PENGALAMAN MENGINAP DI 147 ARMENIAN PARK GUESTHOUSE PULAU PINANG

PENGALAMAN MENGINAP DI 147 ARMENIAN PARK GUESTHOUSE PULAU PINANG | Macam nak sambung lagi menginap kat sini setelah seharian menghadap jem yang panjang.

Ini adalah tempat kedua penyinggahan kami setelah menginap di The Face Suite Studio KL.Dari KL kami bergerak pagi tapi malangnya kami sampai ke Penang pada waktu maghrib.Banyak sebenarnya tempat yang kami nak pergi tak dapat nak terjah disebabkan waktu terlalu singkat.

Plan asal kami akan ke Queensbay dan makan di area butterwoth, tapi tulah kan, tak kesampaian rupanya.Tapi takpelah, mungkin dia suruh kami repeat ke Penang lagi la kot.

Di Penang, kami menginap di 147 ARMENIAN PARK GUESTHOUSE.Kalau nak tau kat mana, korang boleh baca serba sedikit tentang tempat ni dibawah ni ye.

147 ARMENIAN PARK GUESTHOUSE PULAU PINANG

147 ARMENIAN PARK GUESTHOUSE PULAU PINANG.6

147 Armenian Park Guesthouse terletak di George Town, 7 minit berjalan kaki dari 1st Avenue Penang.Ia menyediakan bilik-bilik berhawa dingin dan lounge berkongsi.

Hotel ini juga hanya 3.1 km dari Wat Chaiyamangalaran. Hotel ini terletak berhampiran Muzium Kamera Asia dan 17 km dari lapangan terbang Penang (PEN-Penang Intl.). Muzium Kolonial Pulau Pinang juga terletak berhampiran hotel. Hotel yang ini berjarak 10 minit berjalan kaki dari stesen bas Weld Quay Terminal A.

Semua bilik mempunyai bilik mandi dikongsi, peti keselamatan peribadi, meja tulis dan menyeterika seluar. Ia mempunyai kemudahan dapur, seperti ketuhar gelombang mikro, pembuat kopi & teh dan peti sejuk.

Bilik yang kami inap ni boleh menempatkan seramai 10 orang.Terdapat 2 katil double decker, 2 katil queen dan ruang yang selesa.Cuma lantai kayu, jadi kalau anak-anak berlari tu boleh dengar lah..Jadi kenalah anak-anak behave kat dalam bilik tu.

Bilik kami dibahagian atas, dan kena naik tangga untuk ke atas.Cuma kesiannya masa kami datang tu, mak kena sakit lutut, jadi sangat kesian untuk dia naik turun bilik air.

Plan asal kami nak menginap di hotel, tetapi memandangkan kami ramai, jadi guesthouse adalah yang terbaik.

Umi suka dengan suasana kat sini, kalau korang takde aktiviti nak keluar ke mana-mana, boleh la sewa scooter dan motor di Guesthouse ni jugak.Depan guest house tu ada taman untuk lepak-lepak.

Ada juga Cafe berdekatan dengan Guesthouse ni yang korang boleh jumpa hanya dengan berjalan kaki.Rugi tak dapat nak masuk satu coffee house kat situ.Sebabnya kami dah kenyang makan nasi kandar.Eh, umi tak makan.Tak tau kenapa tak boleh nak makan.Mungkin faktor keadaan kedai tu kot.

Plan asal nak ke Nasi Kandar Viral di sekitar sini, tapi masa kami lalu pun dah beratur panjang, jadi tak jadi kami ke sana.

Kami makan Nasi Kandar di tempat berhampiran Guesthouse je.

Inilah rupa Nasi Kandar yang kami makan disitu.Masa pergi sini pun banyak yang dah habis.

Setelah habis sepinggan haruslah kami berwefie sebelum jalan-jalan disekitar sini

Sebelum tu jom umi tunjukkan bilik kami yang berada di tingkat atas dan merupakan bilik yang besar disini.Bilik kami boleh memuatkan lebih dari 10 orang.Sangat luas dan berbaloilah kalau korang datang dengan keluarga yang ramai.

Cumanya bilik air, tempat makan, tempat gosok baju, segala pinggan dan air semuanya ada di tingkat bawah.Baru 1st time umi menginap di guesthouse.Macam nilah rupanya kan.

Bilik kami menempatkan dua double decker dan juga 2 katil Queen.

Tengoklah bebudak ni sampai je terus campak beg-beg kelantai.Excited nau dengan lantai kayu yang berbunyi bila berlari.Macam dekat kampung pulak ganyanya.

Walaupun aircond cuma satu, tapi dia punya kuat, mak oii.. memang terasalah.Bantal dan tuala sangat mencukupi.

Dibawah ni pula ruang dapur dan bilik air.Jadi kenalah turun ke bawah bila nak kebilik air.Buatnya tengah malam nak pi bilik air, naya weh..hahahha

Ada dua ruang makan satu betul-betul dihujung dan satu lagi di pintu nak masuk bilik.

Lepas settle semua mandi, kami pun lepak-lepak kat luar.Kat luar tu ada taman dan korang boleh menyewa scooter dari guesthouse ni.Boleh la jalan-jalan sekitar sini untuk melihat pemandangan malam.Best weh! Umi suka dengan suasana old town kat sini.Best betul

Ingat nak pekena coffee sebab kat situ ada banyak cafe yang buka.Tapi memandangkan kami ni baru je lepas makan, jadi tak jadilah kami minum-minum

Lepas tu gerak balik bilik sebab nak kena berehat awal.Esok dah nak ke Perak pulak

Segala maklumat tentang 147 ARMENIAN PARK GUESTHOUSE ni korang boleh tengok details dibawah

 

Facebook : https://www.facebook.com/147armenianpark/
Instagram : https://instagram.com/147armenianpark/

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *