PineTree marine Resort

Pemandangan Menenangkan di PineTree Marine Resort

Pemandangan Menenangkan di PineTree Marine Resort | Masih tak boleh Move on dengan suasana yang sangat indah dan menenangkan di sini.

Rasanya umi pernah sekali je sampai ke sini, tapi tak pernah lagi memandang pada hotel yang terletak di sekitar Puteri Harbour ni.Sampailah umi berpeluang untuk menginap di Pine Tree Marine Resort selama 2 hari 1 malam.

Pine Tree Marine Resort ni bersebelahan je dengan fraser Place Puteri Harbour, kira dia macam bangunan berkembar la antara dua hotel ni.Mesti korang nak tau kan apa bestnya kedua-dua hotel ni.Masing-masing ada keunikkan masing-masing.Dan hotel Pine Tree ni mempunyai view cantik yang menghadap laut.Itu memang paling umi suka.

PineTree ni juga merupakan tempat yang strategik berdekatan dengan Legoland, Horizon Hills Golf and country club, Sunway Big Box dan shopping mall.

Masa menginap di sana, umi berada di tingkat 18 di Premium Bedroom.Memang sangat luas dan bersih.Cukup lengkap dengan facilities yang ada di dalam Premium Bedroom ni.Nak cari hotel ni pun mudah sangat-sangat tau.Confirm korang tak sesat.hahah

Menginap di PineTree Marine Resort 2 Hari 1 Malam

Premium bedroom yang umi stay tu ada 3 bilik tau.And salah satunya adalah master bedroom.Memang sangat luas untuk korang yang ada family besar.Berangan nak bawak bebudak ni nanti ke sini.Kemain si Auni tu suruh umi balik masa umi stay kat sini.Haduiiilah anak dara sorang tu, memang tak boleh kalau takde umi tau.Jom kita tengok apa kemudahan yang ada dalam ni and sesuai ke kalau kita bawa budak-budak menginap?

 

Antara kemudahan yang ada di dalam Premium Bedroom 

  • Ruang tamu yang luas
  • 3 bilik air
  • Bilik menghadap laut
  • Peralatan dapur yang lengkap
  • Mesin basuh dan pengering 
  • Iron & Iron board
  • Peti ais
  • Kelengkapan mandi yang lengkap
  • Tv di dalam setiap bilik

Meh umi share pulak dengan korang gambar-gambar yang umi ambil semasa di sana.

Master bedroom

Master bedroom ni luas dan didalam bilik air ada sekali bath tub.Ada balkoni yang boleh korang lihat view cantik dari balkoni ni.

Ni bilik kedua yang besar dan ada bilik air sendiri di dalamnya.Ada sedikit ruang di tepi tingkap untuk korang bersantai sambil melihat laut.

Bilik ni tiada bilik air di dalamnya tetapi jangan risau, sebab bilik air tu berdepan je dengan pintu masuk bilik.So, tak perlulah risau berebut nak mandi

Jom tengok pulak ruang tamu yang ada di dalam Premium Bedroom ni.

Korang sendiri boleh nampakkan betapa luasnya ruang tamu bilik ni.Dan di tengah-tengah tu adalah ruang makan dan ada juga table di tepi dapur .

Luas kan? memang berbaloi sangat-sangat menginap kat sini tau.

Nampak tu dapur yang serba lengkap macam kat rumah dah.Ada microwave, dapur memasak dan peti ais.Nak beli barang dapur pun boleh dapatkan dipasaraya yang berdekatan dengan hotel ni.

Umi suka sangat dengan persekitaran di Hotel ni.Petang-petang tu dapat beriadah dengan anak-anak di bawah pun dah ok. Pemandangan Menenangkan di PineTree Marine Resort memang sangat-sangat kita perlukan bila kita dah penat bekerja, nakkan ketenangan dan keindahan untuk menjamu mata yang dah penat dengan bebanan kerja.

Kemudahan lain di PineTree Marine Resort

  • Kids Room
  • Bilik Sauna
  • Bilik Steam
  • Swimming pool
  • Library
  • Gym
  • Changing Room
  • Wifi

 

 

Untuk Breakfast pula sementara ni mereka akan hantar terus ke bilik.Ada facilities yang masih ditutup sepanjang MCO.Nanti mereka akan announce bila mereka akan buka segala facilities yang ada.

PineTree marine Resort

Pengalaman umi menginap 2 hari 1 malam di PineTree Marine Resort

So far boleh umi katakan ianya sangat-sangat best.Lagi best kalau diorang dah buka swimming pool, kids area dan kemudahan lain-lain tu nanti,Nak cari makan disekitarnya pun mudah.Ruang yang bersih dan kemas tu buat rasa nak duduk lebih lama lagi.

 

Oklah kalau korang nak merasai pengalaman yang sama macam umi, boleh terus contact details dibawah ni ye

And sebelum tu, Umi nak bagitahu kat korang, Pembelian 1 Bedroom korang akan dapat 2 bedroom Apartment!!

Gunakan Voucher ni ye : 

 
? Weekday Exclusive
RM 260.00nett with breakfast for 2
Discount code WENOV11
 
? Weekend Getaway
RM 370.00nett with breakfast and hi-tea buffet for 2
Discount Code WGNOV11
Valid until 1 May 2021.
We are operating with strict Covid-19 SOPs.
Book it now:
? : www.pinetreemarinaresort.com (apply Discount Code)
? : enquiries@pinetreemarinaresort.com
? : +607-266 8288

 

Loading

2 Comments

  1. serious cantik. lawa gila gambar akak amik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *