menginap di holiday inn jbcc

Peluang Jadi Junior Masterchef Di Holiday Inn JBCC Sempena Cuti Sekolah

Peluang Jadi Junior Masterchef Di Holiday Inn JBCC Sempena Cuti Sekolah | Hari tu umi berpeluang untuk menginap 2D1N di Holiday Inn JBCC untuk pakej Family Fun Retreat dari 25 May sehingga 22 June 2024.

Bagi umi yang tak suka nak berjalan di tempat-tempat yang sesak dengan kenderaan ni, memang sesuai sangat untuk ambil pakej ni.Hanya dengan menginap di satu tempat, kita boleh pergi beberapa tempat lain untuk bawa anak-anak berhibur tanpa perlu keluar dari bangunan tersebut.

Tapi umi takdelah suruh korang untuk jadi macam umi ni, ikut pada masing-masing.Kalau ada yang suka untuk ke sana sini jarak tempat dengan hotel tu terpulang.Tapi Pakej yang Holiday Inn JBCC ni buat, confirm buatkan korang puas hati dengan pakej yang diberikan oleh pihak Holiday Inn.

Ini umi cerita pengalaman kedua  umi menginap di Holiday Inn JBCC selama 2D1N bersama anak-anak umi.Kali ni babah tak ikut so, umi bawa adik umi lah kan.Masa penginapan pertama tu anak-anak tak dapat nak berenang memandangkan masa tu covid 19 masih lagi berleluasa

 

Sebelum memulakan banyak aktiviti sempat lah kami bergambar kan.Itu memang wajib la kan.

PENGINAPAN 2D1N FAMILY FUN RETREAT PAKEJ 

Pakej ini berlangsung dari 25 Mei hingga 22 june 2024.Kali ni umi memilih King Premium room tetapi umi tambah extra bed memandangkan takut anak-anak tak selesa untuk sekatil tu.Sebenarnya muat je kalau masing-masing tidur dengan sopan.hahah.Tapi yang sorang tu kalau tidur buas dia lain macam.Sebab tu umi request untuk extra bed.

Kebersihan bilik masih lagi macam dulu, bersih dan selesa.Ditambah pulak dengan bantal yang disediakan empuk dan selesa, jadi kami tidur malam tu penuh dengan kenikmatan.aa gitu

 

Cukup lengkap dengan iron, bathrobe, minuman dan kelengkapan lain.

  

  

Selepas Check In, macam biasa kami meronda la sekejap sebelum naik ke tingkat 32, sebab anak-anak request nak mandi.

Sempatlah umi duduk kat gazeebo tu sesambil update social media.Bestlah bebudak ni sebab masa kami naik tu takde orang langsung.Jadi berendam la korang sampai pukul 4.

Lepas berenang memasing dah lapar, nak tunggu dinner pukul 7 nanti memang diorang tak menyabar.Jadinya umi ke tingkat G untuk belilah sikit makanan diorang.Itu yang untungnya bila menginap di Holiday Inn JBCC ni, boleh terus ke shopping mall diorang di tingkat bawah tu.

Malam pula kami dinner sahaja kat sini memandangkan umi nak anak-anak join Junior Chef Competition yang diadakan pada hari Jumaat dan sabtu.Bebudak ni kemain la excited nak join.Disebabkan dah biasa tengok umi dia buat pancakes kat rumah, tu yang teruja nak buat tu.Cuma kat sini, boleh la decorate pancakes macam yang ditunjukkan oleh Chef.

JUNIOR CHEF COMPETITION HOLIDAY INN JBCC

Kalau korang bawa anak-anak ke sini, boleh la join Junior Chef Competition yang diadakan pada hari jumaat dan sabtu.Hari lain takde tau.

Anak-anak akan dapat:-

  • Pakaian ala chef
  • Sijil 
  • Dan hadiah yang menarik

Masing-masing tengah sibuk decorate pancakes.Teruja betul nak buat.Kat sini anak-anak boleh belajar dari pertama membuat pancake di atas kuali sehinggalah menghias pancake tersebut.Lepas tu pancake tu boleh la dimakan oleh mereka.Nak tengok kakak flip pancake tu boleh tengok kat sini

Chef yang rajin melayan anak-anak umi dalam menghiasi pancake mereka.

Anak-anak dengan sijil penyertaan memasing.Lepas ni daah boleh la kan join junior masterchef lain pulak kan? Yang penting diorang sangat-sangat enjoy ye.Hah, itulah hasil pancake yang mereka hias.Walaupun chef dah tunjukkan gambar untuk menghiasi pancake, tapi biasalah kan, anak-anak ni bila sel-sel otak berhubung.Lagi kreatif dari kita.

FREE ICE CREAM FOR KIDS

Ye, kalau korang membuat tempahan bilik terus dengan holiday inn, dapat free aiskrim untuk kanak-kanak ye.Ia hanya valid untuk 2 orang kanak-kanak sahaja dalam satu bilik.

FAEDAH LAIN MENGINAP DI HOLIDAY INN JBCC

Pakej ni sangat menarik ye, kerana sebelum ni kan umi ada bagitau bila menginap disini, tak perlu keluar dengan kenderaan pun untuk berhibur.Dalam satu bangunan ni sahaja korang dapat membawa anak-anak berhibur.Antara Faedah lain yang korang dapat apabil menginap disini dengan hanya menunjukkan kad bilik di tempat-tempat dibawah ni, korang akan dapat 15% diskaun tau.Jadi dah banyak jimat duit.Antara tempat yang korang boleh bawa anak-anak korang berhibur ialah

SKYSCAPE MENARA JLAND

Menara ini adalah yang pertama di Johor berkonsepkan ruang hiburan di udara (aerial entertainment space). Salah satu tarikan terbaru di tengah bandar Johor Bahru yang menampilkan gabungan teknologi dan hiburan pada ketinggian 149 meter dari aras tanah, bakal memberikan pengalaman terbaik buat pengunjung.Nak tengok samada anak korang atau korang sendiri yang gayat, memang wajib datang tempat ni.

skyscape menara jland

Nampaknya anak-anak umi tak gayat ye untuk berada di atas ni.Siap nak meloncat-loncat diorang ni.Umi pulak yang risau.Selain tu di menara Jland ni, bukan hanya berada di cermin terbuka ni, ada juga aktiviti lain seperti virtual game, permainan congkak dan sebagainya.Boleh la korang tengok pemandangan sekitar bandar Johor Bahru.

TIKET MASUK SKSCAPE MENARA JLAND

MALAYSIAN

  • Adult : RM28
  • Child : RM18
  • Senior Citizen :RM23

NON MALAYSIA

  • Adult : RM38
  • Child:RM28
  • Senior Citizen : RM33

Boleh tengok video reels umi kat sini

KIDZ REPUBLIC

Hanya tunjukkan kad bilik di kaunter, korang berpeluang untuk mendapat 10% diskaun untuk pembelian tiket.Lagi la jimat kan?

Nak masuk sini, korang perlu ada stokin dan tidak dibenarkan untuk mebawa makanan luar ye. Tetapi mereka ada menyediakan pakej makanan yang boleh korang beli dikaunter tiket.

Ada juga beberapa aktiviti menarik mengikut jam yang mereka dah sediakan jadualnya dan anak-anak boleh menyertai aktiviti mereka.Tiada limit masa ye untuk masuk kat sini.Janji ada band lagi dekat tangan korang tu.Jadi mak pak boleh la berehat-rehat dalam tu sambil melayan anak-anak.

Nak tengok video reels umi di kidz republic boleh tengok kat sini 

CHUCKY CAT CAFE

Selain itu jugak, korang boleh la bermesra dengan kucing-kucing comel di Chucky Cat cafe berdepan dengan Kidz Republic ni.Macam biasa tunjukkan kad bilik dan dapatkan 15% diskaun untuk masuk ke sini.Diorang dah teruja nak main dengan kucing-kucing kat sini walaupun diroang ni sebenarnya masih takut-takut dengan kucing.Walaupun diorang bukan pencinta kucing yang sebenar-benarnya tetapi tetap nak beranikan diri mendekati kucing-kucing tersebut.

Umi and the white chucky.Berani ambil gambar kat tepi je, nak pegang tu payah sikit la kan.hahaha

Kakak pulak dia suka nak bagi makan kucing, jadi berani la sikit-sikit.

Jadi satu hari menginap disini, bermacam-macam aktiviti yang korang boleh buat.Penuh dan padat dengan aktiviti yang disediakan.

Cuma korang perlu menginap sahaja disini dan dapatkan 15% diskaun untuk setiap tempat kecuali di Kidz Republic tu ye.

DIRECT BOOKING

Untuk korang yang nak dapatkan diskaun dan pakej Family Fun Retreat ni korang boleh buat tempahan secara terus dengan Holiday Inn JBCC ni ye

Book Now: bit.ly/family-fun-retreat-offers or email us at reservation.jhbcc@ihg.com for more information.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *