Pembukaan CU Mart Di Mount Austin

Pembukaan CU Mart Di Mount Austin baru-baru ni umi tak lepaskan peluang la untuk meninjau cawangan mereka tu.Ini adalah cawangan kedua di Johor Bahru

Seawal pagi lagi umi dah terpacak depan pintu kedai menyaksikan perasmian pembukaan cawangan di Mount Austin ni.Sebelum ni dengar-dengar je orang cerita tentang CU Mart yang di Korea tu.Jangan tanya umi pulak pasal makanan Korea ni sebab umi bukanlah peminat tegar makanan Korea ye.Setakat Kimbap dengan Tteobokki tu taulah.Selain tu Kimchi dan maggi samyang mereka memang umi dah pernah cuba sebelum ni.

Jadi bila dapat je jemputan ke sana, umi terus setuju.Hah!! rupanya banyak makanan korea yang umi belum cuba ye.Tapi nak mencuba makanan Korea ni korang kenalah check dulu ingredients yang ada dalam tu sebelum makan.

Mungkin ada yang takde cop halal tapi kalau kita tengok bahan yang digunakan tu selamat, tepuk dada tanya seleralah ye.

So, Tahniah kepada CU Mart yang sudahpun membuka dua cawangan di Johor Bahru ni.Lepas ni mesti lagi banyak kan.Macam Family Mart tu yang dah macam cendawan tumbuh kat Johor ni.

Apa pun alhamdulillah, rezeki pada mereka yang mencari pekerjaan.Banyak lagi peluang pekerjaan yang boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Pembukaan CU Mart Di Mount Austin

Umi suka section ni sebab banyak makanan READY TO EAT yang korang boleh pilih.Ada Gimbap, ada nasi dan lain-lain lagi tetapi menu Korea.

Pelbagai jenis Kimchi dari segi packaging dan juga rasa dia.Jadi pepandailah korang memilih.Kimchi ni ada yang kena dek tekak dan ada yang tak kena pada tekak umi.So, sebab tu kena try and error.Teringat Kimchi yang ada di Yuzu Japanese.Rasa cafe tu pun dah takde.Memang sedap dia buat kimchi.

 

Pembukaan CU Mart Di Mount Austin

Pelbagai jenis minuman dari Korea yang korang kena cuba kat sini.Geram umi tengok latte tu tau.

Pembukaan CU Mart Di Mount Austin

Trylah satu gimbap dia.Not bad jugak la kan.Kalau was-was amik yang vege tu ek.

Tteobokki panas-panas dan oden pun ada ui.Jadi bolehla korang rasa.

Pembukaan CU Mart Di Mount Austin

Corndog pun ada jugak disini.Samalah jugak dengan Pau.Tapi diorang tak panggil pau la.Umi lupa pulak nama dia apa.

Lepas dah melilau cari itu dan ini, Umi grablah jugak maggi samyang dua paket tapi tak taulah bila nak habiskan tu.Bukannya bebudak ni makan pun.

Lepas dah penuh bakul, moh ler cari jalan pulang.Tapi sempat bawa anak-anak piknik kat Taman Adda Height tu sekejap.Lawo betul tempat tu, nak photoshoot kat situ pun cantik ui.

Memandangkan babah kerja masa tu, jadi umi, moksu dengan budak-budak ni jelah pergi.Sampailah pukul 11 kitorang kat situ.Ikutkan nak gi satu tempat tu, lupa plak nama dia.Tapi macam tak sesuai nak piknik.

Oklah…Nanti korang orang JB yang nak merasa makanan Korea tu waze jelah CU Mart tu, Insyallah sampai.

 

Till meet again

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *