Pembakaran Tembakau Yang Membahayakan Kesihatan

Pembakaran Tembakau Yang Membahayakan Kesihatan bukan sahaja kepada perokok malah mereka yang ada disekelilingnya.Merokok sangat membahayakan kesihatan apatah lagi mereka yang mempunyai penyakit.

Kalau dilihat purata mereka yang merokok ni masih lagi tinggi dan ianya sangat membimbangkan kerana jelas dilihat mereka yang tegar rokok ini boleh membawa kemudaratan kepada perokok itu sendiri.Tabiat merokok ni sudah menjadi kebiasaan bukan sahaja di kalangan masyarakat kita malah di seluruh dunia.
Bagi perokok, ia menjadi sumber yang memberikan kelegaan dari tekanan hidup.Ada pun ia juga menjadi trend kepada perokok untuk merokok menjadi orang hebat dan maskulin di mata orang disekeliling mereka.

Tetapi sedarkah mereka yang tabiat merokok ni memberi kesan kepada mereka dan orang sekeliling?Adakah mereka tahu kandungan rokok yang merbahaya kepada mereka?

Ada juga ahli keluarga umi yang merokok dan mereka sendiri tahu akan kesan merokok kepada kesihatan mereka.Pernah juga beberapa kali umi beri teguran kepada mereka.Tetapi tetap tidak hiraukan kesan akibat merokok ni.

Pembakaran Tembakau Yang Membahayakan Kesihatan

KANDUNGAN ROKOK YANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN


Seperti yang kita tahu terdapat 7000 bahan kimia di dalam rokok dan sebanyak 70 bahan yang dikenali menjadi punca kanser.Antara bahan utama rokok yang membahayakan kesihatan dan bagaimana ianya boleh menyebabkan kesihatan terganggu? Lihat beberapa bahan kimia diatas yang menyebabkan ianya menjejaskan kesihatan kita

  • Tar – Menganggu fungsi paru-paru
  • Arsenik – Bahan yang terdapat dalam racun tikus
  • Formaldehida- Menyebabkan iritasi pada sel dan saluran pernafasan.Ia berisiko mendapat kanser hidung dan trakea.
  • Amonia – Menganggu pembuluh darah dan jantung
  • Benzena – Bahan Kimia organic yang mudah terbakar mengakibatkan sumsum tulang rosak

    Dan bahan lain yang membahayakan ialah Nikotin, Hidrogen sianida, plumbum dan Aseton.

Bahaya Asap Rokok kepada Manusia


Dalam kita tidak sedar, apabila tembakau ini dibakar, ia boleh mencapai suhu sehingga 900 darjah Celsius dan suhu yang melampau ini akan menjadi masalah apabila korang merokok.


Pembakaran tembakau menghasilkan asap yang mengandungi lebih dari bahan kimi yang berbahaya kepada kesihatan manusia.Lebih dari 100 bahan kimi ini telah dikelaskan sebagai penyebab penyakit yang berpunca daripada asap rokok.


Apabila tembakau dibakar, ia menghasilkan lebih 7,000 bahan kimia baharu yang berbahaya, dan hanya satu sedutan juga boleh membebaskan lebih daripada 70 bahan kimia penyebab kanser! Dan apabila sedutan ini dilepaskan ke persekitaran, mereka membawa bersama mereka senarai panjang penyakit berkaitan merokok kronik seperti kanser, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), penyakit jantung, strok dan banyak lagi – memudaratkan bukan sahaja perokok, tetapi juga sesiapa sahaja yang melalui dan berkongsi udara tercemar yang sama.


Jika 7,000 sebab ini tidak mencukupi, atau mereka telah mencuba dan gagal selepas banyak percubaan, mereka harus mengelakkan rokok yang mengandungi tembakau DAN melibatkan pembakaran. Beralih kepada pilihan yang kurang berisiko, seperti e-rokok atau alternatif HNB (heat-not-burn) yang tidak membakar tembakau, oleh itu tidak menghasilkan karbon monoksida dan bahan kimia berbahaya yang lain.

Itu baru kita bercakap pasal kesan tembakau terhadap perokok.Tapi apa pula kesan terhadap mereka yang bukan perokok tetapi dikategorikan kepada penghidu asap rokok?


Sudah semestinya mereka juga menjadi mangsa kepada asap rokok yang membahayakan kesihatan tu.Bukan perokok juga boleh mendapat penyakit yang berpunca daripada asap rokok perokok apabila korang menghisap rokok berdekatan dengan mereka.

Kalau kita sayangi keluarga kita dan tidak mahu mereka juga mendapat ancaman dari asap rokok yang membahyakan ini, perlu kita sedia maklum untuk menghindari dari pengambilan rokok mengandungi tembakau yang boleh memudaratkan mereka.

Sebab tu umi paling tak suka bila masuk ke restoran dan ada perokok yang tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya merokok di dalam premis makanan.Walaupun telah ditetapkan tidak boleh merokok di dalam premis makanan, mereka tetap berdegil untuk hisap juga didalam premis.
Ambillah iktibar dari perokok-perokok yang telah menyebabkan nyawa orang lain melayang dek kerana pencemaran asap tembakau ini.


MENGAPA PERLU BERHENTI MEROKOK?


Tak perlu umi nak terangkan lebih lanjut kerana semua tahu merokok memberi keburukan kepada semua orang.Dan kepada yang masih belum tahu kenapa perlu berhenti merokok, meh la umi jelaskan mengapa seperti di bawah ni-

  • Merokok memberi kesan buruk kepada orang sekeliling terutamanya ahli keluarga
  • Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan dan mati selepas dilahirkan.
  • Kanak- kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan mereka sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.

TEKNIK 12 M UNTUK BERHENTI MEROKOK

  1. Melengah-lengahkan – Tunggu 5 minit atau katakana nanti sebentar.
  2. Menarik nafas Panjang – Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air – Terutama air masak dan elakkan minuman berkafein.
  4. Menyibukkan diri – Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri – Daripada orang yang merokok
  6. Mengelakkan diri – Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  7. Mengunyah sesuatu – Seperti chewing gum atau buah-buahan dan elakkan yang manis
  8. Membasuh tangan selalu
  9. Mandi dengan kerap
  10. Meregangkan otot
  11. Meditasi
  12. Memohon doa

Itulah antara Teknik yang disyorkan untuk berhenti merokok.Semoga para perokok sentiasa diberi kesedaran tentang bahaya merokok bagi kesihatan mereka.

Bercerita tentang bahaya pembakaran tembakau ni, mengingatkan umi kepada kempen kesedaran dari Harm Awarenes Association yang selalu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang aspek pengurangan kemudaratan merokok ni.


Persatuan Kesedaran Kemudaratan ini menyokong usaha memastikan orang ramai sedar bahawa mereka mempunyai pilihan – sama ada untuk berhenti/mengurangkan merokok, perancangan keluarga, isu berkaitan kesihatan. Apa yang mereka mahukan ialah setiap pengguna, terutamanya di Malaysia dapat membuat keputusan termaklum yang akan mengurangkan bahaya tabiat dan tindakan mereka yang boleh atau mungkin memudaratkan mereka dalam jangka pendek dan panjang.

Jadi kita sayangkan diri dan keluarga, berhentilah dari menjadi perokok dan amalkan cara hidup yang sihat bukan untuk diri kita malah keluarga kita.
#TobaccoHarmReduction

 

Sumber : https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/kandungan-rokok
https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/42-tips-berhenti-merokok.html
https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/kesan-merokok

Loading

5 Comments

  1. memang susah nak berhenti merokok, nampak sendiri dalam keluarga..tapi kena usahakan juga untuk kesihatan masa hadapan..

  2. Moga yg hisap rokok dapat hidayah. Perokok membahayakan orang sekeliling terutamanya budak2

  3. Merokok mmg bahaya. Tapi kalau jenis yang dh merokok sush nak berhenti. Cakap apa pun tak jalan. Just doakan je dia boleh berhenti merokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *