Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify By Enchanteur

Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify By Enchanteur

Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify By Enchanteur | Dalam kehidupan seharian kita, pernaan sebuah kediaman bukan hanya sekadar memberi perlindungan dari panas dan hujan.Kediaman kita juga turut memainkan peranan yang besar dalam insitusi kekeluargaan, iaitu sebuah tali pengerat ikatan kekeluargaan.

Sudah tentunya ianya menjadi tempat dimana kebanyakkan memori indah yang dialami di dalam hidup kita tercipta, dan semestinya sebuah destinasi yang tidak sabar untuk kita tujui bagi melepaskan segala penat dan lelah serta untuk bermesra bersama seisi keluarga setelah seharian menggalas tanggungjawah dan beraktiviti.Maka memang benarlah kata pepatah lama turun temurun tentang “Rumahku Syurgaku”.

Sebab tu kita perlu menitikberatkan bukan sahaja kebersihan, malah bauan persekitaran yang membangkitkan lagi rasa kasih sayang antara ahli keluarga.Kalau dah ruang tamu rumah pun tidak dapat memberikan ketenangan, mana lagi kan tempat yang sesuai untuk anak-anak dan keluarga berkumpul.Biar rumah kita tak besar, tapi cukuplah ia selesa dari segi susun atur perabot dan juga wangian rumah yang membangkitkan rasa keterujaan kita setiap kali balik dari kerja atau sekolah.

Tidak hairanlah jika sesebuah kediaman yang diharumkan dengan keharuman wangian mewah itu pasti akan menerbitkan keinginan yang menebal dalam diri seseorang utnuk segera pulang ke ruangan peribadi mereka untuk menikmati suasana yang nyaman, santai dan mendamaikan.

Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify By Enchanteur

Sejak mula mengetahui tentang haruman Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify By Enchanteur ni, umi rasa teruja sangat nak mencuba.Wangian penyegar fabrik dan kereta Scentify ni betul-betul mengundang keterujaan umi untuk terus menggunakannya sebagai haruman di dalam rumah dan kereta.

Berbekalkan kepakaran serta pengalaman dalam penghasilan haruman mewah selama lebih dari 30 tahun, Enchanteur telah mengorak langkah denan melebarkan sayap rangkaian produknya menerusi penghasilan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan yang diserikan dengan beraneka haruman premium yang turut digunakan dalam penghasilan wangian mewah.

Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify By Enchanteur

Dengan paduan kecanggihan teknologi penyahbauan OdorForce™ yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya bersama adunan haruman dan minyak pati seperti Lavender, Kayu Cedar, Kasturi, Pic dan Raspberry, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY menyegarkan persekitaran ruangan peribadi anda, disamping memberikan keharuman dengan dua kali ketahanan berjangkamasa panjang. Selain itu, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY juga diformulasikan agar bersesuaian dengan keperluan serta gaya hidup para pengguna di Malaysia.

Bagi umi Enchantuer yang sudah berada di pasaran selama 30 tahun ni, sering memperbaharui produk mereka dari masa ke semasa.Kalau dulu mereka banyak mengeluarkan produk wangian badan, kini mereka lebih ke hadapan dengan mengeluarkan produk penyegar fabrik dan kereta yang terbaru iaitu SCENTIFY.

Ia hadir dalam dua format iaitu Eau de Fabric dan Eau fe Car – Scentify yang memberikan kediaman serta kenderaan kita sebuah simfoni haruman pada tahap yang lebih tinggi menerusi adunan bauan mewah yang menyengat, kaya dengan bau-bauan yang terbit dari buah-buahan, jayu-kayuan dan kasturi- semuanya di adun secara ekslklusif oleh pakar penghasilan wangian Enchanteur.

Bagi umi rangkaian penyegar fabrik SCENTIFY Eau de Fabric amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti perabot, langsir, tilam serta pelbagai jenis permukaan yang lain.DI samping itu ia di lengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99% kuman dan bakteria.

Bila dah ada haruman fabrik ni, mudahlah kerja umi bagi memastikan rumah sentiasa nampak bersih dan juga wangi.Takdelah kan menghidu bauan yang tak enak untuk dihidu tu.

Meh umi tunjukkan jenis-jenis haruman untuk bauan fabrik yang boleh korang cuba nanti.

Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify By Enchanteur
SCENTIFY Eau de Fabric

SCENTIFY Eau de Fabric Sparkling Fruité 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

  • Memberikan keharuman yang menyamankan pada ruang peribadi, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Sparkling Fruité ini di adun dengan bau-bauan yang diperoleh dariapda kesegaran buah-buahan seperti Pic, Raspberry dan kehalusan bunga-bungaan putih.
Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify By Enchanteur
SCENTIFY Eau de Fabric

SCENTIFY Eau de Fabric Magical Clouds 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

  • Di adun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mendamaikan, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Magical Clouds menjadikan suasana di persekitaran serta deria anda lebih tenang dan nyaman dengan paduan magis bau-bauan yang menggoda deria bau anda seperti Lily of the Valley, Kasturi and Kayu Gaharu.
SCENTIFY Eau de Fabric

SCENTIFY Eau de Fabric Floral Symphony 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

  • Menampilkan gabungan haruman Lavender bersama bau-bauan ringan, Semburan Penyegar Fabrik SCENTIFY Floral Symphony, seindah dan sesegar namanya, dicipta untuk mewujudkan sensasi seolah-olah anda sedang berada di sebuah taman bunga yang indah di saat bermulanya musim bunga dengan paduan haruman klasik Lavender, Melur dan Kasturi.

Hah, lepas tu apa pulak umi nak share dengan korang.Kalau tadi haruman fabrik, dan ini pula penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car.

Dengan tiga variasi wangian yang tersendiri, anda boleh menggunakan penyegar kenderaan ini dengan dua cara: Hanya klipkan pada penghawa dingin kenderaan anda atau gantungkannya pada cermin pandang belakang. Rangkaian penyegar kenderaan ini juga turut diperkuatkan dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berkesan dalam membasmi bauan yang kurang enak seperti bau peluh dan asap tembakau.

Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify By Enchanteur
SCENTIFY Eau de Car

SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)

  • Semewah namanya, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby mengharumkan kenderaan anda dengan wangian penuh aroma, menggabungkan wangian berunsurkan buah-buahan segar dan bungaan seperti Bergamot, Strawberi, Raspberry, Melur dan Kasturi.
SCENTIFY Eau de Car

SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)

  • Mengetengahkan wangian berunsur sitrus yang dapat membangkitkan deria yang lesu, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet ini menampilkan bauan yang menyegarkan seperti Bergamot, Lemon, Teh Hijau, haruman bungaan dan Kayu Cedar.
Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify By Enchanteur
SCENTIFY Eau de Car

SCENTIFY Eau de Car Aquatic Symphony 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)

  • Dengan haruman yang akan membawa anda mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta SCENTIFY Eau de Car Aquattic Symphony membawa anda menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan.

Umi suka dengan penyegar kereta dari Enchanteur ni sebab ada klip dan juga tali.Jadi kita boleh gantung atau klip kan je dekat tempat aircond tu.

Jadi korang yang suka sangat bauan Enchanteur dan nak bertukar kepada wangian yang lain dari yang lain, cepat-cepatlah untuk mencuba Parfum penyegar fabrik & kereta Scentify by Enchanteur ni.

SCENTIFY Eau de Fabric dan SCENTIFY Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara.

Loading

4 Comments

  1. Good information. Thanks for sharing

  2. Aku suka bauan kereta yang biru tu.. memang pakai wangian lama dah..

  3. Seriussss wangi…mmg Enchanteur semua best, fav Sally yg Yuzu-licious Bouquet tu utk kereta!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *