grocery delivery

Jom Kurangkan Rasa Mengidam Dengan Resepi Home Made yang Mudah

Jom Kurangkan Rasa Mengidam Dengan Resepi Home Made yang Mudah | Nilah kalau duduk kat rumah, ada je benda yang rasa nak buat.Kadang tu rasa nak makan sesuatu tu membuak-buak sampai tak boleh dah nak tunggu sampai esok lusa tau.

Umi mengidam nak makan apa pulak kali ni? Umi ni asyik mengidam mengalahkan orang mengandung pulak.Tetiba teringin nak makan Oden homemade yang mudah di buat di rumah.Syokkan dapat makan panas-panas sambil hirup kuah oden tu.

Sebenarnya banyak je resepi Oden yang boleh kita cuba buat di rumah.Tak perlu susah payah keluar nak cari oden Family mart tu.Bila buat sendiri rasa puas sebab dapat makan banyak kan.Kalau beli kat luar, dapatlah semangkuk yang cenonet tu, lepas tu harga mahal.Kalau makan sorang of courselah cukup.Kalau dah anak-anak, suami semua nak makan, manalah cukup sebekas tu cik oii.

Itu belum kalau bawak bebudak ni sekali ke Family Mart.Macam-macamlah dia nak makan itu ini.Dari kos nak beli oden je, terkeluar jugak nak membeli makanan lain.Kang oden ke mana, makanan lain ke mana.

Nak taknak terpaksalah buat sendiri Oden Homemade ni.Umi ada tengok resepi Oden Homemade yang mudah  ni.Rupanya takdelah susah mana ek nak buat Oden ni kat rumah.Bahan tu pun takdelah rumit sangat nak cari.

Nak tengok resepi yang umi dah siap-siap google? Mestilah kena google Bahan Oden tu semua,kang ko tak tau pulak apa bahan-bahan yang diperlukan bagi merealisasikan makanan yang diidamkan tu.Takdelah lepas ni meleleh air liur je nak makan apa yang ko idamkan.Maka Jom Kurangkan Rasa Mengidam Dengan Resepi Home Made yang Mudah

RESEPI ODEN VIRAL ALA FAMILY MART

Bahan-Bahan yang diperlukan

  • 2 sudu besar pes asam pedas
  • 3 sudu besar pes tomyam
  • Bahan-bahan oden
  • Udon
  • Lidi Kayu

Cara-cara nak buat homemade Oden ni

  1. Di dalam periuk, masukkan air sehingga separuh penuh.Masukkan 2 sudu besar pes asam pedas dan 3 sudu besar pes tomyam.Renehkan
  2. Cucuk baha-bahan oden dengan menggunakan lidi
  3. Masukkan bahan-bahan lidi yang telah di cucuk tadi ke dalam sup.Kemudian renehkan sehingga masak
  4. Siap Homemade oden dan boleh dimakan dengan udon.

Senangkan resepi oden ni.Boleh makan banyak mana yang kita nak sepuas-puasnya.Modal nak buat pun tak besar mana untuk satu keluarga kan.

Tapi..Hah ada tapinya pulak.

Boleh pulak pes asam pedas tu takde kat dapur.Yelah selalunya buat asam pedas memang jarang guna pes.Tapi bila nak buat oden ni kena pulak guna pes asam pedas.

Ada tak bila korang semangat nak buat sesuatu yang korang nak sangat buat, tapi tak cukup bahan.Pernah tak?

Of course pernah kan.Masa tulah rasa macam nak marah.Membebel sendiri bila apa yang ko nak tu tak dapat nak buat hanya kerana tak cukup bahan.Nak keluar masa tu memang malas sangat.Yelah, bila dah masuk dapur, keluarkan itu ini, tetiba tengok barang yang nak masak tu tak cukup dua tiga bahan.Tak ke naya tu.

Habis tu?

Nak biar je anak tekak ni merajuk sebab tak dapat makan apa yang ko idamkan tu..Eh!! tak mungkinlah.

Alternatif lain, scroll handphone cari  grocery delivery yang boleh membantu umi complete kan segala bahan yang umi nak masak tu.

 

Jumpa ke tak grocery delivery tu? Of courselah kan ada.Sekarang ni memang mudah tau sebab ada je perkhidmatan untuk penghantaran barang runcit ke rumah.

Jadi umi gunalah perkhidmatan tu.Korang kasi je apa benda yang korang nak beli di kedai, semua diorang boleh settlekan.

Maka complete lah bahan untuk buat oden.Settle oden terus ajak family menjamu selera.Oden ni tak boleh makan sejuk-sejuk.Kena makan waktu panas-panas lagi.Dapat hirup sup tu satu kepuasan ko.

Selamat menjamu selera…

Loading

6 Comments

  1. sama la aida…kalau pi beli oden kat F.Mart tu, kemain mahai. Sorang makan tak pe lah..kalau dah sekali dengan somi, anak-anak memang mahai la total semua..Baik buat sendiri lagi puas hati…

  2. selalu guna resepi ni jugak kalau buat makan sekeluarga ramai-ramai. kalau kat rumah biasa beli rempah oden yana tu je. nak cepat. ada original dan pedas. sedap juga tu.

  3. singgah sini.. wah dh boleh buat family mart kt rumah.. nampak sedap oden tu

  4. Panda Mart memudahkan kan?
    Nak keluar ramai yang nak ikut..order online je lah

  5. senang sangat tu kak eda.. anak ramai kena buat sendiri kat rumah ni.. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *