Pengalaman bawa anak naik keretapi

PENGALAMAN BAWA ANAK NAIK KERETAPI KE KELANTAN

PENGALAMAN BAWA ANAK NAIK KERETAPI KE KELANTAN | Memang tak plan pun nak ikut mak ke Kelantan, tapi berubah fikiran sebab nak sangat jumpa abangli sebelum bergerak ke Mekah.

Tapi nak cerita pasal masa booking keretapi, abang umi dah cakap awal-awal, kena beli tiket awal,takut nanti dah penuh.Umi terfikir, alah mesti tak penuh sebab pergi pun bukan cuti sekolah.Lagipun pegi pun hari selasa malam.

Bila tengok tiket, tempat yang umi nak booking tu dah penuh.Tinggal katil bed yang belah atas je tinggal.Nak taknak, booking je terus.Tiket balik pulak dah memang kehabisan.Jadi umi balik naik bas je.Alhamdulillah selesa sangat.

Ini kali pertama mereka berdua naik keretapi.Naik bas si adik dah dua kali rasanya dan kakak sekali.

PENGALAMAN BAWA ANAK NAIK KERETAPI KE KELANTAN

Dari sebelum pegi Kelantan lagi anak-anak dah sibuk menanya bila nak pegi.Sampai bosan umi dengar.Sampai ke hari nak pergi tu, tak nampak keretapi pun dah banyak tanya.

Malangnya untuk trip ni umi dapat tempat tidur tetapi diatas.Kesianlah kat nenek sebab kena panjat naik atas kan.Umi ambil 2 seat tempat tidur dan 2 seat kanak-kanak biasa.Sebab diorang pun tido dengan umi jugak nanti.

Kakak tidur dengan nenek, adik tidur dengan umi.Dengarnya seat untuk tempat tidur dibahagian bawah memang full sampai bulan 12.Rupa-rupanya ada satu group besar yang akan ke Dabong Kelantan.Patutlah penuh kan.

Yang bestnya, tak sangka dapat jumpa dengan rakan blogger yang umi kenal di alam maya sahaja iaitu Saidila.Mula-mula nak tegur tapi risau pulak salah orang.Tapi kalau tengok betul-betul memang itulah orangnya.

Nak taknak umi tegur jugaklah kan.Rupanya betullah dia..Dan seorang lagi blogger iaitu Tati Mansur.

PENGALAMAN BAWA ANAK NAIK KERETAPI KE KELANTAN

Masa ni dah pagi kot umi jumpa dia.Oklah… cerita pulak sebelum naik train.Umi memang dah siap bekalkan diorang dengan jajan sebab tau diorang akan bosan bila dalam keretapi ni.nak-nak kena bed atas kan.Tak boleh nak turun naik sangat.Risau jatuh je.Jadi lepas keretapi dah berjalan tu, umi tunggu staff ktmb check tiket dulu.Lepas tu barulah umi dan nenek ke Cafe di sebelah coach kami.Coach 6 betul-betul hampir dengan cafe keretapi.

Bolehla lepak lama-lama sikit memandangkan cafe tak penuh dengan orang.Menu macam biasalah, macam makanan kantin je.Jangan ler expect ko pegi Cafe mewah ye.Itu pun dah bersyukur dapat jugak makan-makan dalam keretapi tu.Pekena air panas malam-malam paling best.hahaha

 

 

Menu kami malam tu ialah nasi goreng dan mee goreng bersama teh.kopi dan teh ais.Kemain bebudak ni excited sana sini macam kat rumah diorang buat.

PENGALAMAN BAWA ANAK NAIK KERETAPI KE KELANTAN

Lama jugaklah kami lepak kat cafe ni.Lepas tu pergi bilik air dan naik tidur.Biasalah kan, adik jugak taknak tidur lagi sebab dia suka tengok kawasan luar.Umi pulak kemain risau ek bila tengok kat luar yang gelap gelita tu.

Setiap kali sampai ke station berhenti umi akan bangun.Sebenarnya tak boleh tidur sangat.Tidur-tidur ayam jelah dalam keretapi tu.

Bila waktu pagi tu pulak, lepas solat terus kami ke Cafe untuk minum pagi.Nak solat korang faham-faham jelah nak buat macam mana.

PENGALAMAN BAWA ANAK NAIK KERETAPI KE KELANTAN

Menu breakfast kami.Rasa nak minum air panas tu 2 cawan sebab sejuk sangat pagi tu.Uih..nasib baik umi bawak sweater untuk umi dan anak-anak.

Lepas makan tu anak-anak memang dah tak boleh tidur dah.Kami ni kira antara station terakhir kat kelantan iaitu Tumpat.Jadi lepas je rombongan group tadi turun ke Dabong, sunyilah balik.Takdelah riuh macam sebelumnya.

Baca juga : Tips bawak anak-anak naik pengangkutan awam

Tapi seronoklah dapat kenal makcik-makcik yang peramah tu.Bila diorang dah turun kami pindah duduk kat bawah.Masa tu bebudak pun dah berlari-lari dalam coach.Kemain lagi diorang meneroka.Dapatlah jumpa kawan dalam keretapi tu.

Alhamdulillah kami sampai ke Tumpat dalam pukul 12 lebih.Lebih kurang nak dekat pukul 1 jugaklah.

Takpelah kan sesekali bagi merasai pengalaman menaiki keretapi untuk anak-anak ni.Next time kita ke Kluang pulak.

Kita abadikan gambar dalam train kat blog ni ye.Mana tau nanti anak-anak boleh baca bila umi dah takde nanti.

Nantilah plan.Ini pun tak puas nak bercuti kat kelantan tu.Paling sukalah duduk dekat rumah abang umi tu.tenang je rasanya duduk kampung.

Tak salah dia berhijrah ke kampung walau masa tu kami semua tak setuju dia ke Kelantan.Tapi tengoklah sekarang ni,Masyallah sungguh memang tak rugi.

Tips untuk korang, belilah tiket sebulan atau dua bulan lebih awal bila nak naik keretapi ke Kelantan.Jangan fikir ala, bukan cuti sekolah pun.Oh tidak ye.Keretapi sentiasa penuh nak-nak yang tempat tidur.Jadi kena rancang lebih awal supaya perjalanan korang tu smooth je.

Boleh check kat sini : KTMB

Oklah, nanti umi cerita ke mana umi pergi masa ke kelantan tu.Tak banyak gambar yang umi snap sebab apa tau, tak sempat nak pegang phone pun.Tak sempat nak charge orang dah ajak berjalan..haduii.Nasib baik larat, kalau tak mau melepek dah. hahaha

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *