PDPR Di Lanjutkan Sehingga 15 Julai 2021

PDPR Di Lanjutkan Sehingga 15 Julai 2021

PDPR Di Lanjutkan Sehingga 15 Julai 2021 | Keluhan berat bagi mak ayah yang terpaksa lagi menghadapi PDPR untuk tahun ini.

Walaupun rasa selamat bila anak di rumah, tetapi tetap juga berat hati apabila anak tak bersekolah.Bila tak bersekolah, segala ilmu tidak dapat disampaikan dengan baik oleh cikgu.

Lagi pulak ibubapa yang bekerja, yang anak ramai, dan yang tiada mempunyai telefon ataupun line yang baik untuk menghadapi PDPR anak.Umi sendiri menghadapi masalah apabila terpaksa luangkan masa yang lebih setiap hari untuk menghadapi PDPR ni.Kalau anak yang boleh buat sendiri takpelah jugak, ini yang masih lagi memerlukan ibubapa di sampingnya macam kakak fiyah.Dah la dia ketinggalan banyak pelajaran di tahun-tahun yang lepas.

 

baca juga : 10 rahsia nak anak bijak

Membaca pun belum betul lagi.Masih lagi 40% sahaja perkataan yang boleh dibaca.Belum pun lancar sepenuhnya.Itu pun dah tambah dengan kelas membaca online yang baru umi daftar untuk dia tahun ni.

Nasib baik juga ada dikalangan rakan-rakan umi cikgu sekolah rendah yang banyak bantu umi share umi bahan bacaan dan juga aktiviti tambahan untuk dia.

Bertabahlah menghadapi PDPR sekali lagi.Semoga angka mereka yang terkena wabak berkurangan.Dan kita sebagai ibubapa kena usaha dengan lebih kuat lagi bagi memastikan anak tidak ketinggalan pelajaran mereka.Kalau kita sayang anak, kita kenalah usaha lebih sikit dari biasa kan.

kita pun faham kesusahan para cikgu menghadapi musim seperti ini.Nak handle anak murid bukan di depan mata memang payah la.Jadi kita kena bantu jugak cikgu-cikgu bagi memastikan pelajaran sampai kepada anak.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *