Pendaftaran Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2024/2025

pendaftaran-tahun-1-darjah-satu

Pendaftaran Murid Tahun 1 2024 dibuka pada 1 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023 bagi kanak-kanak yang lahir dari 2.1.2017 hingga 1.1.2018.Bagi ibubapa atau penjaga perlu ambil perhatian berkaitan maklumat penting mengenai proses dan cara pendaftaran tahun 1 sesi 2024/2024 yang boleh dibuat secara atas talian(online)

Permohonan Atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia(termasuk Sabah dan Sarawak)

Syarat Permohonan Untuk Murid Tahun 1 sesi 2024/2025

Permohonan ini terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Baca Juga : kriteria memilih tadika

Cara Daftar Tahun 1 Sesi 2024/2024

pendaftaran tahun 1 2024

Aplikasi permohonan dan pendaftaran secara atas talian/online boleh dibuat di Sistem Modul Pengurusan Awam(idMe) Kementerian Pendidikan Malyaisa dipautan seperti berikut

pendaftaran tahun 1 2024.1

Cara Daftar Pelajar Tahun 1 Secara Online

  • Bagi pengguna yang sudah menggunakan website diatas, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  • Untuk pengguna baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna
  • Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID pengenalan Penjaga

Isi borang permohonan pendaftaran mengikut maklumat yang diperlukan seperti berikut:-

  • Maklumat Prasekolah/Tadika
  • Profil Kesihatan
  • Rekod Imunisasi Kanak-kanak
  •  

Cara Mohon Tahun 1 melalui Sistem IdMe

  1. Layari laman idMe KPM
  2. Klik daftar baru untuk pengguna pertama
  3. Masukkan maklumat yang diminta
  4. Tick saya bukan robot dan masukkan no yang diberikan dan klik daftar
  5. Selesai Daftar maklumat, log masuk semula ke sistem menggunakan nombor kad pengenalan yang didapati melalui email dan klik Daftar masuk kemudian tukar kata laluan baru.
  6. Pada paparan utama, klik Modul Pengurusan Awam
  7. Pilih Pengurusan Profil dan kemaskini maklumat peribadi yang diperlukan
  8. Selepas itu, buat permohonan e-Daftar tahun 1 di bahagian Permohanan kemasukan
  9. Klik Mohon di bahagian tindakan pada nama anak yang dipaparkan
  10. Pilih sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal
  11. Muat naik dokumen yang diminta mengikut saiz dan format yang ditetapkan
  12. Buat Pengesahan permohonan dan cetak borang permohonan untuk dihantar ke sekolah bersama borang sokongan

Cetak Borang dan Hantar dokumen yang diperlukan ke Sekolah

Permohonan yang berjaya di daftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah.Ibubapa perlu membawa cetakan borang permohonan ke Sekolah yang dipohon untuk proses perakuan/Pengesahan pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka.

Dokumen yang perlu dibawa bersama ialah

  • Salinan permohonan online
  • Sijil lahir kanak-kanak beserta 1 salinan
  • Kad pengenalan ibubapa/ penjaga beserta 1 salinan 
  • Surat nikah/ cerai bersama 1 salinan
  • Salinan bil elektrik, bil air, cukap pintu untuk bukti tempat tinggal
  • Sampul surat bersaiz standar dan setem( saiz sampul surat dan harga setem ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri yang dipohon)
  • Laporan kesihatan doktor dan Kad OKU(jika berkenaan)
  • Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi

 

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Penempatan Tahun 1

Tarikh untuk menyemak keputusan permohonan penempatan tahun1 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my pada 1 hingga 30 Oktober 2023

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *