Pendarahan Ringan Semasa Hamil Yang Perlu Korang Tahu

Pendarahan Ringan Semasa Hamil Yang Perlu Korang Tahu

Pendarahan Ringan Semasa Hamil Yang Perlu Korang Tahu | Siapa yang tak risau apabila pendarahan berlaku semasa kehamilan.Nak pulak ini adalah pengalaman pertama seorang ibu.

Pernah terjadi pada umi satu ketika dahulu.Kejadian yang menakutkan bila ada pendarahan berlaku.Kalau ikutkan hati malam tu jugak nak ke klinik, tetapi masifh boleh kawal dan umi cuba positifkan diri supaya tidak terlalu panik.Maklumlah pertama kali mengandung.Mestilah takde pengalaman kan dalam bab tu.
 
 
Risau juga bila terdengar cerita tentang keguguran di trimester pertama.Yelah, bukan masa yang sedikit untuk umi  tunggu berita yang menggembirakan ini.. Masa Disahkan hamil 6 minggu,Allah je yang tau perasaan umi dan babah.Masa tu dah kahwin lebih dari dua tahun tapi rezeki belum berpihak kepada kami.
 
Tapi bila dah dapat berita macam tu,Siapa yang tak gembira kan.. Sebab tu bila berlaku perkara perkara macam tu membuatkan hati nie tak senang.
 
Jadi carilah segala info tentang pendarahan ringan ketika hamil ni.Yelah, nak tau jugak samada ianya normal atau pun tidak.
 

APA ITU PENDARAHAN RINGAN SEMASA HAMIL DAN ADAKAH IANYA NORMAL?

Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat.

Adalah normal bagi ibu-ibu  merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Dalam kebanyakan kehamilan, pendarahan ringan tidak mendatangkan masalah dan dianggap sebagai “salah satu perkara biasa sahaja”. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mengambil serius terhadap sebarang pendarahan semasa kehamilan dan mendapatkan pemeriksaan doktor.

Sumber :sini

Begitulah ceritanya tentang pengalaman pertama umi mengandung.Tiba-tiba rindu nak mengandung lagi, tapi apakan daya kan, kita hanya merancang tetapi Alla yang menentukan.

Dapat dua orang ni pun umi dah rasa bersyukur sangat dapat menumpang kasih diorang.Manalah tau kan, bila umi dah tua esok, ada juga orang yang boleh tumpangkan umi.

 

15 Comments

  1. jaga kesihatan kak, selalu refer dengan doc, semoga keadaan akk baik2 je ya…rest banyak2…jangan buat kerja berat 🙂

  2. Hati2 dear.awal2 prgnnt jgn buat kkje kuat sgt 😉

  3. akak, jaga diri baik2. hati-hati.. semoga dipermudahkan segalanya..

  4. semoga akak n baby sihat 🙂 jangan lupa banyak berehat ye kak

  5. Assalamualaikum kak, Allahuakbar! taniah akak dan suami. cahaya mata yang ditunggukan selama ni. yeayyy anak kita lahir tahun ni. yahoooo boleh laga2 perut kita. hihi akak, sheila pun ada pendarahan sikit. terus cuak dan pergi klinik buat scan. alhamdullilah dah ada heart beat, terus doc bagi ubat kuatkan rahim. lepas seminggu terus takda darah. syukur Ya Allah, skrg baby dah mula gerak2. akak sila jaga kesihatan baik2 ye. i missed you, heeee 🙂

  6. kak, jaga diri kak, jangan lasak…. jangan stress, ok kak!!.. bykkan rehat tau..

  7. jaga kandungan elok2 ye..& jaga diri .in sha Allah semuanya baik2 je..

Leave a Reply

Your email address will not be published.