Itinerary percutian 4 hari 3 malam umi ke KL, Penang dan Perak, mesti korang perasan akan nama penginapan ni.Sebelum umi bertolak ke Penang, umi gerak dari JB ke KL dan bermalam disana.Disebabkan adik umi ada di KL, dan dia akan ikut sekali bawa mak dan ayah, jadi sebab tu kami naik KL.

Di KL, dia dah tempahkan siap-siap penginapan kami.Alhamdulillah semoga murah rezeki lagi, dapat belanja tido hotel lagi..hahahha.Cumanya kami tak sempat nak kemana-mana kat KL tu sebab sampai KL pun dah hampir petang.Faham-fahamlah bila masuk KL waktu petang, dia punya jem tu haduii..Insof rasa.

Bila tengok je tempat-tempat berhampiran penginapan kami ni ,uishh!! lamanya tak tengok menara berkembar Petronas dan juga Menara KL.Dan itu kami boleh lihat betul-betul di bilik kami.

THE FACE SUITES KUALA LUMPUR

Hotel semua suite unggul di bawah FACE Hospitality membuat penampilan sulungnya di lokasi utama Kuala Lumpur. Dalam jarak berjalan kaki singkat ke mercu tanda ikonik seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara KL, serta daerah membeli-belah dan hiburan yang sibuk termasuk Suria KLCC dan Pavilion. Gabungan sempurna antara kemewahan, keselesaan dan kemudahan, menjadikannya tempat yang ideal untuk menerokai bandar Kuala Lumpur yang meriah

Nak tengok lagi dekat kami ke tingkat 52 tak silap di swimming pool.Memang nampak Menara KL dan juga Menara Kembar Petronas.

the face suites kuala lumpur

Di Kuala Lumpur, kami menginap 1 malam je di The Face Suites Kuala Lumpur.Cukuplah untuk kami 3 keluarga ni.Dia macam apartment la, ada dua bilik tidur dan sangat-sangat selesa.Memang umi rekemen sangat kalau korang mencari penginapan di Kuala Lumpur ni.

the face suites kuala lumpur

Masa kami sampai di KL pun dah petang, so adik yang dok KL dia dah standby kat sini.Jadi kami tinggal masuk je dalam bilik.Bila masuk sahaja ke dalam bilik ni nampaklah ruang yang sangat luas(tak sempat nak snap semua tempat dalam bilik ni).Banyak betul tempat penyimpanan barang kat ruang ni.

Ada satu bilik dan satu bilik lain yang boleh dibesarkan ruangnya.Yang tu korang boleh google, sebab umi tak sempat nak ambil gambar masa tu.Al-maklumlah kan, travel dengan anak-anak ni cukup mencabar.Itu pun dah ajak pi swimming.Meh tengok apa yang ada di dalam bilik yang kami menginap ni

PENGALAMAN MENGINAP DI THE FACE SUITES  KUALA LUMPUR

ANTARA KEMUDAHAN YANG ADA DI THE FACE SUITES

  • Mesin basuh
  • dapur
  • Cerek air
  • Pinggan/sudu/cawan
  • Pan
  • Peti ais
  • tv
  • Iron/iron board
  • Toiletres

dan banyak lagi la.Ada juga sofa kecil yang menghadap tingkap.Bagi umi sangat luaslah.

PENGALAMAN MENGINAP DI THE FACE SUITES  KUALA LUMPUR

Memang sesuailah kalau korang keluarga besar menginap kat sini.Tapi kat sini takdelah kami ambil breakfast.Ke takde ek, umi pun lupa nak tanya adik umi tu.

the face suites kuala lumpur

Ini bilik yang menghadap tingkap kaca bilik kedua.Kat Tengah tu adalah tempat salin baju dan juga pintu ke bilik air.Bilik satu lagi tu umi tak sempat nak ambil gambarnya.Dari bilik ni korang akan nampak Menara KL.Kalau nak tengok dua bangunan ni korang kena naik ke Skydek mereka di tingkat 52 tak silap umi.Dan kat situ ada sekali swimming pool.Memang cantik view dari sini.

Ingat nak naik atas malam, tapi disebabkan anak-anak dah keletihan, jadi kami pun balik berehat jelah.Kalau esok tak fikir nak keluar awal pagi, memang nak je stay kat atas tu tengok lampu.

Dia punya lift kemain laju lagi uii.Sampai tak dengar telinga ni.Lagi satu umi suka dia ada security door access, hanya pemegang kad sahaja yang boleh nak ke tingkat tertentu.Yang takde memang ko duduk jelah kat lobby tu..hahaha.Itu sahajalah cerita tentang pengalaman menginap di The Face Suites Kuala Lumpur ni

THE FACE SUITES KUALA LUMPUR

Address: 1020, Jln Sultan Ismail, Kampung Baru, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-2168 1688

FB Page : https://www.facebook.com/thefacesuites

Umi sertakan Maps sekali untuk memudahkan korang bila nak cari residence ni.Nantilah, plan pergi lagi ke sini, nak bawak anak-anak jalan-jalan KL pulak

Loading

3 thoughts on “PENGALAMAN MENGINAP DI THE FACE SUITES KUALA LUMPUR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *