Pendaftaran Atas Talian Kemasukkan Prasekolah dan Tahun 1 2020

Pendaftaran Atas Talian Kemasukkan Prasekolah dan Tahun 1 2020 | Disebabkan umi bercuti pada hari jumaat yang lepas, jadi umi tak ingat langsung tentang pendaftaran kemasukkan Prasekolah dan Tahun 1 2020 ni.

Pendaftaran Atas Talian Kemasukkan Prasekolah dan Tahun 1 2020

Nasiblah ternampak status kawan umi yang dahpun mendaftar secara online kemasukkan Pra sekolah anak dia.Nasib baik boleh daftar menggunakan aplikasi mobile.Jadi sempatlah umi mendaftar nama Kakak Fiyah untuk ke sekolah Pra Sekolah tahun hadapan.Plan umi dan mama nak teruskan je dia ke kelas Genius Aulad.Tapi disebabkan senang nak teruskan ke Tahun 1,So kami decide untuk masukkan dia terus ke sekolah kebangsaan.

Petang Jumaat tu jugak umi cuba nak masuk dan mendaftar ke website yang telah ditetapkan.Seriously, kena berkali-kali jugak nak daftar, maklumlah ramai ibubapa yang mendaftar pada hari tersebut.Maka jammed lah website tu kan.

 

Tapi alhamdulillah, setelah sekian lama umi mencuba untuk mendaftar, akhirnya berjaya jugak.Kakak dahpun di tempatkan di Sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal dia sekarang ni.

Pendaftaran Atas Talian Kemasukkan Prasekolah dan Tahun 1 2020

Buat masa sekarang ni, umi hantar kakak untuk belajar ke kelas fonik je.Itu pun kelas pada hari jumaat sahaja.Boleh lah kan dari dia terus tak bersekolah.Selain tu, umi memang sediakan pelbagai aktiviti homeschooling di rumah.So,mama boleh monitor kerja-kerja dia di rumah.

So, kalau ada ibubapa yang masih lagi belum mendaftar korang bolehlah mendaftar selagi permohonan masih dibuka.Ibu bapa boleh memilih samada memohon secara online atau terus ke Sekolah 

Permohonan dibuka pada 1 Mac 2019

Permohonan ditutup pada 30 April 2019

So, umi share dahulu apakah syarat kelayakkan untuk mendaftar anak untuk ke Prasekolah

SYARAT KELAYAKKAN PERMOHONAN KE PRASEKOLAH TPM

  1. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari  2014 hingga  15 Januari 2016 sahaja yang layak  untuk memohon

PEMILIHAN MURID

Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.

 

PEMILIHAN SEKOLAH

Pemilihan sekolah adalah satu pilihan sekolah sahaja

 

So, untuk info lanjut boleh la korang melayari website KPM seperti di bawah ni.

Umi tinggal nak siapkan dokumen dan hantar cepat-cepat ke Sekolah yang umi dah pilih.Harap semuanya berjalan dengan lancar.

 

PORTAL RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *