PEJAM CELIK PEJAM CELIK HARI SELASA SUDAH

PEJAM CELIK PEJAM CELIK HARI SELASA SUDAH

PEJAM CELIK PEJAM CELIK HARI SELASA SUDAH | Gitulah kan kalau duduk kat rumah ni,macam tu jugak masa bekerja dulu.Menghitung hari jelah kiranya.Bilalah nak berhujung minggu.

Hari selasa dah, maknanya anak-anak sekolah lagi dua hari.Plan minggu ni kalau takde apa aktiviti luar nak la jenguk mak dikampung.Rasa macam dah lama sangat tak balik ke sana.Masa hari raya Haji hari tu pun umi tak dapat nak balik sebab beraya di rumah abang ipar di Pahang.

Ingat lepas tu nak balik la ke Kota, tapi tulah, ada jelah benda yang nak dibuat di sini.Lagipun anak-anak dah start Taekwando pada setiap jumaat petang.Jadi nak skip kelas macam sayang pulak.

Tapi kadang-kadang kalau terpaksa, kenalah jugak ponteng kelas.Sebab kelas Taekwando tu diadakan 4 kali sebulan.

Umi pulak kebetulan minggu-minggu sebelumnya ada je kerjanya.Pergi event, pergi food review,settlekan hutang review yang tertunggak, haishh macam-macam kan.Belum lagi jadi Perdana Menteri dah sibuk.

Bercerita pasal food review, eh! korang dah buat tempahan tak untuk kuih bulan, umi ada ceritakan kat entry INI tentang kuih bulan halal di Johor yang pastinya korang tak menyesal membeli.

Paling suka yang mooncake snow skin ni tau.Sedap sebab banyak perisa dia tau.Antara perisa untuk snow skin ni ialah:-

  • Durian Truffle
  • Golden Peach Truffle
  • Orange Truffle
  • Strawbery Truflfle
  • Chocolate Crunchy Pearl
  • Matcha Truffle
  • Taro Paste Truffle

Kalau korang  tak pasti mana yang korang nak beli, korang boleh terus ke Renaissance Johor bahru sebab kat lobby utama mereka ada tempat untuk tester.

Bestnya dapat mengopi ek.Tapi takde geng nak mengopi, nak pegi sorang-sorang tak syok sebab takde geng membawang.

PEJAM CELIK PEJAM CELIK HARI SELASA SUDAH

Oklah korang, nak siap-siap masuk dapur dulu.Siap masak dah boleh ambil anak sekolah,pastu sambung hantar ke sekolah.Lepas tu barulah dapat rehat sebelum bekerja semula.

 

 

 

Loading

1 Comment

  1. colorful la mooncake dia.. semoga dipermudahkan urusan pulang ke kampung nnt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *