OUTING WITH THE SIBLING

OUTING WITH THE SIBLING| Kemain tajuk nak orang putih.Tapi takpelah takde orang marah pun kan.Ikut sesedap rasa nak cerita pasal outing ni.

Actually masa cuti sekolah tu, umi balik ke kampung dengan anak-anak.Yelah, umi kan dah jadi suri rumah sepenuh masa, jadi bolehlah umi berlama-lamaan sedikit kat kampung.

Masa hari Jumaat tu memang umi balik dengan babah sebab babah pun dah lama tak balik rumah mak umi.Jadi dia ikut balik dulu.Hari Ahad tu baru umi hantar dia balik ke rumah.Ikutkan umi suruh je dia bawak balik kereta, tapi babah cakap susah nanti umi nak pegi ke mana-mana.

Baca juga :Travelog Perak

So, Isnin tu umi balik kampung semula dengan anak-anak.Tinggallah babah dan nenek kat rumah.Nenek kalau lama-lama memang dia taknak.Umi pun sukalah sebab nanti takdelah rasa bersalah tinggalkan dia di rumah sedangkan umi berjalan.

Dah plan jugak dengan adik umi yang kat Pahang tu balik masa cuti sekolah.Samalah dengan adik lelaki umi yang dok KL tu, memandangkan dia dapat kerja baru, jadi dia ada masalah nak balik.Seronoklah dia kan dapat kerja baru.Lepas ni boleh belanja lagi..hahahah

So, hari tu kami plan nak ke bandar penawar tu sebab nak cari barang, jadi angkut mak sekali memandangkan mak pun nak cari barang jugak.Lepas selesai cari barang, kami pun cari port lepak.Kalau dengan umi of courselah coffee.Nasib baik yang lain pun kepala sama.Port kami pada hari tu adalah di Richiamo Coffee Bandar Penawar.

baca juga : Penginapan di Tambun Inn Hotel Ipoh Perak

Yang jadi mangsa belanja kitorang tu hah, yang pakai baju hitam.hahaha..Dialah bankers kami..hahah

Kami gelar diri dia cik along.Pelik kan, padahal dia bukanlah yang sulung.Yang paling sulung kalau ikut adik beradik tiri umi tu hah, yang perempuan.Yang kedua barulah yang belakang umi dan cik along adalah anak ketiga.

Tapi dari segi kewangan dialah yang mantap sikit.Jadi dialah yang banyak belanja kitorang ni.Walau kami ni adik beradik tiri, tapi syukur kami tetap ngam.Tapi kan, kalau sama mak, dikira adik beradik tiri ke ek..hahahha

Nanti umi siasat ek.

Keesokkan harinya, si kakak,iaitu adik umi yang perempuan tu, teringin sangat nak makan dip n dip.Jadi kitorang ke Midvalley Southkey sebab kat situ ada dip n dip.Kemain umi tak bawak handbag( budak berdua tu).

Actually masa pegi ni, memasing tak makan tengahari lagi.Si cik mamat, yang depan sekali tu tekak melayu.Mesti nak cari nasi.Macam tekak umi ni ok la lagi kan..hahah

Tapi si kakak tu sibuk sangat nak masuk sini dulu, jadi umi ikutkan jelah mana adik nak pegi.

outing with the sibling

Sayangnya banyak menu yang takde time tu.Tapi takpelah kan, buat rasa-rasa.Sebenarnya saja je nak keluar dengan adik beradik ni bukan apa, kadang-kadang nak bercerita je lebih.

Umi ada 10 orang adik beradik, lima adik tiri dan lima adik kandung.Dan ramai jugak tak dapat nak balik dan ada kerja lain.Jadi yang free ni jelah yang bole keluar.

Selalunya kalau ramai-ramai balik, kitorang suka buat makan-makan dan lepak belakang rumah.Yelah, kalau nak bawak keluar semua, mau ribut mall tu dengan kitorang ni hah.Belum masuk yang anak-anak tu


outing with the sibling

Istilah potong kaki tu dah biasa sangat dengar kan.Jadi sesekali takpekan? Jangan hari-hari.

Disebabkan ramai jugak orang, jadi kami tak lama kat situ, kesian pulak kan tengok orang beratur menunggu.Nak lepak lama-lama dekat lain la..hahah

Pastu misi cuci mata dan jalan-jalan je dalam Mall.Bila dah lapar, makan lagi kat Kyochun.Tapi tak best sebab banyak juak menu takde.Aduiii…

Mybe sebab kami pergi time orang bekerja atau memang masa tu memang takde menu tu, wallahualam.

Dah kenyang apa lagi, moh ler balik tengok anak-anak sebab malam tu dah janji dengan diorang nak main bako-bako.Itu dah memang wajib bila balik rumah mak.

Itulah cerita outing with the sibling umi tu.Esoknya kami sambung mengopi jugak di Pengerang.Yang tu tunggu next entry.

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *